• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Movie: Cloudy with a Chance of Meatballs ;)


Assalamualaikum,

Cuba korang banyangkan kalau dunia ni hujan dengan makanan, mesti best kan :D
Hah, sebenarnya Arib nak cerita pasal satu movie nih,
Cloudy with a Chance of Meatballs
Haha, pelik kan tajuk movie nih?



Sebenarnya tadi satu family Arib tengok movie ni kat TGV KLCC.
Yang bestnya, Arib dapat tengok movie ni dengan versi 3-D ;)
Sebelum ni Arib pernah berkongsi pengalaman movie Bolt 3-D kat blog ni :)
Memang best sangat, gambar macam kat depan mata :D
Cermin mata khas dibekalkan untuk merasai pengalaman 3-D
Gambar akan nampak blur kalau tak pakai cermin mata nih.



Cloudy with a Chance of Meatballs mengisahkan tentang seorang Saintis
Yang bosan dgn sumber makanan di tempat tinggalnya iaitu ikan sardin
Boleh dikatakan, satu pulau tu hanya ikan sardin sebagai punca makanan
Disebabkan kepandaiannya, dia mencipta sebuah mesin pembuat makanan
Yang di mana boleh menjadikan makanan yang pelbagai jenis dgn menggunakan air sahaja



Pada awalnya, mesin tersebut mempunyai masalah kerana
Punca elektrik di rumah saintis tersebut tidak mencukupi
Untuk menghidupkan mesin pembuat makanan tersebut.
Selepas itu, dia mencuba mesin itu dengan pencawang janakuasa elektrik.
Sebaik sahaja dihidupkan, mesin itu terbang tak tentu arah
Sehingga mesin itu terbang ke udara.
Tidak lama selepas kejadian itu berlaku,
Makanan mula jatuh dari langit satu persatu
Menandakan eksperimen saintis itu berjaya.







Hampir setiap hari, hujan makanan yang berlainan jenis turun seperti hujan
Antaranya Burger, Hot Dog, Ice-Cream dan banyak lagi.
Semua penduduk bandar itu berasa gembira
Kerana mereka tidak perlu lagi mengambil Sardin sebagai makan harian mereka



Kegembiraan yang diraikan tidak lama bertahan
Apabila Saintis tu mendapati makanan yang diturunkan
Semakin lama semakin besar saiznya
Malahan, makanan yang diturunkan itu juga semakin lama semakin tidak terkawal
Sehingga menyebabkan satu bencana besar berlaku
Yang akan menyerang ke tempat lain di dunia seperti New York, London dan lain2 lagi.


Taufan Spagetti.

Saintis itu tadi membuat keputusan untuk menghentikan mesin tersebut
Berikutan dengan bencana 'makanan' yang semakin serius.
Pelbagai cabaran yang dihadapi untuk menghentikan mesin tersebut
Sehingga berjaya memulihkan keadaan tempat tersebut kepada yang asal.



Overall cerita ni memang best, makanan jerh ;P
Jalan cerita menarik, animasi hebat, gabungan antara komedi, romantik & science.
Cuma scene aksi jerh kurang, 3-D perlu aksi lebih, baru puas :)
Okay2, Arib bagi cerita ni 3/5 Bintang ;)
Sesuai ditonton seisi keluarga, rugi tak tengok!
Kalau ada budget lebih, pastikan menonton yang versi 3-D, seronok :D

Wassalam.

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top