• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Diariku: Hello Nokia N82 !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Hello! Apa khabar semua! Whoahh, sorry sangat sebab dah lama tak update blog ni. Hah, semalam Arib dapatlah jugak jalan-jalan menenangkan fikiran di kawasan metropolitan Kuala Lumpur bersama dengan Ahmad Zhariff. Ehh, Nokia N82 ni apa pulak? Hee, klik 'read more' untuk pembacaan yang seterusnya!



Okay, semalam Arib mengisi hari sabtu dengan berjalan-jalan dengan si Zhariff ni. Mula-mula pergi ke Low Yat Plaza sebab Zhariff nak carik USB Hub. Wah, rasa rindu dengan Low Yat ni, lama tak pergi.

Selepas tu Arib bercadang nak pergi ke Pertama Complex untuk cari handphone secondary Arib. Sekarang ni, Arib menginginkan sebuah phone yang mempunyai Wifi dan kamera atas 3MP untuk keperluan blog ni. Untuk pengetahuan semua, kebanyakan gambar dalam blog ni hampir kesemuanya ditangkap dengan menggunakan Nokia 5320 XpressMusic yang hanya berkuasakan kamera 2MP sahaja, tu yang nampak teruk sikit tuu. Ehh, bukan ke Arib dah ada secondary handphone? Yeap, memang betul, tapi itu berbulan-bulan dulu. Sebelum ni, Arib pernah berkongsi tentang handphone-handphone Arib dalam post Diari 2009. Kat dalam post Diari 2009, handphone secondary Arib masa tu ialah Sony Ericsson G900. Tapi disebabkan Arib nak beli PC baru, bulan Februari 2010 Arib terpaksa menjualnya kepada kawan Arib, huhu. Dan mulai masa tu, tugas sebagai secondary phone Arib telah dipikul oleh LG KP105 yang fungsinya sekadar calling dan messaging. Memang susah nak guna handphone basic LG ni, memory phone limited, inbox selalu penuh. Asal nak karang message atau message baru sampai, mesti kena delete message yang lama. Dan setelah Arib dapat mengumpulkan kembali duit dengan hasil ikat perut di sekolah campur duit raya, Arib berhajat nak cari handphone secondary kembali, yayy!

Before pergi ke Pertama Complex, isi perut di McDonald's dulu. Dan untuk menu kalini, Arib makan Big Mac. Macam biasa, Arib pilih set besar. Apa yang menarik bila pilih set besar masa ni, McDonald's bagi Cheese McShaker. Hee, first time dapat rasa Cheese McShaker, sekali makan memang nak lagi. After makan, solat then pergi ke Pertama Complex.




Yeahh, Pertama Complex! Okay, dalam misi kalini, Arib nak carik handphone second hand yang ada Wifi dengan kamera atas 3MP dengan budget sebanyak RM300 sahaja, lebih daripada tu Arib tak nak beli. Pada mulanya, Arib target Nokia N95. Jalanlah kat dalam tuu, pusing-pusing, still tak jumpa yang berkenan. Jumpa memang jumpa Nokia N95 yang harga RM300, tapi condition handphone tuu tak menyenangkan hati. After that, target pulak Nokia N78. Sama macam Nokia N95 tadi, Nokia N78 yang berharga RM300 memang jumpa, tapi casing dah buruk, hurmm. Hahh, lepas tu, Arib sajew lah survey lah BlackBerry pulak. Masa tuu, Arib berkenan kat satu BlackBerry model lama ni, BlackBerry Curve 8320. Tanya lah kat tauke kedai tu, dia bagi harga RM300, whoahh. Tapi malangnya, battery BlackBerry dah low, tak dapat nak test. Haihh, baru ingat nak tukar citarasa ke BlackBerry, tapi tak dapat nak test handphone tu, nak buat macam mana kan.

Haihh, buntu ni. Handphone apa nak beli nihh? Okay, sambung berjalan lagi. Jalan punya jalan, Arib terlihat Nokia N82 dengan harga RM399. Apa lagi, terus tawar harga kat pekerja kedai yang menjual Nokia N82 tu.

"Kak, Nokia N82 ni boleh dapat RM300 tak?

"Aiyaa, mana boleh, cuba you survey kat kedai lain, tak dapat maa. Tapi you tunggu dulu, I cuba tanya kat boss I dulu."

Tidak beberapa lama kemudian,

"Memory Card tak mahu kan? Okay, RM300."

