• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Diariku: Raya 2010: Hari Kedua di Kota Singa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Hello hello! Hah, pertama sekali Arib nak cakap sorry sangat sangat sebab tak dapat update blog ni. Maklumlah, kat kampung kalau nak online pun kena guna phone, itu pun line GPRS jew yang dapat, susah nak dapat line 3G. Jadi, kenalah sampai dekat rumah baru boleh update post ni. Hee, okaylah, sebelum ni Arib dah post suasana masa hari raya pertama Arib. Jadi untuk kalini, Arib nak ceritakan sedikit masa hari raya kedua Arib ni. Hee, sesiapa yang ada tengok gambar profile Arib terbaru ni dilihat macam dekat Singapura. Ehh, pergi Singapura ke? Hah, jom klik 'read more' untuk meneruskan pembacaan ;)



Hello hello Singapura! Hee, ni kira kali pertama Arib menjejakkan kaki ke Singapura ni. Arib berhajat nak pergi ke sini dah lama dah, cuma masa jew takde. Apa yang Arib tertarik dengan Singapura ni ialah dari segi kemajuan infrastruktur pembangunan dan teknologi negara ni. Tengok, negara kecil jew, tapi teknologi dia boleh dikatakan setanding dengan negara-negara maju yang lain. Bangunan-bangunan yang ada kat sini, fuhh, canggih-canggih belaka.

Okay, masa Arib pergi ke Singapura ni masa hari raya kedua. Memandangkan hari kedua hari raya ni ayah Arib cakap beraya kat satu rumah jew, so Arib korbankan masa hari raya kedua ni dengan ke Singapura ;D

Hahh, Arib pergi ke Singapura ni bersama dengan sepupu Arib. Yup, dua orang jew, naik motor. Nasib baik la naik motor, kalau naik kereta masa hari raya ni, sampai petang still tak sampai-sampai, traffic jammed dekat kastam, huhh. Hah, kalau korang nak tau, sepupu Arib ni kerja McDonalds dekat Singapura ni, sebab tu dia boleh bawak Arib ke sana ke mari kat sini, hee. Okaylah, jom tengok gambar-gambar kat bawah ni ;)


Hah, kat atas bangunan ni ada bot taww. Hahh, nilah Marina Bay ;)


Panorama Singapura :D


Hah, yang macam durian kat belakang ni namanya Esplanade :D


Row, row, row your bout~


Merlion Statue ;)


Huhh, kat atas panas, jadi lalulah jalan kat bawah tanah. Hee, laluan ni ada travelator :D


Disebabkan kat sekeliling travelator ni ada cermin, tangkap la gambar kejap, hoho.



Hee, tak main la Pavilion KL, ION Orchard baru best ;P


Dekat stesen MRT Raffles Place. Hoho, tren dah sampai, sempat lagi bergambar -,-


Pening tengok peta MRT ni -,-


Hah, nama tempat ni pulak Bout Quay. Tempat ni waktu malam baru 'hidup' -,-


Hurmm, sebenarnya banyak lagi tempat-tempat yang menarik dekat Singapura ni seperti Universal Studios, Sentosa, Bugis, China Town, Arab Street, Little India, dan lain-lain lagi yang belum sempat Arib pergi. Disebabkan kekangan masa, so ini jew lah tempat-tempat yang Arib sempat berjalan -,-

Konklusinya, memang tidak dapat dinafikan, Singapura terkenal sebagai bandaraya duit. Ehh? Mana tidaknya, nak lalu jalan pun kena bayar. Itu baru jalan, yang lagi kesian nak parking kat rumah pun kena bayar jugak, hoho. Apa yang Arib tahu, jalan tu kena bayar sebab nak mengurangkan kesesakan lalu lintas. Satu alat yang diberi nama E.R.P diletakkan di jalan yang sibuk seperti Orchard Road bertujuan untuk mengurangkan masalah sedemikian. Jadi, secara tidak langsung, pengguna akan cuba mengelak dari melalui jalan tu, sekali gus telah melancarkan lalu lintas di Orchard Road. Disebabkan negara kecil, sebenarnya itulah cara kerajaan Singapura nak menjana pendapatan negara. Kalau setakat kutip cukai belum tentu cukup nak membangunkan negara, ye takk? -,-

Hah, satu lagi perkara yang membuatkan Arib tertarik kat sini ialah dengan sistem MRT. Masa tren nak sampai, tiba-tiba ada satu muzik berbunyi kat stesen tuu.

"Train is coming, train is coming, train is cominnnnng!"

Wahh, nak panggil orang naik tren siap ada muzik lagi tuu, hebat betul kan? Kalau benda ni buat kat Malaysia, memang style lah. Cik Kiah yang tertido kat stesen pun boleh bangun, haha.

Selain tu, Arib juga tertarik dengan cara pengendalian tiket MRT. Okay, masa tu, Arib belilah tiket ke Orchard Road. Harga bagi perjalanan ke sana hanya 1.20 Dollar. Tapi, Arib kena bayar 2.20 Dollar, ehh? Hahh, yang satu dollar tu sebenarnya menjadi deposit untuk tiket. Apa yang menarik dengan tiket MRT ni, tiket ni lebih rupa macam kad, bersifat keras dan mempunyai teknologi di dalamnya. Kad ni berfungsi sama seperti kad Touch'n Go, just tap jew kad tu kat tempat macam Touch'n Go, tak payah nak masukkan tiket kat mana-mana. Lepas dah sampai ke destinasi, tap sekali lagi kad tu kat tempat tiket dan pulangkan kembali kad tu ke mesin pembelian tiket. Tup tup, mesin tu bagi balik 1 Dollar yang didepositkan tadi. Arib rasa, sistem ni perlu dibuat dekat Malaysia, memang mudah dan pantas. Just tap kad dan boleh jalan. Jadi, masalah tiket tersangkut, tiket kemek, dan sebagainya tidak akan berlaku ;)

Sebelum berangkat pulang ke Malaysia balik, sepupu Arib ni bawaklah Arib pergi ke Pasar Karat Singapura. Ehh, kat sini pun ada pasar karat jugak erk? Ingatkan kat Malaysia jew yang ada. Hah, kalau sebut pasar karat, mesti lah barang-barang yang dijual bersifat lama. Hoho, kat sini macam-macam barang ada. Jam tangan ada, laptop ada, handphone, huishh, berlambak-berlambak. Harga yang ditawarkan pun cukup berpatutan. BlackBerry second hand kat sini boleh didapati dengan hanya 150 Dollar jew, hoho.

Okaylah, setakat itu jew kowt yang dapat Arib sampaikan dalam post ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam.

Editor: Sehingga post ni diupdate, duit raya Arib untuk tahun ni Arib dapat RM98 sepanjang hari raya dekat kampung. RM20 dah guna, jadi sekarang ni tinggal RM78 jew -,-

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top