• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Ulasan Filem: Aku Tak Bodoh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Argh, Aku Tak Bodoh! E'ehh, apesal pulak nih? Haha, sebenarnya hari ni Arib telah berkunjung ke GSC Mid Valley Megamall untuk menyaksikan filem Aku Tak Bodoh bersama dengan rakan-rakan Arib yang bertuah. Yeah, Arib rasa movie Aku Tak Bodoh ni antara movie yang terbest dalam filem Melayu ni. Serious, nama jew Aku Tak Bodoh, tapi cerita dia bukan cerita bodoh taw. Kenapa Arib cakap best? Klik 'read more' untuk selanjutnya!


Aku Tak Bodoh is totally awesome! Yeah! Actually, filem ni bukan lah cerita pasal sesiapa yang bodoh pun. Nampak jew tajuk cerita macam 'bodoh-bodoh' jew dengar, tapi cerita ni lebih kepada masalah keluarga yang dihadapi pada masa kini. Serious korang akan rasa mula-mula sebelum tengok tuu rasa macam apa jew. Tapi lepas korang tengok, baru rasa cerita ni berbaloi untuk ditonton. Bukan setakat berbaloi, lepas ni nak tengok lagi!

Info Filem


Durasi Filem: 1 jam 35 Minit
Pengarah: Boris Boo
Pelakon: Riezman Khuzaimi, Amy Mastura, Namron, Adibah Noor, Dato' Jalaluddin Hasan, Aeril Zafrel, Aizat Hassan, Wan Nor Aizat
Genre: Komedi dan Keluarga
Rating Filem: U
Tarikh Tayangan: 2 Disember 2010
Sinopsis
Filem ini mengisahkan tentang keluarga seorang kanak-kanak lelaki bernama Jefri (Wan Nor Aizat) yang berusia 8 tahun dan mempunyai seorang abang bernama Roy (Aizat Hassan) yang berusia 16 tahun. Mereka hidup dalam kemewahan tetapi merasakan tidak mendapat kasih sayang dan perhatian yang cukup daripada kedua ibu bapa mereka. Bapa mereka (Riezman Khuzaimi) bekerja sebagai seorang pengaturcara komputer manakala ibu mereka (Amy Mastura) pula ialah seorang editor majalah yang sentiasa sibuk dan sering kali tidak mempunyai masa untuk bersama anak-anak mereka.

Ibu bapa mereka sentiasa mengkritik dan tidak pernah memuji walaupun perkara yang mereka buat itu adalah baik dan mengagumkan. Semua yang dibuat mereka pasti dikatakan tidak betul. Roy mula memberontak dan beliau juga mempunyai seorang kawan, Sudin (Aeril Zafrel) yang juga senasib dengan beliau. Cuma bezanya ialah Sudin berasal daripada keluarga yang miskin dan mempunyai seorang bapa (Namron) yang merupakan bekas banduan dan kaki pukul. Oleh kerana tidak tahan dengan desakan dan kerenah ibu bapa mereka akhir mereka terjebak dengan pergaulan kurang sihat bersama budak-budak samseng jalanan.

Masalah menjadi semakin besar apabila Roy dan Sudin sudah berani menjadi pencuri dan ditangkap oleh dua orang lelaki yang dikatakan 'polis'. Jefri juga sudah melakukan satu kesalahan yang membangkitkan kemarahan besar ibu dan ayahnya. Apakah sebenarnya yang berlaku? Adakah keluarga Roy akan bersatu kembali? Adakah Sudin akan berbaik semula dengan ayahnya? Adakah mereka semua akan bahagia? Ketahui jawapannya dalam Aku Tak Bodoh!

Haha, bagi Arib, cerita ni tak bosan langsung! Start start cerita jew dah tak tahan gelak dengan gelagat si Jefri tu. Ada ker patut dia pergi percaya kat kawan dia yang dia dengan rakan perempuan sekelas yang selalu rapat dengan dia dikatakan tak lama lagi nak dapat baby. Dah lah tuu, boleh pulak nak 'gugur' kan 'anak' tu dengan bagi si budak perempuan tu nenas entah beberapa plastik la, haha. Bagi Arib juga, kekuatan cerita ni sebenarnya melalui mesej yang disampaikan oleh setiap watak. Setiap watak memainkan peranan yang penting dalam menghidupkan ekspresi dalam suasana yang berbeza tidak kira waktu serius, gembira mahupun sedih. Dan ternyata, pelakon-pelakon Aku Tak Bodoh berjaya membawa watak masing-masing. Syabas dan tahniah!


Argh, budak-budak ni buat penonton tak tahan gelak, haha.

Elemen kekeluargaan yang sangat utuh merupakan elemen utama yang diterapkan dalam filem ni. Disebabkan filem ni bergenre keluarga, mesti ada bahagian yang menyentuh emosi penonton. Part ending dia, alahai, so touching mehh. Jika dihayati filem ni betul-betul, memang korang rasa macam nak nangis sebab mesej yang disampaikan tu mungkin korang pernah alami, huhuu. Dan yeap, apa yang dikatakan berbaloi, filem ni bukan filem bodoh untuk ditonton dan apa yang pasti, Arib sebagai penonton juga tidak rasa diperbodohkan, hehe. Syabas kepada tuan director! Hype!


Babak renggang antara bapak dan anak, huishh.

