• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Kerja Pun Macam Sekolah Jugak Tau !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Hello budak-budak! HAHA. Lama betul kan tak update blog ni. Terbelangkai sudah. Ouh, terbengkalai. Ahha, sorry lah yea tak dapat update selalu sebab kerja. Pergi pagi, malam baru balik. Agak penat lah jugak nak mengupdate blog ni, huhu. Kerja? So how? Hehe, klik 'read more' untuk selanjutnya! ;D


Alhamdulillah, sehingga post ni ditulis, genaplah sudah dua minggu Arib kerja sebagai Retail Sales Assistant dekat All IT Hypermarket, Level 3, Low Yat Plaza nihhh. Apa yang Arib boleh katakan, walaupun baru jea dua minggu, Arib dah rasa best sangat kerja ni.

Sebelum ni Arib pernah bagitau, Arib dapat department Stereo untuk kerja ni. Kerja hari-hari mengadap speaaaaaaaaaaaaker jea. Dum dam dum dam. Satu persoalan, kenapa Arib memilih kerja bahagian speaker ni? Sebabnya, bidang audio ni lah yang Arib kurang ambil berat dalam bab-bab IT ni. Selepas seminggu kerja kat department ni, Alhamdulillah, tau lah jugak sikit-sikit pasal audio ni. Lepas ni boleh lah tanya Arib pulak speaker or earphone apa yang best yea, hehehe.


Kerja Arib, hehe, boleh tahan jugak. Tak ler susah mana. Everyday kebanyakannya Arib akan lap & susunkan barang yang tak teratur kat department Stereo ni. And then kira stock cukup kea tak dan tag harga bila ada stock baru sampai. Lepastu, tadaa, layan customer sampai berdarah untuk pujuk nak suruh beli, WAKAKA.

Saat paling best time berkerja, tag harga barang, YAYYYY!

Yeap, itu jea kerja Arib. Arib masuk kerja dalam 10.30 pagi sampailah pukul 9.00 malam. Dalam tempoh tuu kebanyakannya jugak adalah dalam posisi berdiri. Tapi takpe, nak relax duduk kejap pun boleh. Bos Arib kata kerja jangan tension-tension, kalau penat rehat dulu, wahhhhh.

Kalau Arib penat, memang selalu main PC ni. Main check-check harga barang, hehehe.

Hari first kerja, fuhhh, memang penat tak terkata ouhh. Allah jea yang tahu betapa penatnya diri ini. Maybe dah lama tak berdiri lama-lama, sebab tu sakit kaki. Tapi kan, bila dah lama kerja kat sini, tak rasa penat, lelah, letih & tired dan seangkatan dengannya pun, mwehee. Steady jea berdiri lama-lama buat kerja itu ini, jumpa customer & sedikit mengemas. Alih-alih jea, ehhh, dah nak balik dahh? Serius tak terasa. Betul lah cakap satu peribahasa Melayu tuu, "Alah bisa, tegal biasa" :DD

Banyak Arib belajar bila Arib kerja kat sini. Hari first kerja barulah Arib tau cara nak punch card dengan betul. Korang ingat senang kea nak punch card? HAHA. Mula masuk kerja, Arib tonyoh card tu masuk dalam machine punch tuu. Habis nombor yang dipunch dekat kad Arib semua lari. Yelaa, mana la tau. Bila waktu nak balik kerja malam tuu nasib baik ada sorang kakak tu perasan dan tegur. Rupanya kena letakkan jea kad dalam machine dan machine tu akan naikkan card kita sendiri bila dah selesai proses, cehh. Ingatkan kena masukkan dalam-dalam, muahahaha.

Mesin Punch Card , OHYEAHH ! *asal jam punch card ni lambat 5 minit ? hohoho.

Selain tu, kat sini barulah Arib tau nak guna machine price tag nih. Best tau main benda ni. Tembak sekali keluar harga. Tembak, bang bang bang!

