• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

[Wajib Tonton] Short Film - Tomato

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Serius Arib suka kreativiti anak-anak muda berbanding pengarah filem dekat Malaysia ni. Pengarah movie dekat Malaysia ni asal buat movie jea cerita mengarut. Tahyul lah, bomoh lah, sungguh sangat tipikal! Hahh, sebelum ni, Arib ada share satu short film Mat Luthfi pasal Rokok dan Kopiah dekat blog ni. Harini, yeah, Arib nak share satu lagi short film yang berbaloi dan wajib untuk korang tonton. Ahha, malas nak cerita panjang, korang cuba tengok short film ni sampai habis.


Terbaik! Itu jea Arib mampu cakap. Awesome sangat short film ni!

Seriously, Arib suka starting short film ni. Macam movie omputeh. Muzik dan cinematography, fuhhh, memang high-class! Memang kena rancang habis-habis kowt nak buat. Muzik yang dipilih memang sangat catchy dan kena dengan situasi. Scene pulak, Masha'Allah, lawanya! Bila tengok terus rasa semangat nak belajar dekat luar negara, hehe. *kalau ada rezeki, Insya'Allah.

Apa yang membanggakan, short film ni dihasilkan oleh anak-anak Malaysia kita sendiri. Hehe, Mat Luthfi ada pencabar sekarang. Apapun, thumbs up lah dekat korang!

BTW, apa yang menjadi tujuan utama short film ni dibuat adalah untuk menyampaikan mesej dan pesanan kepada semua ni. Semasa kita disajikan dengan cinematography dan muzik serta scene yang cantik-cantik dalam video ni sebenarnya ada mesej untuk kita renungkan.

Sebagai seorang rakan, tak perlu kowt nak panas baran sangat kalau kawan kita tu buat silap. Silap sikit jea, dah nak putus kawan. Tak putus kawan, merajuk laa, touching lah, tak bertegur lah, amboihhh. Aiyoo, kan ada mafhum hadis mengatakan, "memutuskan tali persahabatan lebih daripada 3 hari tergolong dalam golongan munafik." Kalau dah TERmarah, hahh, cepat-cepat lah mintak maaf. Kalau dibiarkan, hahh, melarat jadinya. Hidup pun jadi tak tenang kan?

So, apa yang boleh kita ambil daripada short film ni ialah kawal marah, maafkan kesalahan orang lain, dan sayangilah rakan anda. Ya, mereka lah yang menjadi teman, tempat mengadu, dan lain-lain lagi jika tiada keluarga kita disisi. Teman ketika susah, teman ketika senang, teman bergelak ketawa, dan whats over, hee, merekalah yang dinamakan KAWAN.

Jadi, bagi sesiapa yang pernah TERbuat salah dekat rakan-rakan korang tuu, cepat-cepat lah mintak maaf. Lagi-lagi yang duduk dekat asrama tuu. Hari-hari jumpa dengan kawan-kawan, mesti ada yang pernah TERbuat silap kan? Ada pernah Arib dengar, kawan sebelah katil pun tak bertegur sapa disebabkan bergaduh disebabkan perkara kecik jea. Jangan jadikan alasan MALU sebab tak nak meminta maaf. Ajal maut tak tunggu kita. Kalau esok kita mati tapi masih ada manusia tak memaafkan kita, hahh, tak aman lah kita dekat akhirat sana. So, renung-renungkan.

Okaylah, sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca yea! Sekian, wassalam(:

Nota Arib: Ahha, jarang tengok kawan lelaki suap kawan lelaki. Sweetnya, hahaha :3

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

1 Comments:

Anonymous said...

Arib, kalau saya nak tukarkan iphone 4 s saya dengan samsung notes... Adakah Arib rasa tindakan yg betul??

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top