Diariku: Dari The Social Network Ke Rapunzel? Aiyak!
Labels: DiarikuAssalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D
Rasanya dah lama tak cerita pasal peribadi kat blog ni. Haishh, rindu pulak. Asyik-asyik cerita pasal komputer jew. Kadang-kadang tu, Arib sendiri pun dah naik bosan tengok blog ni. Semua komputer! Ada lah satu dua cerita pasal lain, tapi still bukan cerita pasal Arib. Maaf sangat-sangat, buat masa ni Arib kena banyakkan post pasal IT berbanding dengan cerita lain, hee. Okay, tadi Arib pergi ke Mid Valley bersama dengan Adib Ismail. Habis, tajuk kat atas ni apa pulak? Hehe, klik 'read more' untuk selanjutnya!
Hari ni Arib dapat dua tiket The Social Network daripada JomSocial. Tapi cerita tu atas 18, confirm tak boleh masuk. Yeap, memang betul, tak boleh masuk. Habis, nak buat apa dengan tiket ni? So abang panggung wayang tu bawaklah kitorang pergi ke kaunter untuk gantikan tiket wayang tu. Dia bagi kitorang pilih mana-mana movie yang kitorang nak tengok. Fuhh! Dah lah tiket dapat free, lepas tu bagi kitorang decide movie sendiri pulak tuu, wohoo! Apa lagi, Rapunzel lah! Hehe, dah lama pendam nak tengok cerita Rapunzel ni. So akhirnya dapat jugak tengok. Yes!
Okay dalam post ni, Arib tak nak buat review pasal cerita Rapunzel ni disebabkan dah ramai buat review pasal cerita ni. And then rasanya cerita ni dah lama keluar kowt, Arib jew yang baru nak tengok, so tak perlu la nak buat review. Dan dalam post ni, Arib just describe secara sepintas lalu tentang filem Rapunzel ni.
Pada awal cerita, ada seorang isteri raja ni nak lahirkan anak. Jadi, syarat untuk lahirkan anak tu mesti kena dapatkan bunga emas. So apa lagi, raja mengarahkan orang-orang bawahannya untuk mencari bunga emas tu. FYI, bunga emas tu dimiliki oleh seorang si tua ni. Dengan bunga emas tu lah, si tua tu boleh jadi muda. Masa si tua ni memuja bunga emas tu untuk nampak muda, then suddenly, orang bawahan raja datang ke tempat memuja bunga emas tu. Apa lagi, si tua tadi menyorok lah. Untuk orang bawahan raja, yeah, mereka menjumpai bunga emas tu dan terus membawa bunga emas ke istana untuk diberikan kepada raja.
*ni si tua dengan wajah muda. kalau berubah jadi tua balik, huhh, hodoh betul =.=
Then, bunga emas tu dijadikan air untuk diberikan kepada isteri raja tu. Pup, lahirlah si Rapunzel dengan rambut emas. Disebabkan ingin mendapat 'hak' nya semula, si tua menculik Rapunzel semasa Rapunzel masih bayi. FYI again, dengan rambut emas Rapunzel ni membolehkan si tua tu berubah menjadi muda. Bila dah besar, fuhh, panjang teramat-amat panjang rambut emas si Rapunzel ni. Disebabkan si tua ingin berterusan menjadi muda, Rapunzel ditempatkan di satu menara ni sebagai tempat tinggalnya dan apa yang menyedihkan, Rapunzel tidak pernah ke dunia luar sejak dia dijaga rapi oleh si tua tersebut.
Hurmm, pada setiap tahun, ada satu malam yang di mana Rapunzel melihat tanglung-tanglung dilepaskan melalui tingkap menara tersebut. Malam apakah itu? So, Rapunzel tertanya-tanya. Rapunzel berhajat agar dapat melihat tanglung-tanglung itu di dunia luar sehingga meletakkan hajatnya itu sebagai impiannya. Masa itu, dia tidak tahu lagi bahawa malam itu merupakan malam untuk memperingati kelahiran puteri raja yang hilang iaitu dirinya sendiri.