Forget about price tag~ Ka-Ching2 , Ba-Bling2 , hohoho .

Okay, apa yang Arib perasan kan bila Arib kerja kat sini, kerja ni rupanya sama jea macam sekolah. Everything yang kita lakukan time kerja sama saja macam apa yang kita buat kat sekolah.

Firstly pasal kepatuhan masa. Korang tau, lambat masuk kerja dan lambat pulang dari waktu rehat akan dikenakan tindakan jugak tau! Lebih dari 3 kali akan dipotong gaji dan 6 kali akan dibuang kerja, wahhhh! Senang, macam tu jea.

Contohilah pemilik kad ini. Datang selalu awal, muahahahaha. *serius bajet, HAHAHA =="

Bila korang kerja ni, semuanya Do It Yourself. Apa yang korang buat kat tempat kerja adalah atas untuk memudahkan kerja korang tu sendiri. Barang-barang yang korang terima seperti stock ikut suka hati korang lah nak letak mana asalkan korang senang nak cari barang tu balik. Tak payah nak dengar orang lain suruh, baru lah nak buat.

Kat sini jugak Arib belajar satu perkara iaitu berkerja secara sistematik.
Bila Arib kerja kat sini rupanya nak lekat tag harga pun ada prosedur. Prosedur yang perlu dipatuhi adalah dengan melekatkan tag harga pada bahagian atas kanan kotak. Semuanya mesti kosisten. Tak nak ada yang senget, tak nak ada space sikit, whooa.


Satu lagi pasal berkerja secara sistematik bila nak susun kotak kat lantai ni. Korang tau, kotak-kotak ni mesti kena susun dengan lurus supaya customer or orang lalu lalang tak terlanggar kotak ni.


Setiap Jumaat pagi, semua staff All IT ada sesi briefing pada pukul 10.15 pagi. Harini semua staff memang kena datang awal sikit. Keseluruhan briefing diconduct oleh manager All IT Low Yat ni, Mr. Ryan. Sesi briefing ni dibuat untuk memaklumkan perkara dan perubahan terkini, menegur staff, dan tak lupa jugak, memperkenalkan staff baru, weee. Serius segan ouh bila Arib kena memperkenalkan diri masa hari kedua Arib kerja sini. Macam budak baru masuk sekolah pulak, HAHAHA. Pada last week punya briefing, manager jugak memaklumkan ramai yang terlupa punch card sejak akhir-akhir ni. So dia cakap, siapa terlupa punch card kena charge RM5 untuk mintak sign manager sebagai pengesahan card yang tak dipunch tuu. Wahh, macam sekolah pulak ada denda-denda ni. Btw, manager tuu ada cakap:

"Saya charge denda RM5 ni bukan untuk kegunaan saya tetapi untuk membentuk kamu semua sentiasa alert ketika berkerja dan berdisipilin sepanjang masa."

Serius, Arib dengar masa tuu, wahhhh, bagusnya manager ni. Dia mahukan pekerja-pekerja dia sentiasa peka dan berdisiplin sepanjang masa. Masalah kecik macam punch card, ermmm, takkan boleh lupa kowt kan? Hehehe.

Apa yang best lagi, ahha, setiap Sabtu, Ahad atau Public Holiday akan disediakan makanan tengahari secara free. Kalau korang nak tahu, hari-hari macam ni korang boleh rehat 30 minit jea sebab customer ramai pada hari-hari ni. Fuhhh, jangan cakaplah, makanan-makanan dia sedap-sedap belaka. Terutamnya Nasi Tomato dan Tom Yam. Serius terasa macam makan makanan dekat asrama, sangat sedap, mwehee :DD

Nasi Tomatoooooooo ! YUMMEHH !