Antara watak yang Arib paling suka dalam cerita ni ialah Roy. E'ehh, perwatakan kita samelah Roy. Haha, yup yup, si Roy ni merupakan seorang anak yang suka blogging dan pandai komputer. Tapi malangnya, ibu bapa si Roy ni tak pernah pun menghargai kebolehan yang dia ada ni. Sebab tu Roy ni ikut budak-budak jahat masa kat pertengahan cerita ni. Mujur satu hari tu bila parent si Roy ni baca blog Roy. Barulah parent dia tahu isi luahan Roy yang sebenarnya melalui blog tu. Dan mulai hari tu, Roy dengan parent dia dah berbaik semula, wohoo! Haha, ambik note ya parent-parent sekalian. Lepas ni rajin-rajin lah bukak blog anak-anak. Mungkin dari situ, parent-parent sekalian boleh tracking apa masalah dan luahan hati anak tersebut. Canggih betul dunia ni, haha.



Pasangan sahabat baik Roy dan Sudin yang dibelenggu masalah keluarga.

Roy (Aizat Hassan)
  • Masih dibangku sekolah menengah
  • Mendapat Best Blogger Award yang tidak dihargai langsung oleh ibunya
  • Dahagakan kasih sayang daripada keluarga
  • Merupakan seorang anak orang kaya

Sudin (Aeril Zafrel)
  • Seorang yang miskin dan sebaya dengan Roy
  • Sahabat baik Roy
  • Jaguh dalam seni mempertahankan diri
  • Mempunyai seorang ayah yang merupakan bekas 'kaki pukul'
  • Dahagakan kasih sayang daripada keluarga
  • Dibuang sekolah akibat terpukul cikgu

Untuk keseluruhan bintang, cerita Aku Tak Bodoh yang awesome ni Arib bagi 9/10 bintang. Wahh, banyak tuu! Biar betul?! Yeap, dari persepsi Arib, Aku Tak Bodoh merupakan filem yang mesti ditonton lebih-lebih lagi parent yang ada anak-anak kat luar tuu. Sebabnya filem macam ni ada kualiti. Serious, Arib rasa kalau tengok movie Melayu yang ada sekarang ni pattern dia sama jew. Tapi bagi Aku Tak Bodoh, jalan cerita dan corak penyampaian berlainan dengan filem Melayu lain dan yang penting, jalan ceritanya kemas dan teratur. Syabas kepada pengarah! Ini baru dikatakan filem Melayu!


Babak time nak curi iPhone, hohoho.

Lepas jew Arib tengok cerita ni, Arib rasa bersyukur tersangat-sangat dapat parent yang ada ni. Yup yup, sekurang-kurangnya mereka faham dengan minat Arib sekarang ni. Sebab tu kalau korang tengok Arib ni senang jew nak keluar pergi mana-mana. Ada event apa-apa mesti pergi. Ada sampai satu event tu tiga-tiga hari pergi sekali, mak aihhh. Bukannya apa, dengan keluar ke event-event, jalan-jalan, dan tengok wayang ni lah Arib dapat mengisi pengalaman dan pengalaman tersebut diterjemahkan ke dalam blog ni sebagai diari. Dan apa yang buat Arib rasa dihargai dan kadang-kadang tu buat Arib tersenyum seorang diri, my mom selalu bukak blog ni, haha. *pernah dengar kisah dari seorang cikgu kat sekolah yang my mom show blog ni kat satu bilik guru, wahh, haha. So, senang cerita, sayangilah ibu bapa kita seperti mana mereka menyayangi kita masa kecik-kecik dulu.

F-A-M-I-L-Y! Father And Mother I Love You! ;D


Riezman Khuzaimi dan Amy Mastura sebagai parent yang tegas.

So, sekian sahaja untuk review filem Aku Tak Bodoh ni. Kepada parent-parent yang kat luar sana, bawak anak-anak sekali pergi tengok filem ni. Bagi semua sedar dengan peranan masing-masing dalam keluarga tu, hehe. Jangan risau, filem ni bukan filem bodoh tapi sebuah filem yang 'awesome' untuk ditonton especially bersama keluarga. Arib selaku penonton memang rasa rugi kalau korang tak tengok filem ni, hehe. Haha, anyway, selamat menonton!


p/s: Tahniah dan terima kasih kepada Hafi dan Ehya kerana menjadi rakan yang bertuah untuk movie kali ni. Kalau ada peluang lagi, lepas ni ditujukan untuk geng-geng kat Sejaya pulak, hee. So, sesiapa yang bertuah tu, akan dimaklumkan erk ;)

Haritu Arib ada cerita pasal decoration musim perayaan kat Mid Valley. Hahh, kali ni barulah Arib berkesempatan nak ambik gambar decoration kat Mid Valley tu. Hee, banyak betul bear besar-besar kat sini. Dah lah besar, gemuk pastu gebu pulak tu. Memang rugi tak datang, hehe.


Decoration yang sungguh wonderful, fuhh. Ada bear, mainan, gula-gula, hohoho.


Yeah, biarkan ia bersalji! *persoalan, mana salji? -,-


Mainan dan hadiah gergasi, wahh!


Alahai, geram pulak tengok bear coklat ni, ngee~


Bersama si teddy putih dan salah seorang rakan yang bertuah hari ni, Hafi ;)

Before balik, Arib singgah lah dekat MPH Bookstore kejap. Jalan punya jalan, e'ehh, terjumpa pulak buku 'howt' ni xD


Euwww, gelinya tengok muka dia, hahaha xD

Haha, sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca! Hee, sekian, wassalam.

Editor: Antara Ngangkung dengan filem Aku Tak Bodoh ni, huishh, jauh beza kowt. Aku Tak Bodoh lagi best!

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top