Ulasan: Nokia C6-01 Dengan Nokia Belle
Labels: Close UpAssalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D
Seminggu yang lepas, pada 8 Februari 2012, Arib telah membeli satu handphone Nokia yang hadir dengan update ke Nokia Belle. Biasa dengar perkataan Symbian? Hahh, Nokia Belle ni merupakan sistem operasi Symbian yang baru selepas Symbian^3 dan Symbian Anna. Setelah seminggu Arib menggunakannya, memang sangat awesome! Siapa kata Nokia jauh ketinggalan ke belakang? Ikuti kisah selanjutnya dengan menekan 'read more' !

Last week, Arib datang ke Pertama Complex untuk trade-in Nokia N82. Faktor cepat kenapa Arib nak sangat trade-in Nokia N82 adalah sebab update Nokia Belle telah pun keluar pada 7 Februari 2012. Lepas dapat gaji masa 8 Februari tuu, Arib gunakan sedikit hasil daripada kerja di All IT, Low Yat untuk trade-in Nokia N82 kepada handphone Nokia yang support update ke Nokia Belle. Dah memang minat Arib untuk mengkaji sesuatu yang baru, Arib pun trade-in lah Nokia N82 kepada Nokia C6-01, salah satu device yang support update ke Nokia Belle.

Berbalik kepada ulasan ni, kenapa Nokia C6-01? Hehe, sebenarnya Arib kecikkan budget untuk trade-in handphone ni. Sayang pulak nak gunakan duit banyak-banyak untuk beli handphone. So pilihan terbaik, Arib trade-in Nokia N82 kepada Nokia C6-01 yang menawarkan banyak fungsi best pada harga yang sangat berpatutan. Pada saat artikel ni ditulis, harga pasaran Nokia C6-01 second hand ialah RM450. So tambah duit sikit jea lah sebab trade-in dengan Nokia N82, hehe.
Sistem Operasi Nokia Belle [a.k.a Symbian Belle]
Seperti apa yang Arib cakap kat atas ni, perkara utama kenapa Arib nak sangat handphone Nokia C6-01 ni sebab boleh support upgrade ke Nokia Belle OS. *juga dikenali sebagai Symbian Belle. Korang tau, Nokia Belle ni memang lain sangat-sangat interface dia jika dibandingkan dengan sistem operasi Symbian yang terdahulu.




Fungsi Notification Bar juga antara menjadi top features pada Nokia Belle ni. Fungsi ni telah mula diperkenalkan sejak zaman pembangunan Symbian UIQ 4 iaitu suatu era sebelum wujudnya Android. Korang hanya perlu seretkan jari dari atas skrin sehingga ke bawah untuk melihat message baru masuk, missed call, on off bluetooth, dan pelbagai lagi.


Interface menu juga kini dipertingkatkan dengan sokongan background yang mengikut wallpaper semasa pada home screen. Fungsi kinetik scrolling pun ada dekat menu ni. Memang smooth jika dibandingkan dengan interface menu Symbian Anna yang sedikit slow.



Skrin AMOLED 3.2-inci dengan teknologi ClearBack Display dan kaca Gorilla Glass
Kalau korang biasa dengar, skrin AMOLED ni kebanyakannya digunapakai pada skrin Samsung Galaxy. Skrin AMOLED ni memang best. Terang dan nyata. Serius sharp gambar dia lebih-lebih lagi kalau tengok movie. Selain tuu, skrin ni hadir dengan teknologi ClearBack Display. Teknologi ni membolehkan korang tengok skrin handphone ni di bawah sinaran matahari. Memang bagus untuk Arib sebab selalu gunakan handphone ketika berjalan-jalan di luar. Satu lagi yang menarik tentang skrin Nokia C6-01, skrin Nokia C6-01 ni diperbuat dengan kaca Gorilla Glass yang sangat awesome! Arib pernah tengok live demo Nokia N9 dengan kaca Gorilla Glass ni. Diorang baling phone tinggi-tinggi, at the end skrin still okay, takde kesan calar pun kat skrin. Tak macam iPhone kalau terjatuh habis skrin retak seribu berderai hatiku, wuuuu~

Patah Seribu hatiku , bila mengenangkan , iPhone 4 , wuuuuu~
Faktor lain sebab kenapa Arib memilih Nokia C6-01 adalah sebab kamera handphone ni. C6-01 dilengkapi dengan kamera 8-Megapiksel Full Focus. Teknologi full focus ni membolehkan gambar yang mempunyai piksel yang tinggi ditangkap dalam masa beberapa saat sahaja. Selain tuu, kamera 8-megapiksel Nokia C6-01 juga dilengkapi dengan Dual LED Flash yang sangat sesuai untuk pengambaran pada waktu malam. Kat bawah ni antara sample picture yang sempat Arib ambil. *sorry la, dua keping jea -.-"

Menara Berkembar Petronasssssssss ~

Bukit Bintang, Kuala Lumpur. *muak dah jalan-jalan kat sini -.-
Rakaman Video HD 720p sehingga 30 fps - Rakaman Se-Smooth DSLR
GPS dengan Nokia Maps

Setakat ni, peta dalam Nokia Maps lah antara yang terlengkap pernah Arib jumpa. Cuba korang compare dengan PAPAGO, Garmin, dan Sygic. Memang peta dia tak selengkap macam Nokia Maps. Apa yang mengagumkan, fungsi voice turn-to-turn Nokia Maps sangat mesra dan mudah digunakan. "Selepas 1 kilometer, belok sedikit ke kiri dan ikut lebuhraya~" Macam tulah contoh arahan Nokia Maps dalam Bahasa Melayu, serius sangat kagum! Family Arib memang suka sangat dengan Nokia Maps. Kalau pergi travel jea, wajib guna benda ni. Tak payah nak membazir beli GPS mahal-mahal sebab Nokia dah ada fungsi GPS yang lebih baik daripada GPS kat pasaran tuu!



