• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Diariku: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Yuhuu! Hello hello semua! Alahai, lama betul blog ni terbengkalai. Sorry sangat-sangat. Okay, pesta buku, amacam? Dah pergi kea? Hoho, mesti best kan? Hehehe, Arib pun dapat pergi jugak. So, nak tau lebih lanjut? Klik 'read more' untuk selanjutnya! ;D


Okay, here we go. Baru-baru ni, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) telah pun mengadakan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 yang bermula dari 22 April sehingga 1 Mei 2011. Yeap, sejak tahun 2009, setiap tahun Arib mesti pergi sini. Tahun ni, 3 kali Arib pergi. Memang tak sah lah pergi sekali, hohoho. So, dalam post kalini, Arib akan ceritakan sedikit perjalanan Arib ke pesta buku tuu, hehehe.

Rabu, 27 April 2011.

Yeayyy, pesta buku! I'm coming! Hohoho, hari Rabu lepas, pihak asrama Arib iaitu Asrama Kompleks Seri Bintang buat lawatan ke pesta buku bagi Pelajar Cemerlang Ujian 1 dan 2 Bilik Terbersih. Frust jugak la mula-mula tu bila diumumkan anugerah bilik terbersih dapat kat dorm lain. Last-last dapat jugak pergi under Pelajar Cemerlang Ujian 1, Alhamdulillah. Pukul 2.30 petang, kitorang start bertolak dari asrama. Disebabkan jalan jammed, sampai kat sana kira-kira pukul 3.30 petang, mak aihh. Takpelah, asal sampai, yayy!




Pesta buku ni memang tak sah kalau tak jual buku murah-murah. Serius, rambang mata Arib dibuatnya. Jalan kat situ, ada novel RM5. Jalan kat sini, buku revision yang tebal-tebal tu RM5 jugak. Kalau boleh nak borong jew semua. Nasib baik duit sikit jew masa tu, hohoho.







Masa hari rabu tu, ramai jugak la artis yang datang. First masa datang tuu, Jaafar Onn perform kat pentas tuu. Buat apa entah, dangdut kowt, hohoho. And then Abang Zoey dari Gerak Geri Gasing naik ke pentas pulak. Masa tu dia buat Kuiz kowt. Siapa menang dapat 1 tiket tengok filem Seru. Last sekali ada Dafi dan In Team, woohoo! Serius best!





Around pukul 5.30 petang macam tuu, pulanglah kitorang ke Asrama Kompleks Seri Bintang. Serius jalan jammed masa balik tuu, haihhh =.="

Sabtu, 30 April 2011.

Ouhh yeah, memandangkan minggu tu dapat bermalam di rumah, so ambil lah kesempatan yang ada ni pergi pesta buku lagi. Pergi dalam pukul 11 pagi macam tu balik dalam pukul 6 petang. Serius, waktu pagi tuu, sesak yang teramat sangat! Ada satu ketika tu stuck dalam beberapa minit entah. Hari tu jugak, ramai lah jumpa pelajar Asrama Kompleks Seri Bintang dengan pelajar SMK Segambut Jaya. Pukul 11.30 pagi macam tu, jumpalah dengan Kharullah Azmi, Haina dengan kakak dia, Hafi Huzaifah. Jalan-jalan lah dengan diorang cari buku kat book fair tu. Woahh, serius orang tengah ramai time tu. Sesak sesak sesak =.="










Pukul 3 petang, jalan-jalan dengan Afif Azfar & Ahmad Fadzren aka Big pulak. Haha, best betul jalan dengan diorang ni, best friend forever kowt. Masa jalan-jalan dalam tu, terjumpa jugak Hazwan Elham. Before balik, around pukul 6 petang, terjumpa MK Shahmi masa on the way nak balik. Dia cakap Shila OIAM dengan Cikgu Shida ada kat Karangkraf. Hahh, apa lagi, masuk la kejap kat Karangkraf tuu. Masa masuk tu, Shila dah nak turun pentas dahh, aiyoo, tak sempat nak tangkap gambar. And then Cikgu Shida naik. Woahh, popular betul Cikgu Shida. Buat video miming jew kat Youtube, satu Malaysia kenal dia, hohoho. *tak boleh lupa video miming Yank dengan Kalau Berpacaran yang Cikgu Shida buat, hahaha.


Ahad, 1 Mei 2011.

Aiyaa, sudah last day maa? Okay, harini Arib jalan-jalan dengan Ahmad Zhariff aka Baye. Haha, before pergi pesta buku tuu, kitorang pergi Low Yat dulu, cari USB 3G Broadband. Dah selesai urusan itu ini, lunch kejap kat McDonald's Sungei Wang Plaza. Apa yang best, McValue Lunch kat McD kali ni ada set Coca-Cola 'Can' Glass meal. Beli set tu dapat gelas kaca berbentuk tin percuma, hohoho.


After makan, dalam pukul 4 petang, sampailah kitorang kat pesta buku tuu. Suasana masa tu memang dah lengang sikit. Menyesal kowt pergi awal pagi, hohoho. Haritu Arib tak beli apa-apa, just temankan Baye ni beli novel dekat booth Jemari Seni. Entah apa lah menarik kat booth tuu, rupanya kat situlah novel karya novelis Hlovate dijual. Apa yang Arib tau, ramai yang recommend Arib suruh baca karya Hlovate ni. Ramai kata best. Masa kat situ, sempat lah bertanya kat seorang abang yang berkerja di situ. Tanya lah dia Hlovate datang kat sini tak? Then dia jawab takkan datang. Fuhh, memang misteri betul Hlovate ni.

Around pukul 6 petang, time nak balik tuu hujan pulak. So, lepak lah dengan Baye kat Starbucks kejap, duduk jew, nak beli mahal sangat. Macam biasa, kalau kat Starbucks ni WiFi-ing ler, hee. Masa tengah Wifi-ing tu, tetiba Cikgu Syikin dengan Cikgu Farah tegur kat situ. Cikgu-cikgu ni lah warden baru kat asrama Arib tuu, hehe. Then, pukul 6.45 petang, hujan dah reda sikit. So berangkatlah pulang. Bye bye book fair!

Sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca yaa! Sekian, wassalam.

Nota Arib: Jumpa lagi ya Book Fair! Bulan September nanti Book Fest pulak, yayy! ;D

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top