• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Ulasan Filem: Ngangkung, Menyindir Si 'Kaki Ekor' dalam Komedi Seram

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Yuhuu! Hahh, semalam Arib berpeluang untuk menyaksikan filem Ngangkung di GSC Mid Valley bersama dengan lima kawan Arib yang lain. Yeap, semalam filem Ngangkung ni baru ditayangkan untuk buat kali pertama. Mula-mula tu, tak terfikir pun Arib nak tengok cerita ni sebab ingatkan kawan Arib tu beli tiket cerita Harry Potter 7. Tiba-tiba tanya dia cerita Ngangkung, woahh. Tapi takpe, apa salahnya layan filem-filem tempatan ni, asyik-asyik layan filem luar negara jew. Okay, jom tengok komen Arib tentang filem Ngangkung ni dengan klik 'read more'!



Info Filem



Durasi Filem: 1 jam 41 Minit
Pengarah: Ismail Bob Hashim
Pelakon: Shaheizy Sam, Azad Jazmin, Angah Raja Lawak, Putri Mardiana, Eira Syazira, Mazlan Pet Pet, Azlee Jaafar
Genre: Komedi Seram
Rating Filem: PG-13
Tarikh Tayangan: 25 November 2010


Sinopsis Filem

Filem Ngangkung melatari kisah Azim (Shaheizy Sam), seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri (Eira Syazira) dan anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim (Azad) dan Wan (Angah Raja Lawak). Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ dan aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.

Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung. Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri.

Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli. Pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan. Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Dan berjayakah mereka mendapatkan apa yang mereka hajati? Segalanya terjawab dalam “NGANGKUNG”.


Ulasan Filem


Ngangkung? Hahh, mesti korang tertanya-tanya kan kenapa Ngangkung? Hahh, ‘Ngangkung’ ni sebenarnya ialah satu perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘barang’ untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut mestilah sesuatu yang sukar untuk dicari atau didapati seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya. Pelik jugak Arib mula-mula tu, kenapalah Ngangkung, takde nama lain lagi ker? Tapi lepas tengok cerita ni, barulah faham kenapa Ngangkung dipilih sebagai nama filem. So, macam mana dengan cerita ni? Best ker? Overall, best! Hurmm, cuma ada beberapa elemen yang Arib nak kritik sikit.

Pro
Walaupun filem komedi seram, unsur kejutan masih banyak diterapkan.
Pelakon berjaya menjiwai watak masing-masing (Watak Shaheizy Sam sebagai seorang suami dan ayah so touching mehh).
Pengendalian muzik latar yang patut diberi pujian.
Mesej yang disampaikan dalam filem seperti bahana membeli nombor ekor penuh dengan sindiran dan pengajaran.

Kontra
Bentuk cerita nampak sama jew, ending mesti sedih atau ada pengajaran.
Watak Shaheizy Sam nampak serius sikit, kurang buat lawak, alaa.
Hantu Ngangkung dari awal sampai habis muka yang sama jew. Muka memang seram, tapi kalau asyik-asyik dah keluar muka yang sama, bosan pulak tengok -,-


Okay, dalam banyak-banyak part kat dalam cerita tu, Arib suka scene hantu Ngangkung tu tercegat kat ruang tamu dalam rumah si Tasnim (Azad). Haha, boleh pulak isteri dia tanya macam-macam kenapa hantu Ngangkung tu ada kat situ dengan nada selamba. Last-last diorang lari pastu si isteri pengsan, aiyoo. Part seram? Hurmmm, entahlah, ada kowt. Rasanya masa scene Wan (Angah Raja Lawak) nak buang air kat dalam hutan tu. Boleh pulak hantu Ngangkung tu ada kat belakang dia. Dah lah si Wan tu tengah menggeletar sebab nampak hantu tu, and then masa Wan nak pergi balik ke kereta, hantu Ngangkung tu bertenggek kat atas kereta. Trr, last-last pengsan si Wan tuu, hohoho.

Berapa Bintang?

Hahh, berapa bintang yang Arib bagi? Okay, untuk keseluruhan cerita, Arib bagi 7 daripada 10 bintang. Bintang banyak Arib berikan untuk pengendalian muzik latar. Setiap scene kat dalam filem ni mesti akan diselitkan dengan muzik latar mengikut mood sesuatu scene tu tak kira scene seram, gembira, ataupun sedih. Memang tak nampak sangat cerita ni slow sebab setiap scene digarapkan dengan muzik latar yang sesuai. Kehilangan 3 bintang lagi tu untuk jalan cerita dan watak bagi pelakon. Jalan cerita okay, cuma bentuk cerita nampak sama seperti filem komedi seram yang lain. Untuk pelakon, Shaheizy Sam berjaya menjiwai wataknya, akan tetapi dalam filem Ngangkung ni, watak Shaheizy Sam agak serius sikit berbanding wataknya di dalam filem komedi yang lain. Bagi Arib lah, sepatutnya Shaheizy Sam diberikan watak yang ceria dan aktif untuk filem komedi seram ni. Dah menjadi satu kebiasaan Shaheizy Sam mendapat watak yang lawak dalam filem komedi selapas berjaya dalam Adnan Sempit, tapi dalam cerita ni, serius pulak watak si Shaheizy Sam ni =.=


Pelakon utama filem Ngangkung: (Dari kiri) Azad Jasmin, Shaheizy Sam, dan Angah Raja Lawak

Trailer Filem Ngangkung



Sekian sahaja untuk kali ni. Kalau nak tengok filem komedi seram yang ada banyak kejutan, saksikan filem Ngangkung ni, hee. (promote pulak dah, haha) Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam.

Editor:
Hee, tadi ada ditayangkan trailer filem Kongsi before cerita Ngangkung ni start. Fuhhh, mantap ouhh. Tengok scene kat dalam trailer ni, fuhh, relax jew langgar kereta polis time jalan raya kat KL ni tengah sibuk. Nampak real punya.

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top