Assalamualaikum dan
Salam Sejahtera ;D
Sejak akhir-akhir ni, ramai yang mintak pandangan kat Arib mengenai telefon bimbit ni atau istilah popular yang orang Malaysia selalu sebut ialah handphone. Pertanyaan utama yang sering ditanya ialah mengenai harga terkini handphone. So dalam post kalini Arib nak share harga hanphone yang latest dekat Malaysia ni. Klik
'read more' untuk selanjutnya!

Hahh, masa kat sekolah, asrama, facebook, or mana-manalah, ramai yang tanya kat Arib mengenai harga handphone. Ada kadang-kadang tu, pukul 3 pagi orang call Arib sebab nak tanya benda tuu, HAHA. FYI, Arib mula menghafal harga dan fungsi setiap model handphone sejak dari darjah 5. *memang takde kerja kan? HAHA. Walaupun menghafal harga dan fungsi handphone nampak pelik tetapi ia merupakan sesuatu yang menyeronokan. Disamping boleh share ilmu dekat orang lain, sambil-sambil tu boleh dapat banyak pengalaman bersama handphone ni. Ehhh, jauh pulak menyimpang. Nak cerita harga handphone jea, cerita lain pulak keluar, haha. Okay, back to the topic.
Apa itu RRP dan AP?First thing Arib nak beritahu before korang tengok list harga kat bawah, korang perlu tahu dulu apa itu RRP dan AP. Lihat explanation Arib di bawah ni.
RRP: Singkatan daripada Retail Recommended Price (Harga Official) atau istilah lain yang orang selalu dok sebut ialah harga untuk handphone Original Set.
AP: Singkatan daripada Approved Product atau istilah yang biasa kita dengar ialah harga untuk handphone AP set.
Huhhh, apa beza handphone Original vs AP ni? Okay, baca explanation Arib ni elok-elok. Perbezaan ketara handphone AP set dan Original set ialah perbezaan pengedar dan waranti jea. Arib ambil contoh kat sini, handphone Nokia 3310. Untuk makluman, Nokia 3310 AP set juga dibuat di kilang Nokia. Cuma semasa diedarkan, ia tidak melalui pengedar yang diiktiraf oleh Nokia. Kalau handphone itu diedar melalui pengedar yang diiktiraf Nokia, ia akan bertukar menjadi set Original dan sudah tentu harganya lebih mahal. Untuk waranti pulak, AP set selalunya memberi servis waranti selama 15 bulan berbanding Original set yang menetapkan hanya selama 12 bulan dari tarikh pembelian sahaja. Cuma apa yang menarik tentang Original set ni, tempat nak tuntut waranti ni banyak cawangannya. So kalau korang suka travel, ambik Original set. Kalau korang punya rumah dekat dengan kedai handphone yang korang beli tuu, better beli AP set jea.
Satu lagi, apa yang membuatkan handphone Original set mahal, waranti 12 bulan itu akan recover untuk semua kerosakan manakala waranti 15 bulan AP set hanya recover certain kerosakan sahaja. Untuk aksesori pembelian, ia lengkap sama seperti Original set jika korang memilih untuk membeli handphone AP set dalam keadaan Full Set. Ya, AP set membenarkan pembeli untuk membeli sama ada handphone sahaja atau Full Set yang lengkap dengan kotak dan aksesori sama seperti Original set.
Arib merupakan salah seorang pengguna handphone AP set dan untuk makluman, Arib tidak pernah membeli sebarang handphone Original set setakat ini. Buat apa nak bayar mahal-mahal untuk waranti? Kalau jaga elok-elok, Insya'Allah tak rosak. Melalui pengalaman Arib, handphone AP set yang Arib beli tidak pernah lagi mengalami sebarang kerosakan. Nokia 5320 XpressMusic merupakan salah satu handphone AP set yang Arib pernah beli. Tiga tahun Arib menggunakannya. Sudah terjatuh banyak kali, tapi still berada dalam keadaan yang kukuh. Tidak pernah pulak meragam. Ini kerana seperti yang Arib cakap, AP set dan Original set juga dibuat di kilang jenama yang sama. Cuma pengedar sahaja yang berlainan. Kualiti tetap sama seperti Original set. Jadi, tak perlulah korang memandang enteng dan risau dengan handphone AP nih yea.
Selepas membaca panjang lebar explanation Arib di atas, hahh, sekarang bolehlah korang rujuk harga di bawah ni. Selamat mencuci mata harga ;)
Old Model SeriesNokia 1280 - RRP: RM95-RM105 / AP: RM95-RM105
Nokia 1616 - RRP: RM110-RM120 / AP: RM110-RM120
Nokia 1800 - RRP: RM115-RM125 / AP: RM115-RM125
Nokia 2700 Classic - RRP: RM240-RM250 / AP: RM255-RM265
Nokia 2710 Navigation - RRP: RM320-RM330 / AP: RM325-RM335
Nokia 2720 - AP: RM190-RM200
Nokia 2730 - RRP: RM260-RM270 / AP: RM250-RM260
Nokia 5250 - RRP: RM440-RM455 / AP: RM420-RM435
Nokia 6303 Classic - RRP: RM415-RM430 / AP: RM325-RM335
Nokia 6700 Classic - RRP: RM675-RM690 / AP: RM510-RM525
Nokia 7100 Supernova - AP: RM260-RM270
Nokia 7230 - RRP: RM370-RM385 / AP: RM330-RM340
New Model SeriesNokia 100 - RRP: RM120-RM130
Nokia 101 - RRP: RM135-RM145 / AP: RM110-RM120
Nokia 500 - RRP: RM595-RM610 / AP: RM590-RM605
Nokia 700 - RRP: RM915-RM945
Nokia 701 - RRP: RM1010-RM1040
Nokia Asha 300 - RRP: RM335-RM350
Nokia C1-01 - RRP: RM175-RM185 / AP: RM170-RM180
Nokia C1-02 - AP: RM140-RM150
Nokia C2-01 - RRP: RM270-RM280 / AP: RM260-RM270
Nokia C3-00 - RRP: RM335-RM350 / AP: RM320-RM330
Nokia C5-00 - RRP: RM485-RM500 / AP: RM590-RM605
Nokia C6-00 - RRP: RM775-RM790 / AP: RM715-RM730
Nokia C6-01 - RRP: RM810-RM825 / AP: RM775-RM790
Nokia X1-01 - RRP: RM145-RM155 / AP: RM140-RM150
Nokia X3 Touch and Type - RRP: RM475-RM490 / AP: RM445-RM460
Nokia X7-00 - RRP: RM1200-RM1230 / AP: RM1090-RM1120
Nokia E5 - RRP: RM590-RM605 / AP: RM565-RM580
Nokia E6 - RRP: RM915-RM945 / AP: RM795-RM810
Nokia E7 - RRP: RM1235-RM1265 / AP: RM1120-RM1150
Nokia E72 - RRP: RM1000-RM1030 / AP: RM775-RM790
Nokia E75 - AP: RM595-RM610
Nokia N8 - RRP: RM1190-RM1220 / AP: RM1110-RM1140
Nokia N9 - RRP: RM1970-RM2050 / AP: RM1690-RM1770

