• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Diairiku: Cerita Malam Tahun Baru 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Wohoo! Welcome 2011! Wahh, kejap jew 2010 meninggalkan kita. Alih-alih dah pun masuk 2011. Hahh, kalau nak masuk ke tahun baru ni, mesti buat something kan. Apa yang paling best, yeah, tengok bunga api! Boom boom kebabom! Haha, so macam mana dengan malam tahun baru 2011 Arib? Klik 'read more' untuk selanjutnya!


Yeah, every year malam tahun baru, Arib akan bersama-sama dengan keluarga sambut dekat luar. Sambil meraikan tahun baru, sambil meraikan birthday ayah Arib sekali, teehee. Bak kat my mom lah,

"Orang yang lahir tahun baru ni memang best, satu dunia sambut."

Yeah, memang best, bila birthday jew ada bunga api, wohoo! Birthday Arib pun ada bunga api jugak, tapi yang duduk kat Wilayah Persekutuan jew ler boleh tengok, sebab 1 Februari Hari Wilayah. So tak lah semeriah orang yang sambut birthday tahun baru ni -,-

Okay, kitorang satu family start keluar rumah dalam pukul 11 malam. Mula-mula tu tak tau nak tengok bunga api kat mana. Takut jalan jammed jew. And then, ayah Arib bawak lah kat jalan yang menuju ke Bukit Bintang untuk tempat nak tengok bunga api. Fuhh, serius clear. Bunga api dekat area Bukit Bintang & KLCC semua boleh tengok, woww!


Habis jew tengok api, ayah bawak ler satu family ni makan dekat kedai mamak. Dekat restoran Original Kayu Nasi Kandar di Bandar Seri Permaisuri, KL. Dan menu malam tu ialah roti tisu. Aney, kasi roti tisu satu!


Nah kaw, roti tisu KLCC! Haha, time roti ni sampai kat meja, tergelak-gelak jugak sebab semua orang tengok. Mana taknya, panjang roti tisu ni hampir satu meja. First time makan benda ni. Serius, mula-mula makan tu laju jew, sampai dekat tengah dah start muak. Tak tau la pesal, maybe kandungan roti ni kowt. Ada majerin, gula, dan susu. Huhh, patutla muak -____-




Balik rumah around 1.50 pagi. Sampai kat rumah, hehe, terus kasi hadiah kat ayah. Huhu, pelik betul tahun ni, semua kasi buku. Mak kasi buku, adik kasi buku, Arib pun kasi buku. Untuk hadiah Arib, hehe, Arib kasi buku Ensiklopedia Tafsiran Mimpi Berdasarkan Al-Quran. Arib pilih hadiah ni sebab ayah Arib ni selalu cerita yang dia mimpi pelik-pelik. Menang kereta la, motor la. Ingatkan 'dreams comes true', last-last takde pape pun. So, hadiah buku Ensiklopedia Tafsiran Mimpi Berdasarkan Al-Quran ni memang tepat, hohoho.



HAPPY BIRTHDAY YANG KE-47, AYAH!


Ini kek Tiramisu kena masuk peti ais dulu. Esok baru boleh makan, yayy!

Ops, lupa nak bagitau. Terima kasih ler yang menghantar message Selamat Tahun Baru kat Arib ni. Nak reply tapi kredit tidak mengizinkan. Terima kasih sangat-sangat kepada Luqman Hakim Hanafi, Amirrul Ikmal, Adib Azlan, dan Fitri Fauzi kerana menghantar message tersebut. Selamat Tahun Baru 2011 kepada korang yerk! ;D

Hee, sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam (:

Nota Arib: Hahh, bagaimana dengan malam tahun baru korang? Keluar jalan-jalan? Tidur jew? Hehe ;D

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top