• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Frequently Asked Question (FAQ): Arib dan Xperia X10 Mini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Hahh, semalam Arib telah pun menjadi user Sony Ericsson Xperia X10 Mini. Mungkin korang ada soalan kenapa Arib memilih Xperia X10 Mini sebagai handphone pilihan Arib. Untuk itu, Arib telah menyenaraikan beberapa Frequently Asked Question (FAQ) untuk bacaan semua pembaca. Klik 'read more' untuk selanjutnya!


Awak kata awak suka Symbian? Awak curang ehh?

Seperti yang Arib cakap kat Twitter, cinta Arib terhadap Symbian tak pernah pudar. Arib menjalani kehidupan Arib dengan Symbian ni sejak Arib darjah 5. Masa tu tahun 2005 tak silap. Pelbagai liku-liku kehidupan Arib jalani bersama Symbian ni. Kan Symbian? Haha. Senang cerita, Symbian isteri tua dan Android isteri muda, hoho. Susah taw nak tinggalkan Symbian. Sifat User-Friendly lah yang Arib paling suka dengan Symbian ni berbanding Android yang cun dan lawa tapi agak complicated sikit. Pada masa post ini ditulis, handphone Symbian yang Arib gunakan sekarang ni ialah Nokia N82. Mungkin akan datang Arib akan trade-in Nokia N82 ni dengan handphone touchscreen Symbian^1 atau Symbian^3. Yelakan, zaman dah berubah dunia dah maju. Kalau boleh semua benda nak touchscreen. Bermakna, kriteria handphone kedua Arib dikekalkan untuk menggunakan handphone Symbian, hoho. Sayang Symbian!

Nokia 5320 XpressMusic macam mana? Tak sedih ker tinggalkan macam tu jew?

Mestilah sedih! Sayang tau kat handphone tu. Arib rasa, itulah handphone yang paling lama bertahan dengan Arib. Rasanya nak dekat 3 tahun kowt Arib hidup dengan Nokia 5320 XpressMusic ni. Handphone lain sekejap jew hidup dengan Arib. Tak sampai setahun, trade-in handphone lain. Tapi Nokia 5320 XpressMusic ni lain sikit. Nak trade-in rasa susah sangat sebab banyak fungsi yang best dan totally awesome. Masa baru-baru keluar dulu, Arib memang tersangat-sangat-sangat minat dengan handphone ni. Serius, jatuh cinta terus! Apa yang menarik ialah, handphone ni ada butang Say and Play. Korang cakap jew nama artis dan tajuk lagu pastu handphone tu akan mainkan lagu korang mintak tu. Memang cool beb! Selain tu, handphone ni jugak salah satu handphone yang dikhaskan untuk N-Gage 2.0. Masa tahun 2008 tu, fenomena N-Gage 2.0 memang orang kata meriah lah. Semua game best-best belaka. Dengan handphone ni lah buat Arib minat nak main game. Dengan handphone lain, rasa malas pulak nak main game-game ni. Tak dilupa jugak, benda yang paling penting dalam handphone ni ialah sambungan HSDPA 3.5G dan menggunakan OS Symbian S60v3 Feature Pack 2 (Symbian 9.3). Symbian 9.3 ni lah Arib mula rasa Symbian ni laju. Kalau Symbian versi yang sebelumnya, memang rasa ada lag dan hang-hang sikit. Tapi tidak pada Symbian 9.3. Berdesup ouhh! Sambungan HSDPA 3.5G? Offcourse menjadi faktor penting. Arib ni kaki online. Kalau boleh time browsing tu taip jew URL terus load page, tak payah tunggu-tunggu. Dan yeap, sambungan HSPDA 3.5G memang laju! Tapi kan, sejak akhir-akhir ni, peranan Nokia 5320 XpressMusic sebagai handphone primary semakin dipinggirkan selepas kehadiran Nokia N82. Hurmm, maybe sebab Nokia N82 banyak fungsi kowt. OS dua-dua phone ni sama cuma fungsi Nokia N82 jauh lebih canggih. Tukarlah dengan apa-apa Symbian phone sebagai handphone primary, Arib tetap akan lebihkan Nokia N82. So Arib buat keputusan untuk menggunakan handphone yang berlainan OS untuk fair kan penggunaan handphone-handphone Arib ni. Yeap, kira fair lah kowt, Android dan Symbian kan ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Apa-apapun, Nokia 5320 XpressMusic tetap di hati saya :')

