Flock vs RockMelt - Pentempuran Pelayar Web Sosial
Labels: TeknologiAssalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D
Hello hello semua! Yeah, sekarang ni dah pun masuk bulan Disember. So, mesti ada yang sibuk nak cari azam baru untuk next year. Harap-harap dapat lah erk, hee. Okay, hari ni Arib nak buat comparison web browser. Apa yang menarik, Arib bukan nak membebel pasal Firefox, Chrome, Opera, bla bla. Tapi, social web browser. Yeah, maksud Arib, Flock dan RockMelt. Kalau korang nak tau, kedua-dua browser ni mempunyai fungsi sosial. Bagi yang kaki Facebook mahupun Twitter mesti suka, hehe. Hah, so macam mana? Mana yang lagi best? Ikuti kisah selanjutnya dengan mengklik 'read more' !
Okay, sebelum Arib membebel pasal Flock dan RockMelt ni, mesti ada diantara korang tertanya-tanya, apa itu Flock dan apa itu RockMelt. Flock dan RockMelt ni sebenarnya merupakan sebuah web browser. Kiranya diorang ni sama jugak la macam Internet Explorer, Mozilla Firefox, Google Chrome, Opera, dan Apple Safari. Disebabkan diorang ni guna teknologi dari Google Chrome (Chromium), so Flock dan RockMelt tak tergolong dalam kelompok kelima-lima browser tu. Sebab tu kita jarang dengar. Memandangkan dunia hari ni penuh dengan social networking, maka tercetus lah idea manusia nak create web brower yang ada fungsi sosial ni. Jadi, wujudlah Flock dan RockMelt. Faham? Kalau dah faham, boleh lah Arib sambung penjelasan yang seterusnya, hee.
Bila sebut pelayar web sosial, rata-rata di antara kita lebih mengenali RockMelt. Sebabnya RockMelt baru sahaja dilancarkan. Tetapi, mengapa tidak Flock? Sedangkan pelayar web Flock juga merupakan pelayar web sosial yang telah diperkenalkan sejak lima tahun dahulu. Arib rasa lah kan, antara sebab ramai mengenali RockMelt kerana RockMelt dilancarkan pada era social networking berbanding Flock yang dilancarkan pada tahun permulaan era social networking.
Yeap, tahun 2005. Masa tu Arib darjah 5. Arib ingat lagi, tahun tu lah tahun Arib mula mendaftar akaun MySpace. Memang betul, Arib rasa tahun 2005 tu tahun bermulanya era social networking. Masa tu pun still ramai yang tak sertai mana-mana laman social networking. Mungkin disebabkan MySpace. Gaya MySpace secara keseluruhannya Arib lihat seperti ditujukan untuk golongan muda dan bukan untuk golongan dewasa, lagi-lagi yang sudah berkerjaya. Tapi sejak tercetusnya fenomena Facebook, barulah ramai mendaftarkan diri ke dunia social networking tidak kira sesiapa pun. Even cikgu, ustaz, ustazah pun ada Facebook taw! Haha, bak kata orang kan "zaman dah berubah, dunia dah maju.", hee.
Okay, berbalik kepada topik. Benda lama tak semestinya bagus dan benda baru tak semestinya teruk. So, betul ker? Jom ikuti pentempuran hebat kedua-dua pelayar web sosial ni.
Chop chop chop, sebelum tu, Arib nyatakan bahan-bahan ujikaji ni dulu. Manalah tau, kat PC korang laju jew, tiba-tiba Arib kata slow, tak ke pelik namanya =.=
Peranti Yang Digunakan: Asus Eee PC 1000H, Intel Atom N270 1.6 GHz, 2GB RAM
Flock Version: Flock 3.5
RockMelt Version: 0.8.36.79
Okay, Arib menggunakan netbook untuk test ni. Yelaa, dengan netbook ni senang sikit nak detect performance sesebuah web browser tu sebab netbook ni kan slow sikit. Kalau guna PC mungkin tak dapat rasa sangat. Okaylah, kita start sekarang, here we go!
Dari segi User Interface, RockMelt menunjukkan UI yang sangat elegan dan bercirikan reka bentuk moden. Bagi Flock pula, Flock lebih menekankan aspek simple dan minimalist dalam reka bentuknya. Haishh, dua dua sengit ni.
Yup yup, pengguna hari ini sudah semestinya nak kan yang simple untuk web browser. Apa yang membuatkan Arib pelik ialah search box kat RockMelt. Arib try search kat URL bar pun boleh jugak. Kenapa mesti ada search box? So, user dah tak nak dah benda ni lagi even IE9 pun dah tak guna search box. So, pemenang dalam pusingan ni dimenangi oleh Flock, wohoo!
Pemenang User Interface: Flock
Hurmm, benda yang annoying semestinya korang tak suka kan. Hah, Arib rasa la kan, RockMelt. Kalau tengok User Interface RockMelt, fuhh, button kat kiri dan kanan, PENUH! Bagi pengguna yang baru, mesti diorang pening dengan benda ni. Lagi-lagi nak hide benda ni, memang tersorok sikit. Dan satu lagi perkara yang buat user annoying ialah Facebook login window masa nak start bukak browser RockMelt ni, adushh. Berlainan dengan Flock, Flock membenarkan dulu window Flock terbuka dan user diberi pilihan sama ada nak login atau tak nak. So dalam perbandingan ni, Flock menang lagi, yayy!
