• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Events: Bookfest 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Hello, hello! Wah, macam mana dengan persiapan raya? Baju dah beli? Rumah dah kemas? Hee. Hah, semalam Arib meluang masa untuk pergi ke Bookfest 2010 di Kuala Lumpur Convention Centre. Yeah, masuk ni kira kali kedua Arib pergi ke pameran Bookfest ni. Yup, pameran buku ni berlangsung hanya setahun sekali jew. Untuk tahun ni, Bookfest telah pun mencapai usia 5 tahun penganjurannya. Hah, best ke Bookfest ni? Jom klik 'read more' untuk selanjutnya! :D



Book Festival atau nama singkatannya Bookfest diadakan sebagai satu platform untuk mempromosikan buku-buku antarabangsa mahupun tempatan. Untuk makluman, pameran ni dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ruang pameran untuk buku antarabangsa dan satu lagi bahagian untuk pameran buku tempatan. Pameran buku antarabangsa terletak di Hall 1 & 2 manakala pameran buku tempatan terletak di Hall 3, 4 dan 5. Dari segi bayaran masuk, untuk golongan dewasa dikenakan sebanyak RM2 untuk sekali masuk. Bagi golongan pelajar pula, tiada sebarang bayaran dikenakan.


RAMAI...pengunjung kelihatan sibuk memilih buku untuk pengisian pada cuti sekolah

Fuhh, memang rambang mata kalau korang masuk pameran ni. Mana tidaknya, potongan harga yang ditawarkan memang cukup cukup 'umphh'. Okaylah, cerita panjang pun tak guna. Hah, apa kata tengok jew gambar-gambar kat bawah ni ;)


Bagi mat atau minah jiwang leleh, boleh beli banyak novel lepas ni -,-



English Novel, diskaun 50%, memang berbaloi :D



Pada suatu malam, ada satu lembaga menyorok tepi locker ...



Buat kipas susah mati Twilight Saga, ada rebat 25% untuk satu buku ;)



Kalau dah sampai 'taksub' sangat, dapatkan 1 set yang ni -,-



Yeah, 1 buku RM10 jew. Sesuai letak dekat perpustakaan ;)



Untuk peminat Ben 10, jangan bersedih ye, komik Ben 10 ada banyak kat sini :D

Masa tengah rambang mata untuk memilih buku yang nak dibeli, Arib tertarik dengan buku-buku ni ;)


S untuk ... ? dah dah, jangan fikir lain. *certain person faham kowt -,-


Hah, yang duk online 24 jam tuhh, baik Online dengan Tuhan lagi bagus -,-


Bagi yang suka study last last minute, dapatkan buku ni -,-



Bini Aku Tomboy Ke? Silap besar lah kalau dapat bini camtu -,-



Ditujukan untuk Cik Kiah yang suka gossip dengan jiran sebelah, baik masak lagi bagus -,-

Hee, masa pukul 2 pm sampailah pukul 2.45 pm, dekat ruangan secret garden ada sesi autograf dengan pelukis GempakStarz. Hoho, kebetulan untuk harini, sesi bersama dengan kartonis GempakStarz ialah Keith. Hah, kalau korang peminat komik Lawak Kampus, ni lah pelukisnya, hee. Memang lawa Keith ni lukis, terutamanya watak-watak dalam Lawak Kampus seperti Froggy, Bepop, Si Kosong dan lain-lain lagi. Kiranya ni kali kedua Arib dapat tengok Keith ni, sebelum tu Arib pernah jumpa masa dekat KL International Book Fair 2010.


Ye dik, apa nama kamu?

Selain daripada buku, apa yang boleh didapati dekat sini ialah booth alat-alat tulis, booth botol air BROS dan cenderamata (ehh, botol air pun ada jual ka?), booth CD, dan tidak dilupa juga booth menjual alatan komputer ;)


Booth Pilot yang hijauuu :D


Botol air BROS ni kalau tengok harga, whoaa, tak tau nak cakap apa tapi kualiti botol ni bagus ;)



Dah macam dekat PC Fair lah pulak -,-

Bagi sesiapa yang masih lagi belum berkesempatan untuk berkunjung ke Bookfest 2010, masih ada lagi peluang untuk ke sana kerana pameran buku ini dijalankan selama seminggu bermula dari 4 September 2010 sehingga 12 September 2010.


Armegedon 2012? Buku ni akan menghuraikan segalanya.

Untuk warga kota yang sudah berada dikampung, dari jauh ku pohon maaf, memang tak dapat den menolongnya. Yang berhari raya di Kuala Lumpur, dah dapat duit raya tuu, luang-luangkanlah masa beli buku kat sini, murah tau. Nanti boleh lah isi masa datang kat rumah family yang lain, hoho.



Okaylah, setakat ni jew post Arib untuk kalini. Lagi sekali Arib memohon maaf jika pernah buat silap kat korang, tersalah bahasa atau terbuat korang terasa ke, huhu. Untuk itu Arib menutup post ni dengan ucapan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin ;)

Editor: Mana lah semangat raya ni? Tak rasa nak raya pun -,-

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top