• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Close Up: HTC HD7 - Raksasa Hiburan HD

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Hello hello semua! Yehaa, hari ni Arib nak buat review sikit pasal sebuah smartphone keluaran HTC yang baru dilancarkan di Malaysia. Dan apa yang pasti, smartphone yang Arib nak review ni tengah meletup letup sekarang ni, hehe. Pernah dengar Windows Phone 7? Hah, untuk pengetahuan semua, Windows Phone 7 ni sebuah sistem operasi terbaru dari Microsoft untuk pasaran telefon pintar. Bagi menggegarkan paparan close up pada kali ini, Arib akan review sebuah smartphone Windows Phone 7 yang terbaru dari HTC iaitu HTC HD7, yeaheyy! Klik 'read more' untuk meneruskan pembacaan!



Peminat hiburan sememangnya mahukan kepuasan untuk berhibur seperti mendengar muzik, menonton video, dan sebagainya. Oleh sebab itu, HTC HD7 tampil dengan skrin berukuran 4.3 inci bersama sistem operasi telefon pintar terbaru dari Microsoft, Windows Phone 7 untuk memberi pengalaman hiburan pada tahap maksimum. Hah, apa kata kita berkenalan dengan spefikasi HTC HD7 ni dulu, hehe.




Platform: Windows Phone 7
CPU: 1 GHz Qualcomm Snapdragon QSD8250, 576 MB RAM
Band: GSM 850/900/1800/1900 & HSDPA 900/2100
Ukuran: 122x68x11.2mm
Berat: 162g
Bateri: Li-Ion 1230 mAh
Masa Menunggu: Sehingga 310 jam (2G), sehingga 320 jam (3G)
Masa Berbual: 6 jam 20 minit (2G), 5 jam 20 minit (3G)
Skrin Sentuh: 4.3 inci dengan resolusi paparan 480 x 800 piksel
Jenis Skrin: Capative
Warna Skrin: 16 juta warna
Kamera: 5 Megapiksel (autofokus, dual-LED flash)
Memori: 8GB (pasaran Eropah), 16GB (pasaran Asia)
Fungsi lain: Sistem peningkatan bunyi Dolby Mobile dan SRS, WiFi IEEE802.11 b/g/n, Bluetooth versi 2.1 dengan A2DP, rakaman video HD (720p), sokongan A-GPS




First impression mesti korang kata, "Wah, besarnya HD7 ni!". Haha, dah kata untuk hiburan, mesti lah phone ni besar. Ini disebabkan HTC HD7 ni dilengkapi dengan skrin berukuran 4.3 inci dengan resolusi paparan 480x800 piksel. Ouh, patutlah besar, pakai skrin gergasi rupanya, hoho. Untuk ukuran, dimensi keseluruhan HD7 ialah 122x68x11.2mm. Wah, besar punya! So, kalau phone dah besar, mesti berat kan? Haha, tau tau jew. Yeap, memang berat. Keseluruhan berat HD7 ialah sebanyak 162 gram. Tapi takpe, walaupun berat HD7 ni dikira 'membebankan' jugak, kenipisan HD7 pasti memukau korang kerana phone ni nipisnya cuma 11.2 mm, wohoo!





Hurmm, kalau dari segi CPU, laju tak phone ni? Hahh, yang tu tak perlu risau sebabnya HD7 dilengkapi dengan 1 GHz Qualcomm Snapdragon processor dan RAM sebanyak 576 MB RAM. Wahh, laju nyer! Yeap, memang dah menjadi keperluan smartphone zaman sekarang ni pakai processor 1 GHz. Yelakan, orang zaman sekarang ni kan semua nak segera. Itu nak segera, ini nak segera. So, processor yang dipakai dekat smartphone sekarang kalau nak diikutkan dah setanding dengan komputer. Rasanya kalah kot komputer 10 tahun dulu, haha. Okay okay, macam mana pulak dengan memori HD7 ni? Hah, HD7 sebenarnya didatangkan dengan dua versi pilihan iaitu versi yang berkapasiti 8GB atau 16GB. Kalau dekat Malaysia ni, Maxis menawarkan HD7 16GB sahaja. Apa yang agak mengecewakan, tiada peningkatan memori ditawarkan pada HD7 ni, huwaaa :'(

Sebagai raksasa hiburan HD, HTC HD7 didatangkan dengan kick-stand seperti mana yang digunakan pada Sony Ericsson W995, Nokia N86 8MP dan Nokia N96. Memang cool mehh!