Pemenang Tahap Mesra Pengguna: Flock
Arib ni kalau korang nak tau memang tak suka on IM kat Facebook tu. Bukannya apa, annoying jugak kadang-kadang tu. Kalau on IM mesti orang akan chat dengan kita kan. Jadi yang annoying nya kat sini time tengah chat dengan seseorang then tak lama macam tu, pup, ada orang lain yang nak chat. Lepastu, pup, ada lagi. Ada satu masa tu sampai enam orang nak chat sekaligus. Fuhh, jari macam apa jew, bullet train pun kalah. Last last, baik tutup jew, habis cerita. Kalau nak chat pun, Arib prefer YM sebab YM boleh set invisible kalau nak chat dengan seseorang. Hurmm, disebabkan tu, kadang-kadang Arib nak tengok jugak la sapelah yang online kat FB tu. Nasib baik lah ada RockMelt. Walaupun Arib tutup IM, Arib still boleh tengok online friend kat FB, hee.
Bagi yang suka IM kat FB tu, RockMelt ada sediakan fungsi IM ni. Nak tengok notification Facebook pun boleh, senang cerita terus dari browser. Tak payah susah-susah nak bukak website Facebook ;D
Dan apa yang best tentang RockMelt ialah notification pop-up. Memang senang nak tengok update.
Apa yang menarik tentang Flock pula, Flock menawarkan fungsi sosial ke dalam satu bar. So, semuanya dalam satu, memang mudah. Cuma apa yang membezakan dengan RockMelt, Flock kekurangan fungsi sosialnya dari segi fungsi show online friend dan Facebook IM.
Disebabkan kekurangan fungsi show online friend dan FB IM pada Flock, pemenang bagi fungsi sosial disandang oleh RockMelt, yeah!
Pemenang Fungsi Sosial: RockMelt
Dari segi performance, Arib sendiri rasa performance RockMelt lagi laju daripada Flock walaupun Flock menggunakan enjin Chromium 7. Kalau startup pun Arib rasa RockMelt laju even ada Facebook login window yang sangat annoying tu. Loading page pun sama jugak, Flock agak lambat berbanding RockMelt. Hah, senang cerita, jom tengok memory usage antara Flock dan RockMelt ni.
Kiri ialah Flock dan kanan pula, RockMelt.
Yeah, Windows Task Manager. Yang kotak merah tu antara memory usage Flock dan RockMelt. So, kalau nak tengok memory usage, kena tambah kesemua nombor yang kat dalam kotak merah tu. Dan kat situ kita akan tengok memory usage yang mana lagi tinggi ataupun rendah. Yang rendah, WIN!
Flock Memory Usage:
77,976 + 6,016 + 4,608 + 19,308 + 30,268 + 17,920 = 156096 K
RockMelt Memory Usage:
6,476 + 46,688 + 7,312 + 33,976 + 5,520 + 5,900 + 340 + 376 = 106588 K
Perbezaan Memory Usage:
156096 + 106588 = 49508 K
Hah, mengikut kiraan matematik di atas (*pening tak? haha), kat sini kita dapat saksikan RockMelt mempunyai memory usage yang agak rendah berbanding Flock. Kedua-duanya buka laman web yang sama, http://arib2020.blogspot.com dan tiada bukaan tab ke laman web lain. Dan untuk perbezaan memory usage, jurang perbezaan antara kedua-dua pelayar web sosial ni adalah sebanyak 49508 K, FFUUUU ! So dekat sini, RockMelt memenangi pusingan performance ni, yeah!
Pemenang Performance: RockMelt
Dari perbandingan kat atas ni, kita dapat lihat saingan yang hebat antara kedua-dua pelayar web sosial ni. Last-last keputusan dia seri (*ek'elehhh). RockMelt memberikan performance yang cukup baik berbanding pencabarnya, Flock walaupun baru menjengah ke arena pelayar web. Bagi Flock, pengalaman yang ada memudahkan Flock memahami apa yang pengguna mahukan dalam pelayaran web. Sebab itu aspek dari segi User Interface dan Mesra Pengguna (User Friendly), Flock memenangi aspek tersebut. Untuk RockMelt, masih ada masa lagi untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Kalau korang nak tahu, RockMelt masih lagi berada dalam peringkat Beta dan masih memerlukan proses pendaftaran untuk mencuba RockMelt. So, harap-harap untuk versi yang akan datang, RockMelt akan lebih matured dan sesuai untuk dijadikan pelayar web utama.
Okay, apa yang Arib dapat rumuskan kat sini, dua dua browser ni ada kebaikan dan kelemahan masing-masing. Mungkin ada yang suka cara Flock, mungkin ada yang suka cara RockMelt. Go on, this is your way. Bak kata pepatah, tepuk dada, tanya selera. So decide la ikut citarasa.
Sekian sahaja untuk kali ni. Bagi sesiapa yang ingin dapatkan Flock, anda boleh dapatkan di sini. Dan bagi yang meminati RockMelt, anda boleh request invitation anda di sini dan jika dapat invitation tu, download link RockMelt akan diberi melalui e-mel, hee. Okaylah, terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam ;D
Editor: Antara Flock dan RockMelt, mana pilihan anda?
Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.
0 Comments:
Post a Comment