Kenapa tak beli handphone Android yang pakai Android 2.2 Froyo macam LG Optimus One? Ada WiFi Tethering, application boleh move pergi MicroSD dan boleh masuk Adobe Flash 10.1. Berbaloi sikit.

Huhh, mahal maa! Kalau lah Arib ni dah kerja, boleh lah beli handphone macam tu. Kehidupan sebagai seorang pelajar ni memang susah sikit nak kumpul duit ni. Ikat perut, tengok orang makan jew kat kantin, makan biskut kering itulah yang Arib buat selama ni. Serius, mana boleh tahan lama-lama. Cukuplah sekadar tahan perut ni selama tiga bulan. Hmm, kumpul macam itu pun still tak cukup lagi. Tapi Alhamdulillah, haritu menang Pidato, ada lah dapat duit sikit. So nak dapat X10 mini ni kena korbankan Nokia 5320 XpressMusic kesayangan Arib tu dengan hasil penambahan duit 'ikat perut' dengan duit Pidato tu. Tapi takpe. Xperia X10 Mini ni kan handphone Android. So, kalau dah 'kemaruk' sangat nak guna Froyo, boleh flash ROM ke Android 2.2 Froyo, hohoho.


Resolusi Xperia X10 Mini kan 240x320 jew, tak rasa kecil sangat ker?

Kalau ada yang lagi kecil, lagi lah Arib pilih, ahha. Kat sekolah, Arib terkenal dengan tulisan paling kecil dalam kelas. So, benda-benda yang bersifat kecil ni menjadi pilihan. Tak tau lah, kalau boleh semua benda nak kecil. Comel sikit, hehe. Hah, kalau berbicara dari sudut Android, yeap, Arib tahu resolusi sekecil ini tak banyak games yang support. Kalau Symbian, resolusi 240x320 memang standard. Hoho, Arib ni nak main game pun susah. Entah bila lah nak main game-game ni. Masa banyak buat aktiviti lain. Cukuplah sekadar Angry Birds si burung comel garang tersimpan dalam X10 Mini ni, hoho.

Baru-baru ni, Sony Ericsson telah melancarkan Sony Ericsson Xperia X8. Antara Sony Ericsson Xperia X10 Mini dan Xperia X8, mana lagi bagus?

Kedua-kedua handphone ni secara keseluruhannya mempunyai fungsi yang sama. Versi Android yang digunakan pada Xperia X8 pun menggunakan versi yang sama seperti Xperia X10 Mini iaitu Android 2.1 Eclair (selepas firmware update). Cuma apa yang membezakan Xperia X10 Mini dengan Xperia X8 ialah resolusi skrin dan megapiksel pada kameranya. Sony Ericsson Xperia X8 mempunyai resolusi skrin sebanyak 320x480 dan kamera 3.2 Megapiksel manakala Sony Ericsson X10 Mini pula mempunyai resolusi skrin sebanyak 240x320 dan kamera 5.0 Megapiksel. Yeap, kedua-dua handphone ni ada WiFi dan GPS. Kalau korang suka tangkap gambar, Xperia X10 Mini pilihan yang terbaik. Kalau korang seorang suka tengok movies dalam handphone, kaki gamers atau gila software, Xperia X8 mesti kena pilih, hoho. So, tepuk dada, tanya selera ;)


Sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam.

Nota Arib: Hahh, kalau korang ada sebarang komen, pendapat, dan soalan nak ditanya, sila gunakan ruangan di bawah :)

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top