• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Diariku: Asrama Kompleks Seri Bintang, Dunia Baruku!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Hello hello semua! Wah, apa khabar? Harap-harap berada dalam keadaan baik lah ya. Maklumlah, cuaca sekarang ni tak menentu, mesti ada sakit-sakit. Okay, before that Arib nak cakap yang blog ni mungkin jarang berupdate. Hurmm, duduk kat asrama ni nak sentuh PC memang susah. So kena tunggu 2 minggu sekali baru dapat jumpa PC tersayang, hehe. Hahh, hari ni Arib nak berkongsi sikit bagaimana 2 minggu Arib di asrama tahun ni. Hohoho, macam biasa, klik 'read more' untuk selanjutnya! :D


Bulan Oktober tahun lepas Arib telah pun berhijrah dari SMK Segambut Jaya ke SMK Seri Bintang Utara. Atas sebab, nak kan pelajaran yang lebih baik. Hurmm, Arib berhijrah ke SMKSBU time tu atas title pelajar Kelas Aliran Biasa. Mula-mula tu ingat jadi pelajar aliran biasa ni lagi senang nak belajar. Tapi, huhh, rasanya lagi tersiksa kowt jadi pelajar yang balik rumah hari-hari ni. Seriously, duduk kat rumah lagi lah tak terurus. Pelajaran? Huhh, lagi lah. Balik sekolah jew dah terlekat dengan PC. Online lah dari balik sekolah sampai pukul 12 tengah malam. Bab makan? Tak usah cerita, makan pun sehari sekali jew. Nak kata, makanan kat rumah banyak. Tapi selera tu tak lah seselera masa kat asrama. Pelik kan? Selalunya kita dengar kat rumah lah orang lagi bertambah selera tapi Arib, kat asrama pulak lagi bertambah selera. Terbalik. Okay, cukuplah Arib hidup sebagai pelajar Aliran Biasa selama 1 bulan lebih tu. Sumpah rindu dengan environment asrama. So conclusion nya, tahun ni Arib decide untuk masuk asrama balik, tehee. Alang-alang dah masuk asrama balik, Arib ambil semula option Kelas Aliran Agama (KAA). Serius rasa tak boleh nak tinggalkan subjek kesayangan, Syariah Islamiah macam tu jew. Tidak dilupa juga, Bahasa Arab Tinggi dan Pendidikan Quran Sunnah, rindu ouhh !


*Gambar time hari-hari terakhir di Segambut Jaya dulu-dulu, huhuu~

Hello hello Asrama Kompleks Seri Bintang! Selamat datang asrama baru! Yeah, dapat jugak masuk asrama balik. Awal tahun 2009, masa Arib form 3, Arib pernah masuk ke sini. Tapi, cuma untuk 3 hari jew then masuk Segambut Jaya balik disebabkan ada masalah dari segi permohonan ke AKSB. Dan tahun 2011, bertemu kembali ya AKSB! Hahh, bercakap mengenai latar belakang Asrama Kompleks Seri Bintang, penghuninya terdiri daripada pelajar Kelas Aliran Agama (KAA), Kelas Rancangan Khas (KRK), dan Kelas Aliran Biasa (KAB) yang bersekolah di dua sekolah yang berbeza, SMK Seri Bintang Utara dan SMK Seri Bintang Selatan. Untuk bilangan pelajar, perempuan lagi ramai. Lelaki? Alahai, sikit jew. Dari dulu sampai sekarang, tingkat 3 dan 4 di asrama putera, ASPURA masih tidak berpenghuni. Tak tau lah sebab apa sekolah terhadkan kuota bilangan pelajar lelaki ni.

