• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Hello Sony Ericsson Xperia X10 mini!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Hello hello semua! Wahh, cuti sekolah dah start. Mungkin ada yang rancang nak bercuti, berkelah, balik kampung. Maklumalah cuti seminggu kan. So, harap berhati-hati lah ya ketika bercuti ni, hee. Hahh, semalam Arib telah pun mencapai azam untuk memiliki handphone Android. Sony Ericsson Xperia X10 mini? Klik 'read more' untuk selanjutnya!


Hello Sony Ericsson Xperia X10 mini! Yeap, inilah handphone Android yang Arib maksudkan tu. Huhuhu, dah lama sebenarnya Arib pendam nak guna handphone Android ni. Dan Alhamdulillah, azam Arib untuk menjadi pengguna Android pada tahun ni telah pun tercapai. Sebelum tu, Xperia X10 mini ini merupakan hasil trade-in Nokia 5320 XpressMusic dengan hasil penambahan RM290 iaitu duit 'ikat perut' time dekat asrama dan sekolah serta duit menang pidato haritu, huhu.

Android? Menatang apa pulak tu? Hahh, Android ni merupakan salah satu sistem operasi (OS) untuk peranti mudah alih seperti komputer tablet dan handphone. Sistem Operasi? Tak faham. Senang cerita macam ni lah. Komputer menggunakan sistem operasi Windows 7 dan handphone menggunakan sistem operasi Android. Symbian yang banyak digunakan dalam handphone Nokia, iOS yang digunakan pada iPhone, dan BlackBerry OS yang digunakan pada BlackBerry antara sistem operasi handphone selain daripada Android.

Berbalik kepada Sony Ericsson Xperia X10 mini, Arib telah membeli handphone ni dekat tempat yang sudah sebati dengan jiwa Arib untuk cari handphone iaitu Pertama Complex. Sebelum tu Arib telah pun berkunjung ke Low Yat Plaza untuk survey harga trade-in dan hasilnya, Low Yat Plaza nak ambil handphone Nokia 5320 XpressMusic dengan harga RM100 jew, rugi sungguh! (*saya tahu handphone saya tu dah tak laku =.=) So, lepas ronda Low Yat petang semalam, Arib berjalan lah kaki dari Low Yat Plaza ke Pertama Complex (*nak save duit LRT, hoho). Tiba di Pertama Complex, memang agak kecewa jugak lah sebab kedai handphone kat situ pun nak ambil Nokia 5320 XpressMusic dengan harga RM100. Sampai kat satu kedai ni, Arib cakap lah nak beli Sony Ericsson Xperia X10 mini dengan trade-in Nokia 5320 XpressMusic. And then, dia kata Arib perlu tambah RM290 untuk X10 mini tu. Wahh! Bermakna, kedai tu ambil Nokia 5320 XpressMusic dalam RM200!


Dengan adanya handphone Android ni, boleh lah Arib berkongsi tips penggunaan Android dengan semua pembaca blog ni. Insya'Allah pada masa-masa yang akan datang, banyak perkara dan software Android yang Arib nak review. Sebelum Arib menutup post ni, ini merupakan sedikit 'shot' Xperia X10 mini Arib beli tu (:







Jadi, sekian sahaja untuk kali ni. Kalau sempat, nanti Arib buat review untuk Sony Ericsson Xperia X10 mini ni pada post yang akan datang, Insya'Allah. Terima kasih kerana membaca! Wassalam.


Nota Arib: Sony Ericsson Xperia X10 mini kini menjadi handphone primary dan Nokia N82 menjadi handphone secondary. Saya sudah menjadi user Symbian + Android = SymDroid! Yayy!

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top