• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Pengalaman Berkerja Sebagai Line Judge

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Harini bermulalah kerja sambilan masa cuti ni sebagai line judge. Start hari Rabu, 1 Jun 2011 sehingga hari Ahad, 5 Jun 2011. Agak busy sikit minggu first week cuti ni. Sorry kalau tak dapat nak keluar jalan-jalan or update blog ni selalu yeaaa. Kejap jap, line judge? Kerja apakah? Senang ker? Klik 'read more' untuk selanjunya!


Before cuti sekolah start, Saudara Nur Salam Abd. Ghani selaku Penolong Ketua Asrama Arib ni carilah orang yang nak jadi line judge untuk kejohanan Badminton MSSM time cuti nanti. Semua negeri akan bertanding, kiranya peringkat kebangsaan laa. Mula-mula dengar tuu, hohoho, macam best. Lagipun cuti nanti duduk kat rumah jeww, serius bosan. Tambah-tambah lagi, ada lah sedikit elaun akan diberi, wahh. Boleh lah, buat tampung perbelanjaan masa cuti, hehe. Tapi apa yang penting, Arib nak cari pengalaman sebagai line judge. Nak rasa, senang kea susah. So, apa lagi, ambil lah peluang yang ada ni, teehee.

Pukul 7.35 pagi tadi, berjalan kaki lah Arib dari rumah ke Stadium Badminton Cheras. Around 7.45 pagi, sampai kat sana. Before the game start, cikgu buat briefing akhir before we judge the line. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah daripada 3 buah sekolah iaitu dari SMK Seri Bintang Selatan selaku tuan rumah, SMK Seri Bintang Utara dan SMK Seri Permaisuri. Around 8 pagi, bermula lahhh perkerjaan sebagai line judge (:


*Opelala & Fikri Halimi, hohoho~

Line judge? Kerja apa itu? Haihh, korang ni, tak pernah tengok game Badminton ehh? Hohoho, takpe-takpe, Arib boleh explain kannn, hehe. Okay, line judge ni kerja dia jaga garisan badminton. Dalam Bahasa Melayunya 'Hakim Garisan'. Kerja dia kalau shuttle cock tu masuk, kena buat isyarat IN dan kalau keluar kena cakap OUT, quite easy rite? Fungsi dia, meringankan tugas Pengadil dalam membuat keputusan. Kalau pengadil tu tak sure bola tu masuk atau tak, Line Judge lah sebagai tempat rujukan. If Line Judge takde, I think pengadil maybe kena boo nanti sebab terbuat wrong descission. Yelaa, semua pergerakan bola kena tengok. Satu-satu masa nanti mesti akan tercakap apa yang sebaliknya. Itu sebab kenapa line judge tu perlu ada dalam mengadili permainan Badminton, yeahhh! ;D


Okay, kerja line judge, nampak senang kan? Bola masuk tunjuk isyarat IN, bola keluar jerit kuat-kuat 'OUT!'. Banyak lah punya senang, tak semudah yang disangka tawww! Kerja line judge ni, fuuuuu, sebenarnya memerlukan fokus dan keyakinan yang sangat tinggi ketika berkerja. Fikir benda lain atau hilang fokus sikit jew, nanti mulalah buat isyarat pelik-pelik. Bola masuk terbuat isyarat OUT, bola keluar terbuat isyarat IN, hohoho.


Overall kerja Arib harini, Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Cikgu pun suka sebab jerit OUT dengan kuat, yayy! Ada la tadi sedikit silly mistake. Ntah macam mana la boleh terfikir pasal blog ni. "Hurmm, balik rumah nanti nak update blog pasal apa erk?" Tiba-tiba bola jatuh depan mata. Glurppp, apa lagi, terus buat isyarat lantas terbuat la isyarat separa IN dan OUT ala-ala Aselehe. Aduhh, nasib baik bola tu masuk tawww. Sejak dari itu, nak tak nak kena pandang tempat line sahaja. Pandang bola yang sedang bergerak menyebabkan fikiran terganggu, grrr!


Disebabkan kejohanan Badminton MSSM ni peringkat kebangsaan, so banyak la kelebihan jadi line judge ni. Bab T-Shirt jew 5 helai baju dapat free setiap sorang, fuuuuu! 2 baju Li-Ning, 2 Baju MSSM, 1 baju Milo dan 1 Topi Li-Ning. Cikgu cakap pengadil ramai yang jealous sebab dapat 2 helai baju free jeww. Dah lah tuu, makan support, tempat penginapan support, elaun bagi, cuma nak kerja atau tak nak jeww. So anak-anak yang jadi line judge tuu, kerja elok-elok yeaaa!


Around 11.30 pagi, tamat lah sesi di sebelah pagi iaitu game untuk Under 15 Single. Line judge semua dibenarkan rehat sehingga pukul 1.30 petang. Pukul 2 petang, sambung game lagi untuk Under 18 Single. Pung pang pung pang, around pukul 5.15 petang, maka berakhirlah game badminton untuk first day harini, hohoho.

Sekian sahaja untuk post kali ini. Terima kasih kerana membaca yeaa! Sekian, wassalam ;)

Nota Arib: Lepas jadi Line Judge semalam, barulah tau macam nak mengadili dan bermain permainan badminton dengan betul. Sebelum ni ingat main-main macam tuu jeww, huhuhu. *saya tahu saya kuno, haha.

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top