USB On-The-Go


Memang mudah bagi korang yang suka transfer barang or bukak document dari pendrive. Apa yang menarik lagi, korang jugak boleh gunakan fungsi ni untuk cucuk wireless keyboard dan mouse, fuhhh!



Bluetooth 3.0



Sambungan Wi-Fi 802.11 b/g/n



Sambungan 3.5G HSDPA 10.2 Mbps dengan fungsi Video Call
DivX/Xvid Video Playback - Play format .mkv tanpa masalah!
Korang minat tengok movie? Hahh, dengan adanya Nokia Belle dalam handphone ni, korang tak perlu install sebarang software pun nak play format .mkv ni. Malah, korang tak perlu convert dari format .mkv ke mana-mana format! Serius best, just copy movie yang di download dari internet dan paste kan ke dalam memory card. Taraaa! Boleh play movie tersebut tanpa sebarang masalah! Terbaik ouhhhhh!

Music Player dengan Cover Flow
Hahh, korang pernah tengok music player dalam iPod/iPhone/iPad tuu? Kalau pernah, korang mesti perasan satu features ni yang bila korang rotate iPod/iPhone/iPad tuu, korang akan dapati album-album lagu dalam music player tu akan bertukar menjadi Cover Flow. Dan ya, sejak dari Symbian^3 lagi, fungsi Cover Flow ni telah diimplementasikan ke dalam music player. Serius sangat smooth dan cantik. Just pilih album mana yang nak didengar lepastuu pilih lagu yang kita nak play dalam album tuu. Terbaik!



Visual Multitasking

Setakat ni, Symbian dengan Meego (OS pada Nokia N9) jea antara yang mempunyai true-multitasking. Fungsi true-multitasking ni memang banyak membantu sebab boleh buat pelbagai tugasan dalam satu-satu masa. Apa yang menarik, fungsi ni memang sebijik digunakan pada komputer sebab komputer pun guna true-multitasking. Sejak dari Symbian^3, multitasking telah pun berubah menjadi Visual Multitasking seperti yang terdapat pada Windows 7. Memang best. Korang boleh tengok preview application yang tengah running tuu before menyelusuri masuk ke dalam app tuu, hoho.
Nokia Dictionary



TV-Out dengan Standard Definition (SD)
Satu lagi fungsi yang best dengan Nokia C6-01 ni ialah fungsi TV-Out. Fungsi ni korang boleh tayangkan dari skrin handphone ke skrin TV. Memang seronok sebab korang boleh main game dekat TV, tengok movie dekat TV, buat video call pun boleh dekat TV, hehe.



Konklusi
Hahh, bagi korang yang sedang berkira-kira nak tukar phone tuu, Arib sarankan korang beli handphone yang support Nokia Belle ni. Memang best.
Walaupun processor Nokia C6-01 iaitu handphone yang Arib tengah guna ni setakat 680 Mhz jea, Arib tak pernah lagi mengalami lag ataupun hang walaupun dah berpuluh-puluh application ada dalam handphone ni. Memang smooth jika nak dibandingkan dengan handphone X10 Mini Arib yang menggunakan Android, banyak kali dah hang dan application crash.
Dari segi multimedia, X10 Mini yang Arib gunakan juga sekarang ni agak ketinggalan ke belakang. *kesian -.- Ini kerana Nokia C6-01 hadir dengan kamera 8-megapiksel, rakaman video HD, menyokong TV-Out, dan apa yang paling penting, Nokia C6-01 ni support USB On-The-Go, mweehee. So agak berbaloi lagi beli handphone yang support Nokia Belle ni sebab tak banyak handphone Android yang support USB On-The-Go dan TV-Out.
Dari application pulak, hehe, jangan risau, korang boleh download application menerusi Nokia Store. Banyak software dan games yang best-best kat situ, just pilih jea mana yang berkenan, hohoho.

Antara application dan games dalam handphone Arib sekarang ni, hehehe.
So, amacam? Cair dengan fungsi handphone kat atas ni? Hee, bagi korang yang berminat jugak, korang boleh dapatkan salah satu model handphone Nokia yang support Nokia Belle seperti yang tertera di bawah:

Senarai harga handphone korang boleh rujuk kat artikel ni: http://arib2020.blogspot.com/2011/12/senarai-harga-terkini-telefon-bimbit-di.html
Bagi korang yang mempunyai salah satu handphone di atas, sudahkah korang update ke Nokia Belle? Bagi yang dah, selamat menikmati hari-hari yang indah bersama Belle. Bagi yang belum, hehe, korang boleh rujuk poster di bawah ni:

Hehe, sekian sahaja untuk kali ni. Ada apa-apa masalah, boleh tanya Arib melalui Twitter: @arib2020. Facebook jarang online, so tanya kat Twitter erk, heee. Okay, terima kasih kerana membaca yea! Sekian, wassalam (:
Nokia N82 in memories , wuuuuuu :(
Nota Arib: Bye bye Nokia N82! Serius sayang nak tinggalkan. Handphone second hand paling lama yang pernah Arib guna guna. Setahun setengah ada bersama dari Oktober 2010 - Februari 2012 :')
Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.
Comments (5)

Sort by: Date Rating Last Activity
Comments by IntenseDebate
Posting anonymously.
0 Comments:
Post a Comment