• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Diariku: Raya 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Yayy, Selamat hari raya! Hee, apa khabar korang semua? Hah, macam mana dengan raya pertama semalam? Best? Duit raya banyak dapat? Hee, okay, dalam post ni, Arib nak ceritakan sikit pasal hari raya pertama untuk tahun 2010 ni. Hah, nak tau apa yang berlaku untuk hari pertama raya ni? Klik 'read more' untuk selanjutnya! ;)



Hah, memang dah menjadi rutin tahunan setiap tahun, family Arib akan ke kampung sebelah ayah Arib dekat Batu Pahat, Johor dulu masa pagi 30 Ramadhan. Then, malam raya pulak, family akan ke Kulaijaya, Johor untuk meraikan malam raya dan raya pertama bersama family sebelah mak. Hee, nasib baik lah parent dua-dua kat Johor, kalau tak, maybe nanti jadi macam Iklan Petronas 2010 tuu, hoho.

Okay, untuk hari pertama, before solat raya, mestilah kena makan dulu. Yeah, ada ketupat, lemang, rendang, kari ayam, hee. And then, pukul 8.15 am, pergilah surau yang berhampiran untuk solat hari raya. Lepas solat raya pulak, macam biasa, sesi bermaaf-maafan bersama ahli keluarga. Hee, masa tu lah family bagi duit raya, hoho. Habis jew sesi bermaaf-maafan, sesi yang paling best untuk pagi raya ni iaitu sesi fotografi. Haha, memang riuh rendah dibuatnya.



Okay, untuk warna tema baju raya untuk family Arib tahun ni ialah ungu ;)









Hee, habis jew sesi fotografi, bermulalah kunjung mengunjungi ke rumah family yang lain. Bermula dari Kulaijaya hingga ke Gelang Patah. Sehingga post ni ditaip, Arib sekarang ni berada di rumah sepupu Arib dekat Johor Bahru. Overall untuk hari ni, duit raya banyak dapat walaupun dah tua, huk huk. Dan untuk hari kedua ni, still tak tau lagi nak pergi mana, kena tunggu isyarat dari ayah Arib dulu, hoho.

Okaylah, setakat tu jew kowt. Selamat hari raya! Wassalam :)

Editor: Haihh, perasaan nak dapat duit raya dah tak macam dulu. Dulu, bukan main lagi nak kutip duit raya. Sekarang ni, orang nak bagi duit raya pun tak kisah, maybe dah tua kowt -,-

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top