• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Gambar Di Sekitar Pelancaran Nokia Lumia 800 & Nokia Lumia 710

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Hello hello semua! Hee, korang pernah dengar Nokia Lumia? Tak pernah? Pernah tengok Nokia N9? Hahhh, bentuk Nokia Lumia 800 tuu sebijik dengan Nokia N9. Cuma apa yang membezakan, Nokia Lumia 800 ni guna Windows Phone, hehe. Okay, harini Arib mengambil peluang untuk melihat sendiri pelancaran Windows Phone pertama daripada Nokia iaitu Nokia Lumia 800. Memang best! Hee, klik 'read more' untuk selanjutnya!


Hehe, petang tadi, pukul 4 petang macam tuu, Arib terus bergerak ke Pavilion KL untuk ke majlis pelancaran Nokia Lumia ni. Actually, ni first time lah datang ke event pelancaran handphone ni. Sebagai peminat tegar Nokia dari kecik sampai sekarang, Nokia memang tak pernah hampakan Arib sebagai peminat. Kenapa? Sebab Nokia ada keunikan dia sendiri, hehe.

Ouhh yea, pihak Nokia telah melancarkan siri Windows Phone pertama mereka iaitu Nokia Lumia 800 diikuti Nokia Lumia 710 pada pukul 5.30 petang tadi. Sebelum event pelancaran, memang ada ternampak orang beratur panjang sebab nak beli handphone ni. Dari apa yang Arib dengar, ada yang sanggup beratur dari pukul 6 pagi sebab nak jadi pembeli terawal Nokia Lumia! Wowww! Malas nak cerita panjang, lets the picture speak!


Vespa-vespa skuad Nokia Lumia.


Peminat-peminat Nokia yang beratur untuk membeli Nokia Lumia. Sangat panjang. Fuhhh!









Wajah dua orang pembeli paling terawal. Sanggup beratur dari pukul 6 pagi. Mak aihh!




Mesti korang tertanya-tanya, kenapa ada yang sampai beratur dari pukul 6 pagi tuu? Hahh, sebabnya diorang ingin menjadi salah seorang daripada 100 pembeli terawal. Korang tau, kalau korang menjadi 100 pembeli terawal Nokia Lumia 800 kat event ni, korang akan dapat satu headphone Nokia Purity HD daripada Monter, satu Microsoft Arc Mouse, dan satu pek software Microsoft Office Home & Student 2010 yang kesemua hadiah tersebut bernilai RM687! So memang rugilah kalau beli hari biasa sebab tak dapat apa-apa. Just dapat set biasa jea, huhuhu.


Headphone Nokia Purity HD daripada Monster. Serius, bunyi dia memang terbaik lah!

Nokia Lumia 800 dijual dengan harga RM1650. Apa yang Arib suka sangat dengan handphone ni adalah sebab design dia yang sangat memukau. Korang boleh pilih pilihan warna yang sangat fancy dan comel-comel belaka. *I choose PINK, HAHA. Korang tau, apa yang membuatkan Nokia Lumia 800 unik sebab handphone ni dikuasakan dengan sistem operasi Windows Phone 7.5 yang serba baru. Serius Arib suka design Metro UI Windows Phone yang kotak-kotak tuu. Simple sangat! Selain tuu, Nokia Lumia 800 jugak hadir dengan kamera 8 megapiksel autofokus beserta rakaman video HD seperti mana Nokia N9. Fungsi lain, Nokia Lumia 800 juga turut serta dengan pemprosesan 1.4 GHz, WiFi, A-GPS, Bluetooth 2.1, Nokia Maps yang awesome, memori dalaman 16GB atau 32 GB, dan paparan kapasitif AMOLED dengan Gorilla Glass bersaiz 3.7 inci, hoho.


Berlainan pula dengan Nokia Lumia 710, handphone ni memang sesuai bagi sesiapa yang nak memiliki satu Windows Phone tetapi mempunyai bajet yang rendah. Nokia Lumia 710 dijual dengan harga RM999, jauh lebih murah berbanding Nokia Lumia 800. Dari segi spefikasi, spefikasi Nokia Lumia 710 ni tak jauh pun sebenarnya daripada Nokia Lumia 800. Cuma apa yang berbeza adalah dari segi bentuk, kamera, memori, kapasiti bateri, dan skrin. Nokia Lumia 710 hadir dengan bentuk yang 'sedikit bulat', kamera 5 megapiksel autofokus dengan rakaman HD, memori dalaman 8GB, mempunyai kapasiti bateri 1300 mAh berbanding Nokia Lumia 800 yang mempunyai kapasiti bateri 1450 mAh, dan skrin kapasitif Gorilla Glass TFT LCD 3.7 inci - berbeza dengan Nokia Lumia 800 yang menggunakan skrin AMOLED.


AHHHHHH! Nokia Lumia 710 Warna Biru Putih. COMELNYAAAAAA!

Bagi korang yang ingin membeli atau melihat sendiri Nokia Lumia 800 dan Nokia Lumia 710 ni, korang boleh datang ke Nokia Store yang berhampiran dengan korang. Arib suggest pergi dekat Nokia Store Low Yat ataupun Nokia Store Pavilion. Kat situ banyak handphone demo Nokia Lumia ni. Kat situ nanti korang boleh lah try Windows Phone 7.5 yang simple dan cun melecun tuu, hehe.

Okaylah, sekian sahaja untuk kalini. Terima kasih kerana membaca yeaa! Sekian, wassalam (:

Nota Arib: Rasa macam nak sekarang jea Nokia Lumia 710 ni. Nak beli awal-awal tak mampu, harga agak mahal sikit. Tunggu harga turun dulu lahh, hahaha :p

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

1 Comments:

Anonymous said...

Intrested x nk pkai lumia 800??nk let go la sbb baru dpt smsung s4..syaz210@yahoo.com

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top