• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Review: Nokia C3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Hello hello! Yeah, apa khabar semua pembaca sekalian? Harap-harap berada dalam keadaan sihat lah yerk, hee. Okay, hari ni Arib nak buat review sikit mengenai Nokia C3. Hahh, sejak kebelakangan ni, Arib tengok Nokia C3 ni sering menjadi buah mulut orang ramai. Mata tidaknya, kalau tengok dari design handphone ni, fuuu, memang cair. Harga? Huhh, bak kata orang, mampu untuk dimiliki, hehe. Dan sebab itulah Arib memilih Nokia C3 antara phone pilihan Arib yang untuk direview di blog ni. Okaylah, jom kita tengok apa yang ada dalam Nokia C3 ni. Hee, klik 'read more' untuk selanjutnya!



Nokia C3 merupakan sebuah lagi peranti keluaran Nokia yang menekan konsep ringkas dan sosial. Nokia C3 dilihat mempunyai daya tarikan kerana rekabentuknya yang 'funky' dan sesuai untuk golongan muda. Fungsinya yang menekankan aspek jaringan sosial, Nokia C3 menyempurnakan hidup anda dengan aplikasi Facebook dan Twitter untuk berhubung dengan sesiapa sahaja di mana jua.



Spefikasi Nokia C3

Platform: Series 40 UI, 6th edition
Band: GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
Ukuran: 115.5 x 58.1 x 13.6 mm
Masa Menunggu: Sehingga 20 Hari
Masa Berbual: 7 Jam
Berat: 114 g
Skrin: Skrin TFT 2.4" QVGA (320x240)
Warna Skrin: 256K warna
Kamera: 2 megapiksel
Memori: Memori dalaman 55MB, menyokong microSD sehingga 8GB
Fungsi lain: Pengintegrasian social network, papan kekunci QWERTY, WiFi 802.11b/g, Bluetooth 2.1 dengan A2DP, sambungan audio 3.5mm, sambungan EDGE, Flash Lite versi 3.0


Apa yang Arib dapat lihat pada spefikasi Nokia C3, segala fungsi yang disediakan memang sesuai dengan harga Nokia C3 ni. Ada keyboard QWERTY, ada aplikasi sosial seperti Facebook dan apa yang penting, WiFi pun ada, hehe. Dengan kehadiran fungsi WiFi ni, Nokia C3 dapat memenuhi citarasa golongan muda pada masa kini yang gemarkan pelayaran web dan jaringan sosial. Yelakan, sekarang ni WiFi hotspot kebanyakan tempat dah ada. Sambil menikmati Big Mac, boleh lah bertwitter kejap, hee. Dan apa yang Arib dapat rumuskan, Nokia C3 ada pro dan kontranya.







Pro
Papan kekunci QWERTY
Menyokong WiFi 802.11b/g
Pengintegrasian SNS seperti Facebook pada homescreen beserta butang dedikasi
Skrin TFT bersaiz 2.4" QVGA dengan paparan 256K-warna
Kamera 2 Megapiksel
Rakaman QVGA pada 15fps
Antaramuka Series 40, 6th edition yang menarik
Stereo FM radio dengan RDS dan fungsi Visual Radio
Bluetooth (dengan A2DP)
Port microUSB
Slot kad microSD (menyokong sehingga 8GB)
Sambungan audio 3.5mm
Kualiti audio yang baik
Harga berpatutan

Kontra
Tiada 3G
Tidak menggunakan Symbian OS
Kamera bergred rendah, tiada autofokus dan lampu flash
Rakaman video berkualiti rendah
Tidak mempunyai fungsi multi-tasking
Kabel USB tidak disediakan dalam kotak pembelian


Dari segi reka bentuk, apa yang Arib lihat pada Nokia C3 ni memang tak lari macam Nokia E-series. Jika diimbas kembali, reka bentuk Nokia C3 seakan-akan mirip seperti Nokia E63. Apa yang membezakan Nokia C3 dengan Nokia E63, Nokia E63 merupakan sebuah smartphone kerana menggunakan Symbian OS S60 manakala Nokia C3 adalah phone biasa yang mempunyai ciri-ciri asas kerana ia dikuasakan dengan platform Series 40. Bagi Arib, platform Series 40 agak mengecewakan peminat Nokia C3 kerana Series 40 tidak menyokong fungsi multi-tasking.