Bahagian bawah HTC HD7 tersedia dengan 3.5 mm earphone jack dan sambungan untuk kabel microUSB dan charger. Yeah, macam ni senang lah nak cucuk earphone, hehe. *tapi, kenapa mesti lubang earphone kat bawah phone? =.=





Windows Phone 7 sememangnya sebuah sistem operasi yang ditunggu-tunggu bagi penggemar smartphone di seluruh dunia. HTC HD7 antara smartphone yang menggunakan sistem operasi Windows Phone 7. Untuk sistem operasi, Arib suka dengan User Interface (UI) Windows Phone 7 ni. Sebagai peminat seni Typography, Metro UI yang digunakan dalam Windows Phone 7 ni sangat mengujakan Arib. Seriously, simple dan tak serabutkan mata. Kalau korang tengok paparan home screen Windows Phone 7 ni, korang akan dapati kotak atau tile ni beranimasi. Cantik, itu jew yang Arib dapat kata. Senang cerita, Metro UI menggabungkan grafik yang ringkas dan tulisan sebagai element utama dalam UI ni, bak kata Haziq Tom Tom Bak, memang kelas lah!



Apa yang Arib suka lagi tentang Windows Phone 7 ni ialah keyboard on-screen yang disediakan. Serious, memang senang nak guna. Button yang selalu diguna seperti comma dah tersedia dah kat paparan default keyboard ni. Dan yang penting, keyboard ni keluar bukan dalam keadaan pop-up. Arib memang tak beberapa suka kalau keyboard keluar dalam editing mode seperti yang digunakan dalam Android dan Symbian (*takpe, aku masih sayang kau Symbian, hehe). Fungsi seterusnya yang Arib suka dalam Windows Phone 7 ni ialah fungsi kalendar. Apa yang menarik perhatian Arib, UI kat kalendar WP7 ni memang cukup awesome. Ada paparan 'day' dan 'agenda' yang dapat memudahkan urusan Arib. Kalau macam ni, baru senang nak tengok task setiap hari, hohoho.



Selain tu, Arib tertarik dengan Internet Explorer Mobile yang ada kat dalam WP7. Rasa lain sangat guna IE berbanding IE dalam Windows Mobile sebelum ni. Apa yang membezakan, IE pada WP7 tampil dengan fungsi tab dengan bukaan sehingga enam tab. Arib rasa, IE yang ada kat dalam WP7 merupakan Mobile Internet Explorer yang terbaik buat masa ni. Dan untuk HTC HD7, kelancaran IE ni diserikan lagi dengan kehadiran sambungan Wi-Fi 802.11 b/g/n dan sambungan HSDPA 7.2 Mbps.



Hah, perkara yang menarik perhatian Arib dengan HTC HD7 ni ialah dari segi fungsi hiburannya. Yeah, skrin 4.3 inci memang best untuk tengok movie. Layan muzik pun best jugak sebab HD7 didatangkan dengan sistem bunyi Dolby Mobile dan SRS. Dan apa yang menarik lagi, kesemuanya dikendalikan oleh aplikasi Zune yang tersedia bersama Windows Phone 7. Apa yang agak mengecewakan, sokongan video dalam WP7 sangat terhad. AVI tak boleh, DivX tak boleh, hurmm. Tapi takpe, format video yang tak dapat dimainkan oleh HD7 itu tadi dapat diserasikan dengan software Zune pada PC semasa proses penghantaran video tersebut ke HD7. Sebabnya software Zune pada PC akan menukar format video tersebut kepada WMV secara automatik. Yup yup, HD7 menyokong format video WMV. Apa yang Arib tak beberapa suka, kesemua penghantaran data ke Windows Phone 7 kebanyakannya bergantung kepada software Zune pada PC. Tiada option untuk dijadikan Mass Storage. *aduh, leceh lah pulak =.=



HTC HD7 menggunakan kamera beresolusi 5 megapiksel yang dilengkapi dengan fungsi auto fokus. HTC HD7 juga hadir dengan rakaman HD yang mampu merakam video dalam resolusi 720p pada 25 frame persaat. Fungsi pengambaran ini disediakan dengan pilihan scenes seperti Auto, Potrait, Landscape, Sports, Beach, dan lain-lain lagi. *terasa simple sangat pulak UI kamera ni =="