Untuk 2 minggu pertama ni, fuhh, rasa sangat-sangat seronok dengan pelajar Aspura & Aspuri AKSB yang sporting-sporting habis! Seriously, best sangat kerjasama dengan pelajar AKSB ni. Bagi arahan atau tugasan, semua boleh buat. Arib ambil contoh untuk persembahan Majlis Santapan Beradab masa Ahad malam tuu. Tugasan diberikan kepada semua ketua paras mengikut paras masing-masing. Ada yang kena buat Dikir Barat, Boria, Choral Speaking, Drama Muzikal, dan Persembahan Nasyid. Fuhh, ingat senang ker nak ajak dan ajar ahli-ahli paras buat persembahan ni. Kalau nak diikutkan, semua task persembahan tu memang susah. Dalam hal ni, ketua paras memainkan peranan dalam membahagikan tugas kepada ahli paras. Disebabkan sikap kerjasama yang utuh mereka ni, hasilnya buatkan Arib rasa sangat-sangat terhibur dengan persembahan masa Majlis Santapan Beradab tu. Tergelak-gelak Arib dibuatnya dengan persembahan pelajar ni. Drama Muzikal 'Kalau Berpacaran' serius sangat sporting. Diorang miming lagu tu dengan berlakon sebagai Suhaimi Meor Hassan, Ana Raffali, dan Altimet. Dikir Barat paling superb, tong sampah hitam jadi gong, serius kreatif! Nasyid pun almost same, instrument guna baldi jew, hebat sungguh! Choral Speaking sungguh bertenaga, dialog choral speaking sungguh kelakar dan menghiburkan, hihihi. Boria, cewahh, memang kena sangat dengan program orientasi. Syabas kepada semua!

Dan ini adalah catatan ringkas diari Arib sepanjang dua minggu berada di Asrama Kompleks Seri Bintang:
1 Januari 2011, Sabtu.
-Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar (JKP) datang awal sehari ke asrama
-Siapkan segala persiapan untuk hari pendaftaran esok
-Pembahagian emcee untuk aktiviti Orientasi
-Temuduga Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar AKSB bersama warden AKSB.
-Lepak kat kedai mamak bersama Salam, Al-Fath, dan Cikgu Shukri pukul 12 tengah malam

2 Januari 2011, Ahad.
-Yang Di-Pertua AKSB 2011 diumumkan kepada JKP masa briefing
-Jaga gate sebagai penyambut tetamu bersama Arina Inani
-Selamat datang pelajar AKSB
-Ada muka parent yang familiar
-Di surau, YDP diumumkan secara rasmi

3 Januari 2011, Isnin.
-YDP di perhimpunan pagi asrama
-Selamat datang, 5 Solihin
-Aktiviti Orientasi: Nyanyian Lagu Asrama untuk pelajar Form 1
-YDP speech di surau
-Meeting JKP buat kali pertama bersama warden AKSB
-Meeting antara ahli Paras 1 Aspura

4 Januari 2011, Selasa.
-Kejut pelajar, sangat mengantuk
-YDP di perhimpunan pagi asrama
-Perjumpaan semua Form 5 SBU bersama Pengetua, Pn. Che Hasnah
-Aktiviti Orientasi: Ice Breaking 1 & 2, 1 untuk Form 1 dan 2 untuk semua form
-Bacaan ikrar asrama oleh YDP

5 Januari 2011, Rabu.
-YDP di perhimpunan pagi asrama
-Perjumpaan Sukan dan Permainan, Badminton. Jawatan: AJK IT. E'ehh, Fatin Hanani!
-Aktiviti Orientasi: Ceramah Bomba pukul 9 malam
-Meeting Santapan Beradab AKSB bersama JKP

6 Januari 2011, Khamis.
-Hujan di pagi hari, tiada perhimpunan pagi asrama
-Perjumpaaan Kelab dan Persatuan, Bahasa Arab, Jawatan: AJK IT
-Aktiviti Orientasi: Pengenalan Poco-Poco untuk Form 1
-Bacaan Yassin
-Berkongsi Rahsia dari pelajar PMR 2010 straight A's

7 Januari 2011, Jumaat.
-Naib YDP 2, saudara Salam handle perhimpunan pagi asrama
-Perjumpaan Unit Beruniform, KRS. Jawatan: AJK IT, lagi -,-
-First time ever Solat Jumaat bersama AKSB.
-Aktiviti Orientasi: Bersama Kaunselor untuk Form 1.
-Pejabat asrama, ada Form 1 homesick
-Abang Arib?
-Aktiviti Orientasi: Nyanyian Solo untuk semua form
-Aktiviti Orientasi: Latihan Kebakaran masa pukul 2.30 pagi

