• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Personal: 2009 Diary .

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pengunjung Arib's Blog.

Hah, tahun 2009 ni mesti banyak kenangan atau peristiwa manis yang terjadi kat korang kan. Okay, sempena dengan kehadiran 2010 ni, Arib nak share lah benda yang terjadi sepanjang tahun 2009. Macam biasa, klik 'read more' untuk selanjutnya :)



Perpindahan Arib ke SBU? Hah?!

Hmm, warga SBU & SBS mungkin terkejut masa mula-mula Arib masuk AKSB. Haha, dah lah masuk tak sampai empat hari, memang gila kan :P Masa tu, warga Sejaya tak tahu yang Arib dah pindah SBU sebab diorang ingat maybe Arib sakit, tu yang tak datang sekolah. Okay dalam post SBU, hanya datang dan pergi korang boleh baca semua pengalaman yang Arib lalui sepanjang Arib berada dekat SBU tu. Semua persoalan seperti mengapa Arib pindah SBU dan kenapa Arib pindah Sejaya balik telah terjawab dalam post tu.



Tahun yang banyak Arib tukar handphone

Yup, memang tahun ni Arib banyak tukar handphone. Bermula Sony Ericsson K610i yang Arib beli masa Chinese New Year haritu, pastu beli Nokia 2630 untuk kegunaan asrama dan seminggu macam tu, kena suspend. Then beli pulak Nokia 3230, the old Symbian smartphone. Disebabkan tak puas hati sebab handphone tu besar sangat Arib tukar lagi ke Nokia 6300, slim and elegant candybar phone. And after PMR, dengar cerita asrama dah ada WiFi, Arib tukar lagi ke Nokia N80, handphone yang pernah jadi handphone idaman Arib masa darjah lima, sliding Symbian phone, WiFi and 3 megapixel camera. At last, disebabkan prestasi handphone tu semakin lama semakin lembab walaupun dah format berkali-kali, Arib tukar lagi ke Sony Ericsson G900, a Symbian UIQ powered candybar phone, WiFi and 5 megapixel camera.





The Year of Windows 7

Huh, hampir semua subjek dalam kelas, Arib tak dapat nak tumpukan sepenuhnya sebab Windows 7, ehh? Mana tak nya, asal masa cikgu mengajar, kepala Arib ni sibuk fikir pasal Windows 7 ni even masa science experiment, menyanyi lagu arab, bla bla. Memang Arib akui hampir semua Math Formula, Tatabahasa Bahasa Melayu, Perkataan Arab, Science Chapter 1 sampai habis, Arib tak tahu langsung sampailah hari-hari menjelangnya PMR, pergh, memang gila kan?



I got my first notebook :)

Yeah, akhirnya bulan Februari tak silap, Arib dapat notebook sendiri. E'eh silap, netbook. Ehh, kenapa netbook? Okay, ada lah satu hari tu, time Arib main komputer dekat ruang tamu, tiba-tiba ayah cakap nak belikan Arib satu notebook baru, tak tau lah pesal, biar betul? Jadi, Arib ni malas nak susahkan ayah ni, Arib pilih netbook sebagai pilihan sebab harga murah. Lagipun, memang sesuai sangat Arib dengan netbook ni sebab Arib ni bukanlah seorang yang sukakan games sangat pun, just untuk browsing jew. Model netbook yang Arib pilih tu Asus Eee PC 1000H, sebab kenapa erk? Sebabnya bateri netbook ni boleh tahan lama, sampai 7 jam :)



Tahun yang banyak Arib tengok wayang

Yup, tahun ni memang Arib banyak tengok wayang. Pada bulan Jun, Night At The Museum 2 sebagai filem pembukaan Arib untuk tengok wayang bagi tahun 2009 ni. And then lepas PMR, filem 3D yang pertama Arib tengok untuk 2009, Cloudy with a Chance of Meatballs, sebuah filem animasi yang mengisahkan seorang saintis dengan hujan makanan. After sesi persekolahan 2009 habis, Arib dapat menyaksikan dunia ni 'hancur' dalam filem yang membuatkan Arib tak sabar-sabar nak tengok iaitu filem 2012. Seminggu kemudian, Arib menonton pula filem 3D yang seterusnya iaitu filem A Christmas Carol. Pada awal pembukaan Disember, akhirnya Arib dapat menonton filem yang menjadi kegilaan para peminat siri novel The Twilight Saga, The Twilight Saga: New Moon, filem sekuel bagi filem Twilight. Tidak lama pula, Arib sekali lagi turun ke panggung untuk menyaksikan pula filem animasi Disney, The Princess and The Frog. Sebelum tahun 2009 menutup tirai, pada 30 Disember 2009, Arib dapat menonton dua filem sekaligus iaitu filem yang boleh Arib ketawa dalam panggung, Alvin and The Chipmunks 2 dan sebuah filem 3D yang mendapat sambutan hebat iaitu Avatar, memang best, aksi 2 jam 45 minit yang menyeronokkan ;)



My First Twittering, huh?!

Tahun ni lah, bulan August kalau tak silap la, Arib buat akaun Twitter, haha, lambat kan? Bukannya apa, kalau Arib buat awal-awal, sapelah Arib nak follow, takkan artis kowt, aiyoo. Dan sejak akhir-akhir ni, ramai kawan-kawan Arib yang dah buat akaun Twitter ni, hah, kan senang nak berkomunikasi. Just taipkan apa yang korang nak cakapkan dan secara automatik, Twitter akan update status Facebook dan MySpace korang. Tak payah susah-susah nak update banyak kali, just kat satu tempat jew :) Korang jugak boleh reply mesej yang korang terima melalui Twitter ni. Maybe beberapa tahun yang akan datang, Twitter ni dah jadi satu keperluan dan siapa tahu, boleh menjadi pengganti SMS ;)



2010 menandakan 10 tahun lagi menjelangnya 2020, yayy ! :D

Haha, korang mesti tahu kan, tahun 2020 ni lah tahun Malaysia maju. Oh, patutlah arib2020? Yup, semuanya berlaku pada tahun 2005, time tu Arib tengah buat e-mel baru, entah macam mana, tiba-tiba idea angka 2020 datang kat fikiran Arib, jadi apa lagi, Arib terus letak nama Arib dengan angka 2020 ni. Oh yea, mungkin tahun 2020 ni juga Arib akan kahwin, kahwin? Haha, Arib target tahun 2020 ni lah tahun Arib mendirikan mahligai indah dalam hidup Arib, Insya'Allah kalau masa tu Arib bertemu jodoh :)

Okay, sempena dengan menjelangnya tahun baru 2010 ni, Arib nak mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 dan Selamat Hari Jadi untuk sesiapa yang menyambut hari lahir pada tarikh tahun baru ni terutamanya untuk ayah Arib sendiri yang akan ke 46 tahun :) Sebelum Arib terlupa, satu fenomena Gerhana Bulan akan berlaku sejam selepas menyambut tahun baru iaitu 1 Januari 2010 tepat hari Jumaat, dijangka akan berlaku dalam pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi. Jadi dengan peluang yang diberikan oleh-Nya, isilah masa yang diberikan untuk mendirikan Solat Sunat Gerhana, bukan senang tau nak dapat fenomena gerhana bulan ni masa tahun baru :)



Goodbye 2009, Welcome 2010 !


Komen Editor: Dah set azam baru? :D

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

1 Comments:

x-pro96 said...

hepi new year bro:)

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top