Diariku: Dulu Triple Cheese Burger, Sekarang Black Pepper Spicy Chicken Burger
Labels: DiarikuAssalamualaikum dan Salam Sejahtera :)
Hello hello! Eheh, tajuk macam nak cerita pasal makanan jew. Haha, memang betul. Hee, semalam Arib berpeluang merasai burger McDonald's yang terbaru ni bersama dengan Adib Ismail. Yeah, kalau kat McDonald's ni, menu McValue yang selalu Arib akan pilih mesti sama ada Big Mac ataupun Spicy Chicken McDeluxe. Sebagai peminat setia Spicy Chicken McDeluxe, nak try rasa jugak macam mana rasa Black Pepper Spicy Chicken, sedap ke daripada Spicy Chicken McDeluxe, hehe. Nak tau lagi? Jom klik 'read more' ! ;D
Yum yum! Hah, sebelum ni, Arib pernah merasai jugak burger limited edition daripada McDonald's ni iaitu Triple Cheese Burger. Hurmm, rasa sama jew dengan Double Cheese Burger, yang bezanya hanya dari segi penambahan daging burger menjadi tiga. Sebelum ni jugak, McDonald's ada memberi McShaker Cheese bagi pelanggan yang membeli hidangan McValue bersaiz besar. Rasa McShaker Cheese tu memang sedap, rasa macam keropok Super Ring, sampai sekarang masih terngiang-ngiang rasa McShaker tu, haha.
Okay, Black Pepper Spicy Chicken McDeluxe Burger. Kalau tengok luaran burger ni, huhh, belum rasa mesti dah tau burger ni sedap. Mana taknya, banyak Black Pepper menghiasi daging burger ni. Hurmm setelah merasa burger ni, sedap memang sedap tapi Spicy Chicken McDeluxe still menjadi pilihan Arib. Tak taulah sebab apa, maybe yang original tu lebih baik kowt, hoho. Kalau nak dibandingkan dengan kepedasan kedua-dua burger ni, Black Pepper Spicy Chicken McDeluxe Burger lagi pedas laa, whoaa. Overall, Black Pepper Spicy Chicken McDeluxe Burger memang terangkat, yeahh!
Okay, sejajar dengan burger promo Black Pepper Spicy Chicken McDeluxe Burger yang limited time ni, McDonald's juga telah memberi peluang kepada pelanggan yang membeli set besar McValue untuk merasai McShaker Spicy pula bagi menggantikan McShaker Cheese yang diberikan sebelum ni. Wahh, setelah mencuba, McShaker Spicy ni rasanya macam Mi Sedap, cuma rasa pedas pedas sikit. Dan secara keseluruhannya, McShaker Spicy lagi sedap, yayy!
Hee, Arib rasa setakat itu jew kowt review pasal burger McDonald's ni. Bagi yang masih belum rasa lagi, kunjunglah ke McDonald's yang berhampiran, hee. Cepat! Limited time jew taww. Okay, sekian, wassalam.
*Kesemua gambar diambil dengan menggunakan Nokia N82 :)
Editor: McShaker Spicy memang terangkat! Umpph! ;D
Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.
0 Comments:
Post a Comment