Sony Ericsson Xperia X8 - RRP: RM535-RM550 / AP: RM450-RM465
Sony Ericsson Xperia X10 Mini - RRP: RM465-RM480 / AP: RM425-RM440
Sony Ericsson Xperia X10 Mini Pro - RRP: RM585-RM600 / AP: RM470-RM485
Sony Ericsson Xperia mini - RRP: RM680-RM695 / AP: RM575-RM590
Sony Ericsson Xperia mini pro - RRP: RM740-RM755 / AP: RM685-RM700
Sony Ericsson Xperia Neo V - RRP: RM905-RM935 / AP: RM780-RM795
Sony Ericsson Xperia Active - RRP: RM965-RM995 / AP: RM830-RM845
Sony Ericsson Xperia Ray - RRP: RM1020-RM1050 / AP: RM840-RM855
Sony Ericsson Xperia pro - RRP: RM1180-RM1210 / AP: RM960-RM990
Sony Ericsson Xperia neo - RRP: RM1330-RM1410 / AP: RM920-RM950
Sony Ericsson Xperia Play - RRP: RM1325-RM1405 / AP: RM1015-RM1045
Sony Ericsson Xperia arc S - RRP: RM1440-RM1520 / AP: RM1215-RM1245
Sony Ericsson Live with Walkman - RRP: RM795-RM810 / AP: RM635-RM650
Sony Ericsson W8 Walkman - RRP: RM600-RM615 / AP: RM485-RM500
Sony Ericsson Vivaz Pro - RRP: RM745-RM760 / AP: RM700-RM715
Sony Ericsson Spiro - RRP: RM205-RM215 / AP: RM190-RM200
Sony Ericsson Zylo - RRP: RM315-RM325 / AP: RM320-RM330
Sony Ericsson Aino - RRP: RM815-RM830
Sony Ericsson Cedar - RRP: RM245-RM255 / AP: RM240-RM250
Sony Ericsson Elm - RRP: RM415-RM430 / AP: RM400-RM415
Sony Ericsson Hazel - RRP: RM490-RM505 / AP: RM425-RM440
Sony Ericsson TXT - RRP: RM325-RM335 / AP: RM325-RM335
Sony Ericsson TXT Pro - RRP: RM330-340 / AP: 325-RM335
Sony Ericsson Mix Walkman - RRP: RM380-RM395 / AP: RM345-RM360