Walau bagaimanapun, kehadiran keyboard QWERTY yang 'awesome' dan papan skrin yang mampu dilihat jelas di bawah sinaran matahari antara faktor Nokia C3 merupakan peranti Nokia yang mesti dimiliki.





Jaringan sosial atau lebih dikenali sebagai social network merupakan elemen utama yang ada pada Nokia C3 ni. Yeap, dengan Nokia C3, korang boleh berfacebook, twitter, e-mail, dan IM. Apa yang menarik, kesemua ni telah disatukan di dalam sebuah phone jew. Best kan? nanti masa tengah tunggu tren LRT sampai, sambil sambil tu boleh layan Yahoo Messenger kejap, hee.





Bagi yang menginginkan sebuah phone yang lengkap dengan fungsi social networking, Nokia C3 ini jawapannya. Kelebihan fungsinya seperti WiFi dapat mengisi masa anda dengan pelayaran web dan bersosial di ruangan social network. Reka bentuk Nokia C3 yang 'funky' membuatkan sesiapa sahaja akan tertarik dengan phone ni. Nokia C3 didatangkan dengan pilihan warna Slate Grey, Golden White, dan Hot Pink.



Apa yang penting, harganya sangat berpatutan. Nokia C3 boleh didapati dengan harga RM520 di kedai Nokia berhampiran atau pengedar Nokia yang sah.



Sekian sahaja untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca! Wassalam.

p/s: Maaf sangat-sangat sebab sampai sekarang masih tak dapat post pasal perpindahan Arib ke sekolah baru. Hampir siap secara keseluruhannya, tapi ada dua tiga perkara yang perlu ditambah lagi. Arib akan cuba post dalam masa yang terdekat ni, hee.

Editor: Esok, GoMobile Expo 2010 bermula! Nantikan review hari kedua GoMobile Expo 2010 di Arib's Blog!

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

5 Comments:

Anonymous said...

a Bruce Lee workout includes stretching, bending, running, dipping, kicking, jumping, traditional
muscle building exercises, weight lifting, rope
skipping, medicine ball handling, etc. It’s old news that
tracking food intake could lead to losing a few pounds [2].
Hence, broccoli is a must-add ingredient in your vegetarian weight loss diet.


Also visit my web-site: Extra resources

Anonymous said...

If you find it a bit maddening to follow the daily fluctuations of the scale even
though you are eating properly, pick three days of the week
on which you will always weigh yourself (for example, Monday, Wednesday,
and Friday). Vitamin B3 or also called as Niacin is important
in weight loss because it is responsible for the regulation of thyroid hormones
and also in sugar levels in the body. Expect to lose all
that extra flabbiness as you melt off all your unwanted fat.



Here is my webpage ... unidadproletaria.net

Anonymous said...

This is more important than ever in a world where there are dozens of different audio formats.
Regular workshops ensure that the staff at PVM Radio subdivision is not only up to date with the latest technological innovations, but also ensures that the customers from
diverse backgrounds are offered the best possible services to suit their tastes.
Another radio commercial production tip to chew on is to make sure the audio quality is excellent on any spot your produce.


My web blog :: aol radio Toolbar free download

Anonymous said...

Once the game is 80% complete you will need to work on the sound.
Finding good outsourcing companies is the key, as naturally you do not want
to lower the quality of the service. It's fast to build and play and will challenge your memory.

Look at my website mouse click the next article

Anonymous said...

I understand that those are the products designed by manufacturers to make them money and
if they are endorsed by winning popular professionals,
sales will be high. It should come as no surprise that i - Tunes is loaded full of pirate apps for i - Phone, i - Pod Touch, and i -
Pad. But what happens when a player runs out of race tokens.


My page - Email Console - www.alumniclassic.com

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top