Haha, memang tak terlintas kat fikiran Arib ni nak beli Nokia N82 ni sebab Arib rasa harga Nokia N82 ni above RM400. Dan selepas tu, Arib check-check dulu fungsi handphone ni dari segi kualiti, ketulenan, dan lain-lain lagi before beli. Selepas berpuas hati, sign, buat pembayaran dan akhirnya, bak kata Taylor Swift, "You are the best thing that ever be mine!" :D





Yeahh, welcome Nokia N82! Selamat bertugas sebagai handphone secondary Arib. Ehh, secondary? Walaupun fungsi yang ada pada N82 jauh lebih baik, Nokia 5320 XpressMusic still jadi handphone primary Arib. Sebabnya, syarat-syarat nak jadi primary phone ni mesti handphone baru dan handphone secondary mesti yang second hand. Okay, terdapat sedikit perbezaan Nokia 5320 XM dengan Nokia N82 ni. Apa yang beza ialah dari segi kamera, WiFi, GPS, dan TV-Out. Untuk OS, kedua-dua handphone ni still guna Symbian, cuma yang bezanya, version Symbian OS dekat Nokia 5320 XM lebih baru berbanding Nokia N82. Okay, jom kita lihat kenapa Arib pilih handphone ni.

1. Kamera 5MP dengan Xenon Flash - Hah, Xenon Flash? Apa tu? Hah, Xenon Flash ni kalau nak tau sama jew dengan lampu Flash yang ada dekat kamera digital tuu. Asal lepas tangkap gambar jew, korang akan rasa mata korang macam ada flash terbang-terbang. Hahh, tu lah Xenon Flash. Okay, selain Xenon Flash, kamera Nokia N82 ni dikuasakan bersama lensa Carl Zeiss dengan keupayaan auto fokus. Jadi, kualiti gambar yang dihasilkan Nokia N82 ni memang lawa, setanding kamera digital.





2. WiFi - Hoho, disebabkan Arib suka surfing internet, handphone yang ada Wifi mesti Arib kena pilih. Yelakan, zaman sekarang ni internet boleh didapati dekat mana-mana. Kalau nak subcribe internet still kena bayar banyak, mana larat. Jadi, sekarang ni, dapat lah jugak Arib saving duit dengan adanya handphone Nokia N82 ni. Hee, kat kedai mamak pun ada Wifi tau.





3. GPS - Hahh, siapa yang tak kenal GPS. Fungsi ni memang dah jadi satu keperluan masa sekarang ni, lagi-lagi yang suka jalan-jalan ke sana ke mari tuu. Kalau nak cari tempat yang berhampiran pun senang. Contohlah Arib nak cari restoran McDonald's yang terdekat. Tup tup nanti, Nokia Maps akan beritahu Arib di mana lokasi restoran McDonald's yang berhampiran dengan kedudukan Arib.



4. TV-Out - Yeah, TV-Out! Hah, dengan fungsi ni, Arib boleh tayangkan kandungan kat dalam Nokia N82 ni terus-menerus ke kaca TV. Memang best ;)



5. Dikuasakan dengan Symbian S60v3 - Hahh, memang dah menjadi satu kewajipan Arib kalau nak memilih handphone, mesti nak ada Operating System (OS). Sebabnya boleh masuk software, sebab tu Arib suka, hee. Dari segi OS, Arib still prefer Symbian OS buat masa ni, memang dah terlekat kat hati ni sejak dari sekolah rendah lagi. Hmm, ada jugak sesetengah user handphone yang tak suka handphone yang ada OS ni. Kata orang, handphone yang ada OS ni senang masuk virus. Yeap, memang betul. Hee, semua orang mempunyai citarasa dan pandangan masing-masing. Kalau suka jadikan handphone sama seperti komputer, pilihlah yang ada OS. Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera.



Arib mula menggunakan istilah secondary phone selepas Arib membeli Nokia 3230 masa September 2009. Dan sejak dari tu, Arib sering bertukar-tukar handphone dengan hasil trade-in handphone-handphone secondary ni. Sony Ericsson G900 merupakan handphone yang terakhir dengan hasil trade-in. Nokia N82 merupakan handphone secondary kedua Arib yang bukan hasil dari trade-in selepas Nokia 3230.



Seperti mana yang Arib katakan di atas juga, Nokia 5320 XpressMusic masih menjadi handphone primary dan LG KP105 sebagai handphone tertiary ;)



Hah, malam semalam jugak ayah Arib suruh lah Arib dengan Adib makan kat luar. Sebabnya mak pergi rumah makcik dekat PD, jadi takde orang masak. Haha, untuk harini dah dua kali makan McD. Kalau masa siang tadi Arib makan Big Mac, dan malam tu Arib nak rasa Triple Cheese Burger lah pulak, yum yum! Okay, gambar kat bawah ni diambil dengan menggunakan Nokia N82.









Masa otw balik rumah, test lah tangkap gambar dari jejantas LRT Maluri. Woahh, boleh tahan ;)



Hee, Arib rasa setakat tu jew kowt. Hah, before terlupa, good luck untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 yang mengambil PMR tuu. Buat elok-elok, dekatkan diri kepada Allah, perbanyakkan doa dan solat hajat. Insya'Allah, Allah akan memberikan yang terbaik kepada anda semua. Sekian sahaja untuk kalini. Wassalam.

Editor: Hee, lepas ni gambar-gambar kat dalam post yang seterusnya akan ditangkap dengan menggunakan Nokia N82 ;)

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top