• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Close Up: iPad 2 - Lebih Ringan, Pantas, dan Berpatutan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Hello hello semua! Yeah, baru-baru ni, iPad 2 baru sahaja dilancarkan di Malaysia. Sambutannya? Fuhh, baru hari pertama dah habis stock dah, hohoho. Macam pisang goreng panas iPad 2 ni. Baru letak kejap dah ramai sapu. Memang patutlah, tengok fungsi dan harga iPad 2 ni, huhh, berbaloi-baloi kowt. Okay, pada post kali ni, Arib mengambil kesempatan nak review sikit iPad 2 ni. Nak tau lebih lanjut? Klik 'read more' selanjutnya!


Semalam, Arib sempat berkunjung ke Plaza Lot 10, Kuala Lumpur kira-kira pukul 11 pagi. Masa tu, Arib sedang menunggu kawan Arib ni, Ahmad Zhariff untuk ke Low Yat selepas tu. Hurmm, kenapa Lot 10? Kenapa tak Low Yat? Hehe, kat Lot 10 ni la tempat adanya kedai Machines yang menawarkan banyak iPad 2 demo set. Ada empat iPad 2 demo set tak silap. Walaupun banyak demo set, nak dapat sentuh iPad 2, huhh, lama jugak kena tunggu sebab ramai sangat. Selepas 20 minit menunggu, dapatlah jugak Arib berjinak-jinak dengan iPad 2 tu, hohoho. Di bawah ini merupakan persepsi Arib tentang iPad 2 ni.

1. Fuhhh, nipis ouhh! E'ehh, ringannya!

Woohoo, serius terasa kelainannya bila pegang iPad 2 ni. Rasa lagi ringan dari iPad 1. Menurut Apple, iPad 2 kini lebih 15% ringan berbanding iPad yang sebelumnya. Dari segi tahap kenipisan, for sure, iPad 2 menang. 33% lebih nipis berbanding iPad 1. Tapi kan, kalau diperhatikan, iPad 2 ni banyak ambil design iPod Touch. Ada curve-curve sikit gitu berbanding iPad 1 yang rata jeww. Keseluruhannya dari segi design, memang awesome mehh!




2. iPad 2 kini dikuasakan dengan A5 processor. Laju whoaaa!

Fuiyooo, laju ouhhh! Hehehe, baru pegang kejap jew dah rasa semacam dengan iPad 2 ni, asal laju sangat? Time tu, test la beberapa app dan hasilnya sangat-sangat memuaskan! Kalau bukak game tuu, gambar dia smooth jewww. Apa yang diberitahu oleh Apple, iPad 2 kini menggunakan A5 processor yang digunakan dalam iPod Touch generasi ke-empat dan bakal digunakan pada iPhone 5 nanti. Untuk makluman, processor A5 ini membawakan processor dual-core dengan kelajuan 2 kali ganda berbanding processor A4 sebelum ni. Walaupun processor A5 kini merupakan processor dual-core, pengguna iPad 2 tidak perlu risau kerana processor ini amat efisyen dan masih mengekalkan daya tahan bateri iPad 2 seperti iPad yang sebelumnya iaitu sehingga 10 jam. Memang terbaik lah!


3. Ada kamera depan dan belakang. Masa untuk FaceTime!

Hohoho, perubahan ketara yang dapat Arib lihat dekat iPad 2 ni ialah dengan kehadiran kamera. Bukan satu ya tapi ada kat depan dan belakang. Sejak kehadiran iPhone 4, FaceTime iaitu aplikasi yang membolehkan membuat panggilan video terus hangat mendapat sambutan. So, produk keluaran Apple yang seterusnya memang wajib kena ada benda ni. Jadi, peranan kamera depan iPad 2 ni dikhususkan untuk FaceTime disamping digunakan sebagai kamera pengambaran diri. Kamera belakang iPad 2 pula mampu merakam video HD 720p. Fuhh, memang canggih!



4. Aksesori tambahan SmartCover yang pintar dan colourful!

Benda yang Arib rasa unik dengan iPad 2 ni ialah aksesori tambahan SmartCover ni. Dah lah colourful, 'smart' pulak tuu. Apa yang menarik, pengguna iPad 2 ni boleh menggunakannya sebagai 'stand' untuk iPad 2. Memang best, lipat jew SmartCover ni then boleh dirikan iPad 2 dalam pelbagai keadaan sama ada separa baring, melintang atau menegak. Selain tu, SmartCover ni turut berfungsi sebagai pelindung skrin iPad 2. Menariknya, apabila SmartCover ni diletakkan di atas skrin, iPad 2 akan berada dalam mod 'sleep'. Bukak jew SmartCover tu dari skrin, iPad 2 akan 'wake up' balik. Pintar kan? Patutlah nama dia SmartCover, hehehe.


5. Harga lebih murah daripada iPad 1, iPad 2 16GB kini RM1499, woahh!

Woahhh, harga iPad 2 ni lagi murah daripada iPad 1, macam tak percaya kan? Yeap, harga iPad 2 kini dikurangkan sebanyak RM100 berbanding iPad 1. Kalau nak tahu, iPad 1 masa keluar dulu-dulu RM1599 untuk versi 16GB jugak. Bagi peminat gadget, harga yang ditawarkan ini memang cukup berpatutan dengan apa yang diberikan oleh iPad 2 ni. Tidak hairanlah iPad 2 ni keluar terus habis stock, hohoho.


Hahh, amacam? Tertarik tak dengan iPad 2 ni? Hehe, bagi yang mahukannya, iPad 2 boleh didapati di pengedar Apple yang sah seperti kedai Machines dengan harga serendah RM1499 untuk versi WiFi 16GB. Manakala untuk versi WiFi + 3G 16 GB, boleh didapati serendah RM1899. Harga bagi versi yang lain boleh dirujuk di bawah ini ya!
Hehe, sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam (:

Nota Arib: Haihh, bila la nak merasa iPad sendiri ni? =.="

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top