Samsung Galaxy Y - AP: RM485-RM500
Samsung Galaxy W - RRP: RM900-RM930
Samsung Galaxy R - AP: RM1400-RM1480
Samsung Galaxy Gio - RRP: RM720-RM735 / AP: RM655-RM670
Samsung Galaxy Fit - RRP: RM685-RM700 / AP: RM615-RM630
Samsung Galaxy Ace - RRP: RM740-RM755
Samsung Galaxy Mini - RRP: RM545-RM560 / AP: RM505-RM520
Samsung Galaxy SL - RRP: RM1100-RM1130 / AP: RM1060-RM1090
Samsung Galaxy S Plus - RRP: RM1195-1225 / AP: RM1160-RM1190
Samsung Galaxy Note - RRP: RM2260-RM2340 / AP: RM2030-RM2110
Samsung Wave II - RRP: RM955-RM985
Samsung Corby 2 - RRP: RM290-RM300
Samsung Champ - RRP: RM395-RM410
Samsung Champ Duos - RRP: RM395-RM410

HTC Wildfire - RRP: RM655-RM670 / AP: RM580-RM595
HTC Wildfire S - RRP: RM780-RM795 / AP: RM740-RM755
HTC ChaCha - RRP: RM725-RM740 / AP: RM690-RM705
HTC Salsa - RRP: RM930-RM960 / AP: RM960-RM990
HTC Radar - RRP: RM1245-RM1275
HTC Desire HD - RRP: RM1360-RM1440 / AP: RM1090-RM1120
HTC Desire S - RRP: RM1445-RM1525 / AP: RM1090-RM1120
HTC Rhyme - RRP: RM1460-RM1540
HTC Sensastion - RRP: RM1560-RM1640 / AP: RM1360-RM1440
HTC Sensastion XE - RRP: RM1755-RM1835 / AP: RM RM1710-RM1790
HTC Sensastion XL - RRP: RM1845-RM1925 / AP: RM1840-RM1920
HTC EVO 3D - RRP: RM1865-RM1945 / AP: RM1490-RM1570
HTC HD7 - RRP: RM1970-RM2050 / AP: RM1010-RM1040

BlackBerry Torch 9800 - RRP: RM1410-RM1490 / AP: RM1250-RM1280
BlackBerry Torch 9860 - RRP: RM1510-RM1590
BlackBerry Curve 9360 - RRP: RM1090-RM1120 / RM1050-RM1080
BlackBerry Curve 8520 - AP: RM599
BlackBerry Curve 3G - AP: RM699
BlackBerry Bold 9700 - AP: RM899

iPhone 3GS - RRP: RM1199 (8GB)
iPhone 4 - RRP: RM1799 (8GB)
iPhone 4S - AP: RM2499 (8GB)
Hahhh, amacam? Puas tengok harga handphone? Hehe, selalulah jenguk blog ni kalau nak tengok harga terkini handphone. Apa lagi, bookmark cepat blog ni! Hee. Insya'Allah Arib akan update harga phone ni setiap bulan. Apa yang penting, jadilah pengguna yang bijak. Jangan membazir yea ;)
Sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam (:
Nota Arib: Kalau ada soalan, boleh tanya melalui Facebook Arib yea. Kalau tanya kat sini takut tak berbalas pulak. Facebook: Arib Ismail. Thank you!
4 Comments:
berapa harga untuk sony ericsson equinox fli(lipat)...nak sangat2 tau...plz msg me....0138322044
Arib,which phone do you prefer to choose?
Samsung Galaxy Tab Mini or Galaxy Y?
Arib,which phone do you prefer to choose?
Samsung Galaxy Tab Mini or Galaxy Y?
afifah.. galaxy y..
Post a Comment