• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Peribadi: Konklusi Minggu Ini - Hari Guru & Exam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Wahh , rasanya dah lama tak update blog ni. Haritu masa minggu balik just 2 hari jew ada kat rumah, tu yang rasa malas nak update tu, adoi. Okay , minggu lepas ada sambutan hari guru peringkat sekolah and then keesokan harinya dah start exam, ish ish. Disebabkan last week asrama tak balik, Arib combine kan dua minggu dalam konklusi minggu ini nih.



Isnin, 17 Mei 2010.

Yeah, selamat hari guru! Hah, pagi tu semua pengawas kena datang awal sebab nak mengiring cikgu-cikgu pergi ke tapak perhimpunan. Pengawas yang terlibat ialah pengawas sekolah dan pengawas PSS serta pengawas APD. Okay, Sambutan hari guru dimulakan dengan perhimpunan rasmi seperti biasa cuma ditambah dengan bacaan perutusan dari menteri & pengarah pelajaran, bacaan ikar guru, nyanyian lagu hari guru dan disusuli dengan acara memotong kek hari guru.





Acara Memotong Kek

Mula-mula ingat takde apa-apa, just tengok ada sekumpulan pengawas bawak kek pergi ke pentas perhimpunan. Dalam perjalanan masa bawak kek tu, tiba-tiba ada pulak satu geng budak jahat datang dari arah depan diorang and leader geng tu buat hal dengan jatuhkan kek tu. Kalau nak tau, sebenarnya kek yang dibawa oleh pengawas-pengawas tu hanyalah sekadar kotak kosong berisi sepaket tepung, hoho. Tak silap, masa tu semua cikgu & pelajar dah mula rasa panik, haha. Mana tak nya, tiba-tiba jew datang & mengamuk lepastu jatuhkan semua kek yang diorang ni pegang. Yang tak boleh blah kan, salah seorang pengawas tu pergi jumpa pengetua kat atas pentas untuk laporkan kek dah jatuh, haha, siot jew.





Hoho, belum habis lagi. After that, leader geng jahat yang buat hal tu pergi lari. Hish, dah lah jatuhkan kek orang, pastu lari pulak, apa punya leader =.= Tak lama macam tu, kedengaran kereta polis masuk ke perkarangan sekolah, ne no ne no. Huisshh, laju betul polis tu bawak kereta, dah lah dalam kawasan sekolah. Sampai jew kat tapak perhimpunan, kereta polis tu buat drift, PERGHH ! Semua orang yang tengok tu terpegun dengan aksi tu, terkezut ouhh.



Ehh, ada lagi. Lepastu, penumpang dalam kereta polis tu keluar, tak silap semua pengawas sekolah. Hah, diorang ni lah yang bawak kek betul. Cehh, mula-mula tu ingat dah habis dah babak huru-hara macam tadi. Tiba-tiba, geng jahat tadi panggil pulak geng dia kat luar. Haishh, dah lah diorang ni bawak motor, weng weng. Whoaa, semua yang bawak kek betul ni semua kena kepong dengan motor diorang. And lepas tu, semua geng jahat turun dari motor diorang and then gaduh dengan team pengawas, tumbuk, pukul, sepak, terajang, hoho.







Bak kata cerita hindustan, hero mesti menang. Yang team pengawas ni rupanya ada back up kat belakang. Team back up pengawas ni tiba-tiba datang dari tingkat 1 blok C, lalu ikut atap and terus turun pergi settle kan gaduh-gaduh ni. Akhirnya semua geng jahat kalah, mesti confirm punya. Leader geng jahat yang jatuhkan kek awal-awal tadi curi pulak salah satu kek betul tu. Hish, dah lah kalah pastu tak puas hati, leader tak guna. And then, salah seorang team pengawas pergi kejar leader tu. Wahh, dah macam berlakon filem lah pulak diorang ni, semua aksi hebat-hebat belaka :D



Tak lama macam tu, kek pertama akhirnya sampai ke pentas dan disusuli dengan kek kedua yang berjaya diambil balik dari tangan leader tak guna tu, hoho. Semua pelakon-pelakon 'hebat' tadi berkumpul dihadapan pentas dan mengucapkan 'SELAMAT HARI GURU!'. Kek-kek tu dipotong pada masa tu juga oleh pengetua dan pentadbir-pentadbir yang lain, hehe. Woahh, hebat lah korang berlakon ;D



Selepas habis acara perhimpunan, acara diteruskan lagi dengan acara sukaneka. Pertandingan futsal dijalankan bagi guru lelaki manakala pertandingan baling gelung, makan buah epal paling cepat, bowling kelapa dan pertandingan isi air dalam botol diadakan bagi guru wanita. Wah wah, hebat jugak cikgu-cikgu ni erk ;)









Lepas rehat, majlis sambutan hari guru diteruskan lagi di dewan terbuka sekolah. Acara di dewan selalunya melibatkan persembahan dari pelajar dan guru.