Satu hari ni, ada lah seorang mamat hensem ni curik mahkota kat istana. FYI again and again, mahkota tu merupakan milik si Rapunzel yang disimpan sejak kecil lagi. Then, apa lagi, guard mesti perasan kan, so mamat ni melarikan diri. Lari lari lari masuklah ke rumah Rapunzel ni. Dah masuk rumah orang, PANG! Kena ketuk, adushh. Rapunzel mengambil beg yang mengandungi mahkota tersebut untuk disorokkan. Dan masa tu Rapunzel berjanji akan melepaskan mamat tu bersama mahkota yang dicurik jika si mamat hensem tu membawa dia ke acara pesta tanglung. Dan, pengambaraan bermula. Kena tengok sendiri kalau nak tahu lebih lanjut, hohoho.
So, best tak Rapunzel ni? Seriously best! Tersangat-sangat terhibur. Jalan cerita menarik, grafik dan animasi cantik, muzik yang tertarik. Dalam cerita ni, Arib suka watak mamat tu. Woah, watak si mamat tu really cool mehh! Relax jew watak dia even keadaan tengah kelam kabut. Orang tengah buru dia, dia boleh main-main lagi, haha. Dan apa yang bestnya kat part ending cerita ni, si mamat tu kahwin dengan Rapunzel, ouhh!
*part romantik, AHHA!
Overall, of course! I like! Cerita Rapunzel ni memang nampak lain sikit berbanding filem animasi Disney yang lain. Sebabnya kat dalam cerita ni banyak menggunakan aspek nyanyian dalam menyatakan sesuatu. Nak pujuk Rapunzel pulang ke pangkuan si tua pun dalam bentuk nyanyian. Teringat pulak kat cerita The Phantom of The Opera, nak mati pun boleh nyanyi lagi, haha.
Untuk bintang, Arib beri bintang keseluruhan sebanyak 8.5 daripada 10 bintang. Best! Tak rugi tengok, memang cukup puas hati. So, kalau nak best lagi, layan yang 3D punya, hohoho.
Haha, pelik kan? Dapat tiket The Social Network tapi tengok Rapunzel, tak ke jauh namanya. Apa-apapun, Arib di sini mengucapkan ribuan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak JomSocial kerana anjurkan event macam ni. Walaupun tak dapat join 'acara yang sebenarnya', dapat jugak peluang untuk tengok filem yang ditunggu-tunggu untuk ditonton selama ni. Kalau tak disebabkan JomSocial, tak dapat kowt Arib tengok Rapunzel ni, hehe. So sekali Arib ucapkan terima kasih JomSocial!
Habis jew sesi tayangan Rapunzel sekitar 11.10 pm, berlari-lari lah kat dalam Mid Valley tu sebab nak cari tempat taxi stand. Ayah kata nak ambik kat situ, so kena cari tempat yang ada taxi stand. Woah, walaupun dah beberapa puluh kali pergi ke Mid Valley tu, tak pernah pulak cari jalan keluar kat floor bawah. Selalunya keluar pun kat floor tingkat satu sebab naik KTM. Last-last pukul 11.30 pm, akhirnya jumpa jugak pintu keluar yang ada taxi stand, woah, berpeluh-peluh dibuatnya. Around 11.45 pm, ayah dan mama datang. And then, macam biasa, kalau lewat malam macam ni, ayah ajak makan kat kedai mamak. Dan around pukul 1 pagi, balik lah ke rumah. Sampai kat rumah, solat dan update terus post ni pastu masuk tidur. Tamat. (*laa, macam tu pulak tamat dia? =.=)
E'ehh, lupa pulak. Hah, apa yang best kat Mid Valley ni, time menjelangnya musim perayaan, diorang mesti akan decorate something dekat Centre Court. Contohlah Hari Raya. Untuk tahun ni diorang gunakan tema Rumah Kampung. Every year mesti diorang buat kelainan untuk tema musim perayaan. Dan untuk bulan Disember, of course Hari Krismas kan. Jadi tahun ni diorang guna tema lebihkan kepada teddy bear. Wohoo! Besar-besar teddy bear kat sini. Kalau nak tengok, datanglah ke Mid Valley Megamall ni, hee.
Sekian sahaja untuk kali ini. Terima Kasih kerana membaca! Sekian, wassalam.
Editor: So, bagi sesiapa yang dah tengok Rapunzel tu, apa pendapat anda? ;D
Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.
0 Comments:
Post a Comment