8 Januari 2011, Sabtu.
-Aktiviti Orientasi: Ceramah oleh Al-Badru Training
-My Family datang, bagi duit yuran & racquet
-Pemeriksaan dorm, pukul 9 pm
-Pada masa yang sama, ada meeting akhir pasal Santapan Beradab bersama JKP
-Pemilihan sukaneka Paras 1 Aspura

9 Januari 2011, Ahad.
-Kejut Subuh
-Subuh di Surau Kompleks Seri Bintang
-Perhimpunan Rasmi, YDP jadi emcee
-Pocho-Pocho, satu asrama turun
-Sukaneka, senior tahun lepas handle, paras 1 aspura menang, yayy!
-Raptai Majlis Santapan Beradab dan Penutup Minggu Orientasi
-Aris Ariwatan, ouhh baru saya tahu!
-Sangat terhibur dengan persembahan raptai
-Majlis Santapan Beradab, YDP & Naib YDP 1, Shaheera Guriaman menjadi emcee
-Dikir Barat oleh Paras 2 Aspura sangat kretif, gong guna tong sampah hitam.

10 Januari 2011, Isnin.
-Perjumpaan rumah sukan, Go Green!

11 Januari 2011, Selasa.
-YDP di Perhimpunan Pagi Asrama
-Perjumpaan Persatuan Bahasa Arab
-Mic surau problem, Ustaz Bustamam briefing mengenai usrah
-Tandatangan Buku Prep Form 3 SBS

12 Januari 2011, Rabu.
-Bangun agak lewat, 5.50 am, satu paras baru nak bangun, haihh
-YDP di Perhimpunan Pagi Asrama, agak bertenaga
-Pelajar lewat mula ditahan
-Perjumpaan semua KAA oleh Pengetua SMKSBU, Pn. Che Hasnah
-YDP Speech @ Perjumpaan KAA, Fokus: Berbeza dengan SEJAYA, Aurat, Budaya Islam Sekular
-Balik dah start ada break, 1.50 pm-2.20 pm, makan & solat lepastu sambung kelas
-Perjumpaan Kadet Remaja Sekolah, YDP bersuara mengenai aktiviti mingguan KRS
-Meeting JKP buat kali kedua bersama warden AKSB

13 Januari 2011, Khamis.
-Bangun agak awal, 4.45 am, satu paras dah bangun
-Kelas Tambahan Bahasa Arab
-Bacaan Yassin, YDP lead
-Perjumpaan Aspuri bersama NYDP 1, Shaheera Guriaman. Nurul Amirah Zaifuddin, sila dengar, ngeh ngeh.
-Pn. Khalilah selaku PKHEM SMKSBU, jumpa F3 & F5 Aspura dan Aspuri, beri taklimat mengenai prep di sekolah pada waktu malam

14 Januari 2011, Jumaat.
-Insan yang cemerlang time PJK, Form 5 mula kenal siapa Arib Ismail
-Edarkan surat baik pulih surau dekat setiap kelas
-Majlis perpisahan Pn. Jasbir, silat performance best!
-Balik rumah! Home sweet home (:
Bercakap mengenai Program Orientasi kat AKSB ni, fuhh, serius best! Kat AKSB, program orientasi memang dibuat untuk semua form. Ada certain aktiviti seperti Nyanyian Lagu Asrama, Ice Breaking 1 dan Program Bersama Kaunselor jew untuk pelajar Form 1. Aktiviti lain semua pelajar terlibat. Memang syok! Sepanjang program tu, Arib suka sangat dengan aktiviti Sukaneka, Poco-Poco, dan Majlis Santapan Beradab. Rasa seronok sangat menari poco-poco tuu. Balenggang pata-pata, ngana pi goyang pica-pica, ngana pi body, POCO-POCO, yeahhh! ;D

Hahh, apa yang Arib suka kat sini, semua pelajar yang uruskan. Warden sebagai pemberi tugas, penasihat, dan pemerhati jew. Yang menggerakkan sesuatu program tu, pelajar yang buat. Majlis Santapan Beradab antara majlis yang Arib rasa ramai pelajar yang terlibat. Mula dari part persembahan, susunan meja, penyediaan hadiah, pengacara majlis hinggalah ke persembahan, semua pelajar yang uruskan. Melalui dari situ, semangat kerjasama antara pelajar dapat dilihat di sini. Tak kira lah dari form berapa, aspura ker aspuri ker, semua bersatu untuk menjayakan Maljis Santapan Beradab malam tu. Best mehh. Rasa macam Jamuan Akhir Tahun punya event, hee.

Apa yang menarik perhatian Arib kat sini ialah kehidupan pelajar di sini dah macam satu keluarga. Kat sini tak kira lah form berapa, semua rapat. Makan satu meja bercampur form lain tidak menjadi masalah kat sini, malah sudah jadi kebiasaan. Mungkin faktornya disebabkan bilangan pelajar yang sikit. Kalau dekat Segambut Jaya dulu, satu form dengan satu form lain memang nampak ada gap. Bak kata orang, buat kepala sendiri. Form aku, buat kerja aku. Form kau, buat kerja kau. Tetapi tidak di AKSB. Time nak bersalam dengan junior kan, junior akan cium tangan senior. Memang terkejut masa mula-mula tu. Betapa tingginya nilai hormat-menghormati junior ni terhadap pelajar-pelajar senior. Beri salam kepada senior pun masih diterapkan di sini. Kalau tak bagi salam pun sekurang-kurangnya diorang tegur tau. Memang best. So kat sini, memang kurang lah masalah junior pijak kepala ker, apa ker sebab kita dah macam satu family (:

Satu lagi yang menarik di AKSB, setiap pelajar mempunyai semangat mengikut paras masing-masing. Kat AKSB ni ada dua blok, blok Aspura dan Aspuri. Setiap satu blok mempunyai 4 tingkat kesemuanya. Jadi, kalau ada event atau pertandingan apa-apa, pelajar AKSB akan memberi sokongan mengikut paras yang mereka tinggal. Maknanya dalam satu paras tuu, mereka akan berkerjasama dalam membangunkan paras masing-masing. Semangat ni jelas dapat dilihat masa program sukaneka. Setiap paras ada cheer yang tersendiri. Memang enjoy habis time tuu. Apa yang penting, Paras 1 Aspura menang time sukaneka tu, yayy!

Tugas sebagai YDP bukan satu tugas yang mudah. Ya, jika di Segambut Jaya Ketua Asrama dikenali sebagai KA, kat AKSB orang panggil YDP, singkatan daripada Yang Di-Pertua. Tersentap apabila Cikgu Shukri selaku warden paling aktif di AKSB mengumumkan YDP AKSB tahun 2011 ialah Arib Ismail. Masa tu dah mula fikir macam-macam dah macam mana nak kawal dan bangunkan asrama ni. Dah lah pelajar baru kat sini. Aduh, macam mana ni? Dulu kat Asrama SMK Segambut Jaya semua lelaki. Taulah jugak selok-belok pelajar lelaki ni. Tapi yang ni, tiba-tiba kena pulak lead asrama yang terdiri daripada penghuni lelaki dan perempuan. Okay, chill mehh. Bagi Arib, tak kisah lah, jawatan YDP tu tak ke mana pun dan apa yang penting, semua penghuni kat AKSB ni bersatu untuk bangunkan AKSB. Yeap, sama-sama kita bangunkan AKSB!


Reaksi para pelajar, Alhamdulillah, mereka terima Arib sebagai YDP. Hari pertama sebagai pelajar AKSB dan Yang Di-Pertua AKSB jew orang dah start tersenyum dan ketawa dengan gelagat Arib yang 'penuh semangat' time bagi speech dekat Surau Kompleks Seri Bintang buat kali pertama. Mana taknya, Arib cuba bagi speech yang tak pernah-pernah dibuat orang. Hehe, nak bagi speech yang 'menarik' sebenarnya ada tips jugak tau. Arib guna teknik tarik perhatian pelajar. Bermula dengan ucapan 'Apa Khabar' dan seterusnya tiru gaya ala-ala Dr. Fadzilah Kamtumi, haha. Ya, Insan Yang Cemerlang datang daripada Akal Yang Waras, Hati Yang Bersih, Jiwa Yang Tenang!


*Dr. Fadzilah Kamtumi, haha.

Prinsip Arib sebagai YDP ni senang jew, Arib nak ceriakan pelajar-pelajar AKSB ni. Arib memang tak suka tengok kalau ada pelajar yang murung dan stress tinggal kat asrama ni. Melalui pengalaman Arib sepanjang 4 tahun (tahun 2011 tahun ke-5) tinggal di asrama lah kan, kebanyakan pelajar tension dengan sikap ketua yang tegas tahap melampau. Setiap hari mesti ada yang tak kena, marah-marah tak tentu pasal. Serious Arib tak suka pemimpin macam tu. So, the best way sebagai orang baru yang memimpin AKSB, pendekatan Ceria Melalui Kepimpinan merupakan satu aspek yang menjadi pegangan Arib. Melalui pendekatan ni lah pelajar akan lebih mesra dengan Arib walaupun Arib pelajar baru kat sini. Lebih-lebih lagi pelajar Form 1. Mereka ni lagi lah perlukan keceriaan untuk menceriakan hari mereka. So, YDP ceria, pelajar pun ceria, okay!


Dengan mengambil cebisan idea daripada Segambut Jaya dan ahli Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar (JKP) bersama para warden, ini antara yang mula diterapkan di sini:
  • Berzikir atau Bacaan Al-Mathurat sementara menunggu azan Maghrib
  • Bacaan Al-Mulk pada pukul 11.15 malam
  • Bacaan Tahlil disertakan selapas Bacaan Yassin
  • Imam dan Bilal berjadual
  • Solat berjemaah di surau besar, Surau Kompleks Seri Bintang pada waktu Asar
Buat masa ni, Arib cuba titikberatkan aspek rohani dulu. Memang Arib akui, aspek rohani dekat AKSB dengan Segambut Jaya agak jauh berbeza. Jadi, pendekatan aspek rohani ni mungkin dapat membantu dalam melicinkan lagi AKSB sebagai asrama yang terbilang di negara ini khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ni, tehee.

Aris Ariwatan? Jika di Segambut Jaya dulu Arwah Ustaz Asri Rabbani ada anak kat situ, di AKSB ada anak Aris Ariwatan, Form 1 tahun ni. Hahh, Aris Ariwatan ni terkenal dengan lagu Lamunan Terhenti dan 1 2 3 4. Arib mula perasan kehadiran Aris Ariwatan ni time jadi penyambut tetamu masa hari pendaftaran asrama tu. Macam pernah tengok jew pak cik ni. Time tu just ignore jew la, mungkin ada orang muka sama. And then, time buat raptai Majlis Santapan Beradab masa petang Ahad, tiba-tiba ada pak cik ni testing-testing PA sistem. Pak cik tu lah yang Arib nampak familiar sangat time hari pendaftaran hari tu. Kebetulan, Ustaz Bustamam selaku Ketua Warden AKSB ada kat sebelah Arib time tu. Apa lagi, tanya lah kat ustaz siapa pak cik tu. Dan yeap, dia lah Aris Ariwatan! Ku singkap, kenangan dulu, haaaaa~

Okaylah, sampai di sini sahaja coretan untuk post kali ni. Hahh, kepada pelajar asrama sekalian, jangan lupa pakai baju batik masa balik nanti dan datang before pukul 6 petang taww. Sekian, wassalam (:

Nota Arib: Wah, pelajar AKSB gelarkan saya 'Abang Okay' disebabkan setiap awal speech saya mesti didahulukan dengan perkataan 'OKAY!', hohoho.

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top