• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Tutorial: Jom tukar Windows 7 Logon Background !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Yeah, apa khabar semua pembaca? Hee, semoga berada dalam sihat sejahtera. Hahh, ramai bertanyakan kepada Arib tentang trick apa yang best untuk Windows 7 ni. Okay dan pada kali ni, Arib nak kongsi kepada semua pembaca mengenai satu tools yang boleh tukarkan background masa paparan 'Welcome' kat Windows 7 atau lebih dikenali sebagai Windows 7 Logon. Wah, menarik ni! Haha, klik 'read more' untuk selanjutnya!


Hahh, macam best kan bunyinya. Yelaa, bosan jugak kalau asyik-asyik tengok background yang sama jew. Walaupun sekejap kita tengok Windows 7 Logon ni, kalau boleh nak jugak la tukar background yang lain. Okay, untuk pengetahuan semua, Windows 7 Logon ni memang tidak disediakan option dalam Windows untuk tukar ke sebarang background. Jadi kalau nak tukar, kita kena guna cara lain. Dan cara paling mudah yang Arib nak kongsi ialah dengan menggunakan Windows 7 Logon Screen Editor tools. Hahh, jom ikuti langkah-langkah di bawah ;D

1. Mula-mula sekali, dapatkan Windows 7 Logon Screen Editor di sini. Setelah selesai proses mendownload, extract file yang didownload tadi dan buka Windows 7 Logon Screen Editor.

2. Selepas paparan tetingkap Windows 7 Logon Screen Editor dibuka, klik 'Set Background'.


3. Browse dan pilih background yang korang suka dan klik 'Open'.


4. Tadaa! Kini background Windows 7 Logon korang telah pun ditukar, yayy! ;D


Kalau nak tengok hasilnya, klik 'Preview' ;)




Hahh, kalau korang nak kembali kepada background Windows 7 Logon yang asal, klik 'Restore default Background'.




Hahh, mudah jew kan? Hee, lepas ni korang boleh la letak gambar family ker, kawan-kawan ker, gambar dengan ehem-ehem ker (hishh, tak elok =.=), permandangan ker, haiwan ker jadi background Windows 7 Logon ni. Haha, yang contoh background kat atas ni merupakan background untuk Windows 7 Logon kat netbook Arib sekarang ni, hee. Kalau korang suka edit-edit gambar, buat la satu wallpaper untuk dijadikan background Windows 7 Logon ni, baru nampak cool sikit, hehe.

Okaylah, sekian sahaja untuk kali ni. Nanti kalau ada masalah apa-apa, share kat comment bawah ni yerk. Kalau yang dah jadi tu, tekan button 'like' kat bawah ni atas penghargaan anda, hee. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam :)

Nota: Windows 7 Logon Screen Editor hanya boleh digunakan pada Windows 7 sahaja. Maaf kepada pengguna Windows Vista dan Windows XP =.=

Editor: Hee, best betul guna Windows 7 Logon Screen Editor ni, tak payah install dan apa yang penting, percuma! Yayy, saya suka!

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top