Macam biasa, kalau hari guru jew, Arib akan mendeklamasikan sajak yang bertemakan guru. Cuma tahun ni agak istimewa sikit sebab Arib mendeklamasikan sajak dengan disaksikan oleh mama sendiri, whoaa :D Okay, seperti kebiasaannya, cikgu-cikgu baru akan membuat persembahan :)



Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah berakhir kira-kira pukul 1.10 petang. Majlis diakhiri dengan jamuan untuk para guru di dewan makan asrama.

Selasa - Jumaat, 18 - 21 Mei 2010.

Tup tap tup tap, dah exam mid-year. Disebabkan Arib ambil Sains Tulen Agama, ini antara paper yang Arib lalui minggu lalu:

Selasa - Bahasa Melayu Kertas 2 dan Bahasa Melayu Kertas 1
Rabu - English Paper 2 dan English Paper 1
Khamis - Syariah Islamiah Kertas 2 dan Syariah Islamiah Kertas 1
Jumaat - Sejarah Kertas 2 dan Sejarah Kertas 1

Sabtu, 22 Mei 2010.

Hah, satu hari Sabtu tu Arib habiskan masa kat bilik majalah sekolah. Kat situ memang relax nak study apa semua sebab takde orang ganggu. Masa nak bukak bilik tu, tiba-tiba mama datang sergah, e'eh. Rupanya mama datang sebab ada seminar untuk student form 3 and form 5 dekat dewan terbuka pukul 9 pagi hari tu.

Ahad, 23 Mei 2010.

Masa Asar, Syafiq Aqil bagitau Arib nanti ada seorang budak form 1 ni datang nak bagi bunga. Wah, bunga? Masa tengah tunggu nak dirikan saf solat, ada seorang budak form 1 datang jumpa dengan Arib.

"Bang, lepas Asar, mak saya nak jumpa abang."

Hah, kalau mak yang bagi, ni mesti bunga untuk mama. I guess mak budak tu seorang cikgu dari SMK Seri Bintang Utara, SBU.

"Eh dik, mak adik cikgu kat SBU erk?"

"A'ah bang."

Lepas solat Asar dan bacaan Al-Mathurat, Arib pun keluar lah surau tu and follow budak form 1 tu. Before jumpa mak dia, Arib tanya lah sesuatu.

"Dik, mak adik mengajar subjek apa kat SBU?"

"Pendidikan Islam."

"Ouh, Ustazah lah ni!"

Tak lama macam tu, sampai lah dekat kereta mak budak tu. Oh, rupanya ustazah guru kelas 4 Solihin. Arib kenal sebab Arib selalu pergi bilik guru ustazah tu. Kat atas meja ustazah tu, ada gambar kelas 4S, hoho.

"Hah Arib, ni bunga untuk PKHEM baru sekolah ni!"

Wahh, kat bunga tu ada banyak kad ucapan untuk mama, semua ucapan selamat bertugas di tempat baru. Ada jugak kad yang ditulis dengan bahasa Arab. Whooaa, jenuh nak translate =.= Pastu bunga tu diletakkan sementara di bilik majalah sekolah dan akan bagi kepada mama pada keesokan harinya.

Isnin - Khamis , 24 - 27 Mei 2010.

Exam diteruskan lagi dengan subjek-subjek seperti berikut :

Isnin - Mathematics Paper 2 and Mathematics Paper 1
Selasa - Physics Paper 2, Physics Paper 1 and Physics Paper 3
Rabu - Chemistry Paper 2, Chemistry Paper 1 and Chemistry Paper 3
Khamis - Bahasa Arab Tinggi Kertas 2 dan Bahasa Arab Tinggi Kertas 1

Hmm, tu jew kowt konklusi minggu ini yang Arib lalui. Next week, still ada paper lagi: Biology, Pendidikan Quran Sunnah, Additional Mathematics, Sivik dan Pendidikan Jasmani and then, cuti panjang! Okay, sekian sahaja, wassalam :)

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

2 Comments:

zulhelmy said...

wahh..terlopong ak bace..p:s/sket jer

anis said...

ternganga gak la jap mase cter ari guru tu!!

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top