Soal rehat, hehe, korang boleh tentukan sendiri nak rehat pukul berapa. Asalkan sejam dalam sehari. Okayy, kalau hari berkerja, Arib akan rehat dari pukul 4 petang sampai pukul 5 petang. Arib memilih masa tuu sebab senang nak solat Zohor dan Asar. Ermm, selalunya waktu break ni makan benda-benda yang ringan jea kowt macam keropok lekor or pisang goreng. Nak makan McD takut membazir pulak lepastu nak terkejar-kejar masa lagi, kan susah. Kalau nak solat pulak macam waktu Maghrib or waktu Zohor dan Asar time Weekend dan Public Holiday, boleh mintak izin dengan bos department untuk solat kejap. Asalkan ada orang yang menjaga department tuu (:

Cabaran Arib masa berkerja ni? Ahha, mestilah cabaran nak meyakinkan customer untuk beli sesuatu barang tuu. Korang tau, korang kena kuasai beberapa skill nak pikat hati customer ni. Benda paling mudah adalah bagi sedikit diskaun untuk customer tuuu kasi dia cair nak beli. Tak kisah lah diskaun RM1 kea, RM5 kea, bagi jea diskaun, asalkan tak terdiskaun sampai mencecah harga stock. Lepastu, Arib kat department Stereo ni kena berskill jugak nak demo speaker depan diorang. Volume pastikan tak terlalu kuat sebab nanti akan berlaku bunyi 'speaker pecah'. Actually, kalau fikir secara logik pun, kalau hari-hari bukak speaker dengan max volume pecah jugak bunyinya nanti. So kena explainkan kat diorang pasal benda ni supaya pihak customer faham why kena bukak volume slow-slow.

Lepas buat sale, Arib kena catat setiap barang yang Arib jual. Best pulak main catat-catat ni. Bila tengok balik, wahhhh, banyak jugak barang yang dijual. Boleh jadi businessman berjaya nihh, HAHAHAHA.


Hehehe, mesti korang nak tanya gaji Arib berapa dapat untuk kerja ni. *tak nak tanya pown -.- Ermmm, biarlah rahsia kowt, mwehee. Alhamdulillah boleh tahan jugak gaji yang dia bagi. Apa yang penting, ikhlaskan diri ketika kerja. Kalau berkerja nak mengharapkan duit semata-mata susah nak dapat ikhlas tauu. Jujur cakap ni. Arib dah experience it before. Buat kerja dengan ikhlas atau tak ikhlas hasilnya tak sama. Kalau tak dapat ikhlas, ermmm, kerja pun sebarangan jea. So better tukar niat dan ikhlaskan diri ketika berkerja yea, hehe.

Before Arib tutup post ni, Arib nak ucapkan ribuan berbanyak terima kasih yang sudi menjenguk Arib berkerja di sini. Berikut merupakan orang-orang yang pernah melawat Arib: Meor Alief Iqbal, Hisyamuddin Muhd, Amir Amran, Azim Abd. Rahim, Shakyla Ahmad, Che Nadiah & Saifuddin Sapar. Tak dilupa jugak budak-budak yang paling best ni, siap bawak DSLR lagi nak tangkap gambar, muahahaha: Amirul Amran, Faris Ali, Ahmad Syahmi & Mohd Faiz (:

With Amirul Amran a.k.a Abot. Junior Sejaya. Amir Amran abg dia, haha. Sama-sama gila IT. Tapi more to camera ;)

Faris Ali. Budak ni selalu tegur time jaga prep kat Segambut Jaya dulu. Comel kan? Mwehee :3

Okay, Arib off day pada setiap hari Selasa. So kalau ada apa-apa appointment nak jumpa Arib kea, PC rosak kea, teman nak beli phone kea bagi tau awal-awal yea, hehe. Orait, sekian sahaja untuk kalini. Terima kasih daun keladi kerana membaca! Sekian, wassalam ;)

Nota Arib: Bos saya kasi portable speaker ni FREE! Yayyy! #untungla kerja department speaker, heheheh.

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

2 Comments:

Anonymous said...

Da best!!!!!

Anonymous said...

Da best!!!!!

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top