Hah, perkara yang membuatkan Arib teruja sangat dengan Windows Phone 7 ni ialah aplikasi Xbox Live. Hah, kalau Nokia dahulunya gah dengan permainan N-Gage nya, kali ni Windows Phone 7 tampil dengan aplikasi Xbox Live yang memainkan peranan sebagai hub untuk permainan grafik berkualiti tinggi. Fuhh, memang cun grafik keempat-empat game ni!




Fungsi GPS memang tidak asing lagi dengan smartphone pada masa kini. Bing Maps yang telah disediakan bersama HTC HD7 pasti memudahkan seseorang dalam menentukan arah untuk tiba ke destinasi. Yeah, bak kata Cik Halimah sebelah rumah, "kini saya tak sesat lagi!"



Bagi yang sentiasa bersama dengan aplikasi pejabat, Microsoft Office Mobile 2010 yang tersedia bersama Windows Phone 7 dilihat dapat memudahkan urusan sesorang dalam mengedit dokumen walaupun tidak dapat bersama komputer. Wohoo, mudah jew kan?



Fungsi asas seperti penggera dan kalkulator juga tersedia di dalam. Untuk penggera, korang boleh set kan bilangan penggera sebanyak mana yang korang suka. Yeap, Arib memang rasa penggera jenis ni benda wajib ada kat dalam phone. Kalau korang rasa korang tu susah nak bangun, set penggera banyak-banyak, dari pukul 6 pagi sampai pukul 7 pagi set kan setiap lima minit, sure bangun punya. Yeap, benda ni lah yang Arib lakukan setiap hari sebelum tidur, haha. Bagi yang gemar mendengar radio, jangan risau kerana HTC HD7 turut didatangkan dengan radio FM. Hehe, kalau dah bosan dengan muzik kat dalam phone, boleh lah layan radio, hee. Dan tidak dilupa juga, aplikasi Bing Search memudahkan korang untuk search maklumat yang korang nak cari. Best taw aplikasi Bing Search ni, background kat aplikasi ni semuanya cantik-cantik belaka, yeah!





HTC sangat menjaga kepuasan pengguna. Memang dah menjadi trend bagi pengeluar smartphone HTC, HTC pasti akan menambah aplikasi yang istimewa dalam smartphone keluaran mereka. HTC HD7 hadir dengan satu aplikasi khas iaitu HTC Hub untuk memberi kepuasan kepada pengguna smartphone HTC. Hah, HTC Hub ni memberikan pengalaman kepada korang seolah-olah sama seperti menggunakan HTC yang lain. Ini disebabkan UI yang digunakan dalam HTC Hub ni menggunakan UI HTC Sense, cuma apa yang bezanya, UI HTC Sense digunakan di dalam aplikasi dan bukan dijadikan sebagai UI utama phone ni. Faktornya WP7 tidak membenarkan pengeluar untuk menukar Metro UI yang telah digunakan pada WP7.



Okay, apa yang best dengan aplikasi HTC Hub ni? Hah, kat dalam HTC Hub ni disediakan dengan pelbagai aplikasi yang menarik untuk digunakan. Salah satunya aplikasi Notes. Aplikasi seperti Notes antara aplikasi yang mesti ada untuk sebuah smartphone dengan paparan skrin sentuh. Bagi ahli perniagaan pula, aplikasi Stocks memudahkan mereka untuk melihat paparan saham terkini pada HTC HD7. Mudah, ringkas, dan pantas, hee.



Kebanyakan pengguna pada hari ini gemar mengedit gambar mereka dengan memasukkan beberapa elemen untuk mencatikkan gambar mereka seperti teks, effects, clip art, dan lain-lain lagi. HTC Hub di dalam HTC HD7 tampil juga dengan aplikasi Photo Enhancer yang dapat memudahkan pengguna untuk mengedit gambar yang mereka ingini. Selain itu, Sound Enhancer juga digarapkan di dalam HTC Hub bertindak untuk meningkatkan pengalaman audio pengguna HTC HD7. Yeah, Sound Enhancer FTW!






