Diariku: Swedish Meatball di IKEA Terbaik !
Labels: PeribadiAssalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D
Hello hello semua! Yeah, dua hari yang lepas, Arib telah pergi ke IKEA di Mutiara Damansara. Dan ya, ini kali kedua Arib berkunjung ke sini selepas kunjungan kali pertama Arib ke IKEA pada awal bulan Februari tahun ni. Dan apa yang bestnya, kali ni Arib ke sana bersama keluarga, yayy! So senang lah dari segi pengangkutan, makan, hehe. Hurmm, best tak kat IKEA ni? Hahh, klik 'read more' untuk selanjutnya!
Actually, kitorang sekeluarga ni sebenarnya nak pergi ke MAHA 2010. Tapi disebabkan traffic jammed yang teramat-amat panjang masa nak dekat sampai kat sana, so ayah suruh decide tukar plan. Kebetulan before nak pergi ke MAHA tu, mama dah decide nak ke IKEA sebab nak cari barang keperluan untuk bilik Arib kat rumah ni. So, apa lagi, IKEA! Yeah!
Welcome to IKEA! Jom naik atas!
Hahh, bagi yang gemar deco interior design, mesti korang pernah pergi IKEA ni. Bagi Arib la kan, IKEA ni merupakan tempat favourite kedua Arib selepas Low Yat Plaza walaupun baru pergi dua kali kat sini. Apa yang membuatkan Arib teruja kat IKEA ni, shopping kita telah diatur secara sistematik. Melangkah masuk ke IKEA, first sekali korang akan melalui ruangan Showroom. Kat ruangan Showroom ni, korang boleh ambil idea decoration khas yang dipamerkan kat situ. Dan apa yang bestnya, korang boleh cuba secara live benda-benda dan perabot-perabot yang dipamerkan kat situ. Serious, korang boleh duduk, baring,
Ini antara living room contoh kat sini. Tehee, simple jew kan?
Testing testing. Manelah tau sofa ni rosak ker -,-
Haihh, ini dah melampau namanya, haha -,-
Candid di depan cermin IKEA, say cheese!
Best betul kat sini, nak bawak makanan pun ada disediakan trolley, wohoo!
E'ehh, ada orang tengok kita lahh, jemput makan!
Poached Salmon & Almond Daim Cake ;)
Swedish Meatball! Yummehh! *maaf kalau gambar ni buat korang lapar, haha -,-
Blurbb, Alhamdulillah. Selepas lunch di IKEA Cafe yang sedap belaka tu, kitorang sambung eksplorasi dekat IKEA ni dengan menuju ke Markethall. Hahh, kat Markethall ni korang boleh beli barang-barang yang korang nampak kat Showroom sebelum tu. Fuhh, kat sini lah korang akan cuba mencari macam ala-ala treasure hunt. Mana tidaknya, barang-barang memang agak tersorok sedikit kat sini lebih-lebih lagi yang nak cari barang yang kecik. Terlepas pandang memang tak jumpa. Okay, benda yang kitorang nak cari ialah kerusi Poang, side table, shelf lack, dan lampu belajar. So kat sini lah kitorang spend banyak masa nak cari barang yang dikehendaki, hohoho.
Markethall, hohoho.
A lot of kids stuff, haha. "Oh hye, nama saya Jaws."
Yeayyy! Nah kaww, makan ni buaya!
Inilah lampu Pixar, hee. Yeah, Arib beli satu untuk bilik Arib, hee ;D
Model bateri IKEA -,-'
Habis jew membeli-belah kat situ, pulanglah ke rumah. Sampai kat rumah, yeah, pasang perbabot-perabot yang dibeli tu. Yeap, kebanyakan barang-barang kat IKEA semua kena pasang sendiri. Sebabnya nak menyenangkan customer untuk bawak balik ke rumah. Seriously, memang mudah dengan pemasangan perabot Do It Yourself (D-I-Y) ni. Dan inilah hasilnya, hohoho.
Jeng jeng jeng, inilah wajah bilik Arib yang baru! *terima kasih mama sebab belikan kelengkapan bilik ni :')
Yang ditambah: Kerusi Poang, Side Table, dan Lampu Belajar :)
Suka sangat dengan side table IKEA ni. Senang nak letak kopi, netbook, handphone, dan macam-macam ;)
Ehh, mana komputer? Hahh, kalau korang rujuk post Deco Deco Deco yang Arib post kan masa bulan Februari tahun ni, sebenarnya ada dua buah komputer kat area tempat letaknya kerusi Poang dan side table ni. Memandangkan adik-adik suka guna netbook dan komputer utama, so dua komputer tersebut ditempatkan di tempat yang berasingan. Satu komputer diletakkan kat ruang tamu untuk dijadikan PC karaoke dan satu komputer lagi simpan dalam stor sebab takde sape nak guna. Jadi, bilik Arib ni tinggal laa satu PC utama jew.
Memandangkan dua PC ni jarang guna, so kedua-dua PC ni diletakkan kat tempat lain -,-
Dua PC dah dikeluarkan. Tinggal laa PC utama sorang sorang kat bilik Arib sekarang ni -,-
Ops, lupa nak bagitau. Semasa perjalanan kitorang ke IKEA tu, perjalanan kitorang telah dilancarkan lagi berpandukan Ovi Maps. Kalau korang nak tau, dengan adanya Ovi Maps ni, korang akan diarahkan mengikut jalan yang paling dekat. Mama dan ayah suka sangat dengan benda ni. Walaupun ayah dah tau jalan kat area Lembah Kelang ni, ayah suruh pasang jugak Ovi Maps ni sebab mana lah tau, ada jalan yang lagi dekat. Sejak Arib beli Nokia N82 masa bulan Oktober lepas, tiap-tiap kali jalan mesti pasang benda ni. Serious, memang accurate Ovi Maps ni berfungsi. Kalau nak sampai kat simpang jew, Ovi Maps akan bagitau, sama ada "belok sedikit di kiri" atau "belok sedikit ke kanan" before 200 meter nak sampai kat simpang tu. Macam lagi-lagi lah Ovi Maps ni bagitau, "selepas 2 kilometer, pusing sedikit ke kanan dan ambil jalan keluar.", "selepas 500 meter, anda akan sampai ke destinasi.". Kalau korang tak ikut jalan yang diberi oleh Ovi Maps ni, Ovi Maps ni akan cakap "pengiraan semula jalan." dan Ovi Maps akan cari jalan yang paling dekat. Dan ya, Ovi Maps menyediakan fungsi suara dalam bahasa Melayu jugak, haha. Terima kasih kepada Nokia kerana create software Ovi Maps ni. Memang terbaik!
Dan malam tu, akhirnya dapat jugak Arib tengok cerita The Social Network. Hurmm, nak sangat tengok cerita ni, orang kata best. So, dah tak boleh tengok kat wayang,
Editor: Hurmm, selamat tinggal 1431H :'( Selamat datang 1432H! :')
Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment