• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Sony Ericsson Xperia X10 Mini Review: Fizikal dan Spefikasi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Okeyh, sudah tiba masanya Arib nak review handphone Arib sendiri ni, Sony Ericsson Xperia X10 Mini. Sebelum ni review handphone semuanya yang display jew. So memang susah nak uji lama-lama sesuatu handphone tu. Lebih-lebih lagi handphone selain Symbian, lagi lah Arib perlukan masa untuk uji sesuatu handphone tu. Alhamdulillah, seminggu yang lepas Arib telah pun memiliki satu handphone Android iaitu Xperia X10 Mini ni. So, nak tahu lebih lanjut? Klik 'read more' untuk selanjutnya!


Bersesuaian dengan penggunaan nama 'mini', Sony Ericsson Xperia X10 Mini menawarkan reka bentuk yang begitu kompak bagi sebuah smartphone. Namun begitu, keupayaan yang dimiliki oleh smartphone ini yang sememangnya pintar dengan kehadiran OS Android versi 1.6 yang boleh dipertingkatkan ke versi 2.1. Jika sebelum ini OS Android hanya memiliki oleh smartphone dengan paparan skrin berukuran 3 inci ke atas, X10 Mini telah memberikan satu kelainan pada kehebatan OS Android yang kini telah dikompakkan bagi disesuaikan dengan paparan skrin berukuran 2.55 inci.

Dalam paparan review Sony Ericsson Xperia X10 Mini ni, Arib bahagikan kepada beberapa bahagian untuk direview. Antaranya dari segi, fizikal, sistem operasi, aplikasi, fungsi menarik, dan lain-lain lagi. Pada paparan yang kali ni, Arib nak review dari segi fizikal dan spefikasi handphone ni dulu.

1. Skrin 2.55 inci TFT

Walaupun kerangka smartphone ni kelihatan begitu kompak, X10 Mini masih mampu menawarkan skrin sentuh penuh berukuran 2.55 inci. Kawalan skrin terasa lebih lancar dan responsif memandangkan X10 Mini menggunakan skrin berteknologi Capacitive. Fuhh, serius senang nak taip apa-apa kat skrin dengan teknologi skrin Capacitive ni. Sentuh sikit jew handphone bagi respon. Berbanding teknologi skrin Resitive yang digunakan pada Nokia 5800 XpressMusic, Nokia N97, dan lain-lain lagi, skrin Capacitive tidak memerlukan user untuk menekan dengan kuat pada skrin. Cuma kekurangan pada skrin Capacitive ni ialah hanya bertindak balas dengan kulit jew. Sebarang penggunaan Pen atau Stylus tidak berfungsi, ouh!




2. Lensa Utama & Speaker

Kat bahagian belakang X10 Mini ni dilengkapi dengan lensa kamera beresolusi 5 Megapiksel auto fokus berserta LED Flash. Kekurangan, huhh, takde penutup kamera. Risau jugak, takut bercalar jew. Untuk speaker, kedudukan speaker terletak berhampiran dengan lensa kamera. Hurmm, tak beberapa berkenan kowt kedudukan speaker ni. Kalau letak kat seluar memang tak dengar sangat sebab tertutup speaker =_____=


3. Butang Kawalan

Untuk butang kawalan, Sony Ericsson Xperia 10 Mini menampilkan tiga butang kawalan tipikal Android iaitu butang Pop-out Menu, Menu, dan Back. Hahh, button X10 Mini ni Arib rasa menarik. Nampak moden. Simple jew (:


Pada bahagian sisi X10 Mini menampilkan butang 'Shutter' untuk mod pengambaran dan butang pelarasan volume. Di bahagian bawah X10 Mini pula terletaknya lubang earphone 3.5 mm dan port USB untuk kegunaan cas dan penyambungan handphone ke komputer, hoho.


Pada bahagian atas X10 Mini terletaknya butang Off/Lock yang berfungsi untuk mengunci dan mematikan handphone. Memang senang, tekan jew handphone terus terkunci. Tak payah nak tekan button sampai dua kali atau seretkan button ke bawah, huhu.


4. Slot Sim & microSD

Bahagian panel belakang Xperia X10 Mini menempatkan slot MicroSD dan juga slot kad SIM. Bateri? Ouh, memang kekal dalam phone, tak boleh bawak keluar. Untuk slot MicroSD, hurmm, pun Arib kurang berkenan sikit. Prefer letak kat sisi handphone. Senang nak hot-swap memory card. Memang leceh jugak nak keluarkan memory card ni. Kena bukak casing baru boleh ambik -____-


Sebelum mengakhiri post ni, berikut Arib senaraikan spefikasi Sony Ericsson Xperia X10 Mini yang Arib gunakan sekarang ni.

OS: Android 2.1 Eclair (Selepas Software Update daripada Android 1.6)
CPU: Qualcomm MSM7227 600 MHz
Band: GSM 850/900/1800/1900 & UMTS 900/2100
Ukuran: 83 x 50 x 16 mm
Berat: 88 gram
Masa Berbual: (GSM) 4 jam / (3G) 3 jam 30 minit
Masa Menunggu: (GSM) 285 jam / (3G) 360 jam
Fungsi Lain: Skrin sentuh 2.55 inci TFT 16.7 juta warna resolusi 240x320 piksel, SMS/MMS/Email/IM, WAP 2.0/GPRS/EDGE/UMTS/HSDPA/WiFi, Kamera 5 Megapiksel, memori 128 MB, microSD (sehingga 16GB), 3.5mm audio jack, Radio FM (RDS), Timescape, TrackID, YouTube, Google Maps, Wisepilot, Facebook

Jadi, setakat itu sahaja review ringkas Arib mengenai Fizikal dan Spefikasi handphone ni. Pada post yang akan datang Arib akan ceritakan pulak mengenai sistem operasi Xperia X10 Mini ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam (:

[Update!] Next: Sony Ericsson Xperia X10 Mini Review: Expose 2 - Sistem Operasi Android 2.1

Nota Arib: Best pulak guna handphone kecik-kecik ni. Senang nak simpan, hohoho~

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top