Dah memang menjadi adat, setiap benda pasti ada kebaikan dan kelemahan masing-masing, hehe.



  • Skrin sentuh capative 4.3" dengan paparan 16 juta warna dan resolusi WVGA (480 x 800 piksel)
  • 1GHz Snapdragon CPU, 576MB RAM, 512MB ROM
  • Sistem operasi Windows Phone 7
  • Sambungan 3G dengan HSDPA (7.2 Mbps) dan HSUPA (2Mbps)
  • 5 megapiksel (autofokus, dual-LED flash), geotagging
  • Rakaman video HD, 720p @ 25fps
  • Memori dalaman 16GB
  • 3.5mm audio jack
  • Port microUSB untuk penghantaran data dan charging
  • Sistem peningkatan bunyi Dolby Mobile dan SRS
  • Sambungan pantas Wi-Fi b/g/n
  • Bluetooth 2.1 dengan A2DP
  • Accelerometer untuk auto rotation skrin
  • Didatangkan dengan aplikasi dokumen pejabat, Microsoft Office Mobile 2010
  • Pengintegrasian Facebook dan servis online
  • Penerima A-GPS terbina di dalam
  • Stereo FM Radio dengan RDS
  • Hadir dengan HTC Hub dan aplikasi HTC yang eksklusif


  • Tiada peningkatan memori so memori tetap 16GB, alahai =.=
  • Kamera yang so-so jew, haishh
  • Keupayaan bateri lemah, boleh tahan 2/3 hari jew, lepas tu pup mati -____-
  • Tiada panggilan video, adushh
  • Windows Phone 7 yang masih kekurangan beberapa fungsi (copy & paste, multitasking, mass storage, IE tak sokong Flash mahupun Silverlight), aiyoo =="


Setelah melihat sendiri keistimewaan dan juga kekurangan yang dimiliki oleh HTC HD7, Arib merasakaan bahawa harga yang tinggi sememangnya menjanjikan nilai belian yang lebih baik. Dengan adanya HTC HD7 ni, pengguna bukan sahaja mampu memiliki paparan yang lebih luas dan berkualiti, tetapi juga pengalaman menggunakan seluruh aplikasi yang disediakan juga terasa lancar dengan pemproses yang mencecah sehingga 1 GHz. Dan penyataan ini membuktikan HTC HD7 sebagai "Raksasa Hiburan HD".



Kemampuan dan spefikasi yang ditawarkan pada HTC HD7 dilihat mampu menyaingi pesaing terhebat, iPhone 4 yang juga membawa kamera 5 megapiksel dan rakaman HD. Perbezaan ketara antara kedua-dua smartphone ini ialah dari segi sistem operasi dan saiz skrin. iPhone 4 didatangkan dengan sistem operasi iOS menjanjikan fungsi yang jauh lebih hebat berbanding Windows Phone 7 kerana iOS hadir dengan fungsi copy & paste, multitasking dan pilihan aplikasi yang banyak dan pelbagai. Disebabkan Windows Phone 7 baru sahaja mengorak langkah ke arena smartphone (reset balik projek, Windows Mobile tak dikira =.=), peluang untuk memperbaiki kelemahan masih ada. Mungkin satu hari nanti, Windows Phone 7 sudah seperti iOS dan tidak mustahil, Windows Phone 7 menjadi fenomena dan trend pada masa yang akan datang. Siapa tahu?



HTC HD7 boleh diperolehi secara eksklusif di Maxis Centre seluruh Malaysia dan juga di Maxis Exclusive Partner (MEP) yang terpilih pada harga subsidi RM2399. Bagi yang gemar mengikuti plan dari Maxis, HTC HD7 boleh didapati dengan kadar harga serendah RM1399 bersama ikatan kontrak selama 24 bulan.


Sekian sahaja untuk paparan close up pada kali ni. Yeah, Arib jenamakan balik ruangan review dengan nama close up, sedap sikit dengar, hee. Hah, kalau korang ada sebarang komen atau idea untuk ruangan close up dekat blog ni, share lah comment kat bawah ni yerk, hehe. Okaylah, setakat itu sahaja. Terima kasih kerana membaca! Wassalam ;D

Kredit:

Editor: Best pulak dapat bermain-main dengan Windows Phone 7, hohoho.

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top