• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Ceritera Hari Guru Tahun 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Yuhuuu! Apa khabar korang semua! Hehe, macam mana last day kat sekolah before cuti panjang korang? Takde pape? Ada Sambutan Hari Guru? Okay, masa last day sekolah before cuti panjang bermula, dekat sekolah Arib ada Sambutan Hari Guru. Hohoho, nak tau lagi? Klik 'read more' untuk selanjutnya!


Okay, tahun ni Arib sambut Hari Guru di SMK Seri Bintang Utara. Hurmm, sepanjang hari guru dekat SBU semalam, mood agak moody sikit. Serius rasa sedih. Teringat kenangan time sambut hari guru di SMK Segambut Jaya. I think, teringat last year punya hari guru kowt membuatkan Arib terasa sayu bila dikenang balik. Last year lah kali pertama dan kali terakhir Arib dapat sambut hari guru bersama ibu tercinta. FYI, April 2010, mak Arib berpindah dari SBU ke Sejaya sebagai PKHEM. And then, bulan Oktober 2010, Arib pulak pindah dari Sejaya ke SBU ni. Bila difikirkan balik, hurmm, memang susah nak dapat peluang macam tu =.="

For the Sambutan Hari Guru at SMKSBU, not bad mehh! Walaupun agak moody sikit masa tu, terasa enjoy melihat gelagat guru-guru dan student SBU yang memang tersangat-sangat excited. First sekali, ada sukaneka before persembahan pentas bermula. Haha, gelagat yang paling mencuit hati, masa cikgu-cikgu semua main hoola-hoop. Ada yang boleh buat and ada yang kena ulang balik gelek-gelek guna hoola-hoop tuu. Pastu, masukkan bola tennis guna kayu hoki. Dapat jew masuk bola tu ke tempat sasaran, cikgu-cikgu pun berlari-lari and then ambil sponge masukkan air dalam bekas. Entah tak nampak sangat masa tu. Masukkan air dalam botol kowt. Background music, fuhhh, semangat habis! Serius terasa sangat-sangat meriah!

Okay, persembahan pentas pulak. Awal persembahan, 3 Solihin buat sketsa. *ada persembahan lain sebelum tu, tapi tak ingat. Gelak habis kowt time diorang buat sketsa. Babak time raging cikgu paling best, adoiyai, haha. Then, disusuli persembahan pelajar daripada 3 bangsa, Malay, Chinese and Indian. Fuhh, berbakat betul mereka. Persembahan cikgu, ada seorang cikgu tu nyanyi lagu Wali - Cari Jodoh. Pastu, ada persembahan Aci-Aci Buka Pintu. Cikgu-cikgu jadi Hantu dalam persembahan tu. Encik Helmy selaku Pak Supir sekolah jadi P.Ramlee pegang pisau potong ayam jiran sebelah nak bunuh hantu-hantu tu. *ehh, bukan parang ke? Before Sambutan Hari Guru tu habis, ada persembahan Bila Larut Malam oleh Pentadbir Sekolah and some teachers. Pn. Che Hasnah selaku Pengetua SBU cool habis time tu. Gerak-geri tangan ala-ala Saloma mencuit hati penonton yang melihat persembahan tu. Haha, dah macam orang lama kowt. Overall, semua persembahan best-best belaka!

Dalam banyak-banyak persembahan, I think persembahan Jumpstyle budak-budak 1 Muzik FOR THE WIN! Serius masa tu kaki-kaki ni nak ikut jew diorang Jumpstyle macam tu. Tapi apakan daya, kaki kayu. Menari pun tak reti. Before this, dapat tengok kat Youtube jew Jumpstyle show ni. *maaf, saya kuno sikit. Kalini, hahh, live punya! Pelik jugak tau, terasa licin semacam jew kaki diorang tu dengan lantai. Memang style lahhh!

I tought, ada gimmick session dekat SBU. But there is no gimmick here. Dekat Segambut Jaya, memang dah jadi adat tradisi setiap tahun, form 5 akan buat dan handle for gimmick session time hari guru. If you read tahun lepas punya post hari guru, polis datang sekolah. Tahun ni, askar pulak datang sekolah, mak aihh! Yeap, the concept still same. Gimmick buat huru-hara time pemotongan kek hari guru. Tengah-tengah bawak kek, tiba-tiba ada makhluk mengacau jatuhkan kek hari guru. Pastu gaduh-gaduh, haha. FYI, setiap batch akan lawan siapa punya gimmick paling gempak. And here we go, feedback dari mak Arib sendiri, tahun ni punya gimmick lagi canggih dari tahun lepas, woohoo! Syabas dekat form 5 2011. I'm proud with all of youuu! :')



Tahun ni, Arib tak involve apa-apa persembahan time hari guru. Kalau dekat Segambut Jaya, almost every year ada naik ke pentas untuk deklamasikan sajak. Yeap, deklamasikan sajak sempena hari guru. Sajak karya Usman Awang yang Andai Hari Ini Seorang Perdana Menteri bla bla tu I think sajak paling best yang pernah Arib sampaikan. Tahun ni, hurmm, tak tau la pesal kenapa tak nak involve apa-apa, segan kowt =="

Okaylah, sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam (:

Nota Arib: Cuti sekolah sudah bermula. Jangan tak sentuh buku pulak yeaaa! ;P

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top