Short Close Up: HTC Desire Z
Labels: Close UpAssalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D
Yuhuu! Apa khabar semua pembaca? Ya, kita bertemu sekali lagi dalam ruangan close up. Hurmm, agak berlainan dengan paparan close up yang sebelumnya, kali ni Arib cuma buat short review jew. Agak penat sebenarnya sekarang ni. Tambahan pula, aduh, mata sudah lesu, mengantuk ler tuu, hehe. Tanpa melengahkan masa, jom kita lihat gadget untuk paparan close up kali ni iaitu HTC Desire Z. Klik 'read more' untuk selanjutnya!
1. Petang tadi, saya berpeluang untuk makan angin di Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor bersama-sama keluarga tercinta. Ini semua kerana kebosanan dalam diri yang melanda setiap ahli keluarga saya, kui kui.
2. Di Sunway Pyramid itu, saya berpeluang untuk mencuba HTC Desire Z di showcase Maxis yang berada di ruang legar Orange Zone Sunway Pyramid. Maaf, ruang legar Zon Oren di Sunway Pyramid.
3. Ya, di showcase itu, Maxis membawa pelbagai telefon pintar untuk dipamerkan antaranya HTC Desire Z, HTC HD7, BlackBerry Torch 9800, dan lain-lain lagi.
4. Apa yang menarik pandangan saya, ya, HTC Desire Z. Sehingga post ini diupdate, model HTC ini merupakan model yang sedang dicuba oleh reviewer #maxis10. Jelas terpancar tahap ke-jealous-an saya bila membaca review mereka. Mahu apply jadi #maxis10 reviewer, huhh, tentu sekali tidak akan dapat. Confirm mereka (maxis) reject bila tengok form yang saya submit itu. Ya, saya tahu, saya bawah umur =.="
5. Setelah menggodek-godek HTC Desire Z sana sini, ini hasil pandangan saya tentang HTC Desire Z:
Pandangan Pro6. Dari segi reka bentuk, ya, saya suka telefon ini. Nampak kemas dan mewah. Tengok dari segi rupa, macam gabungan antara HTC Desire + phone BlackBerry. Yeap, papan kekunci QWERTY + optical trackpad tu memang familiar dengan BlackBerry model sekarang ni. So, mana-mana BlackBerry user yang nak belot ke Android, mehh cuba HTC Desire Z ni, hehe.
Papan kekunci QWERTY, wohoo!
Android 2.2 Froyo, superb!
HTC Sense yang sungguh menawan, wow!
Kamera 5 Megapiksel + LED Flash, cantik!
Optical Trackpad, hohoho.
Pandangan Kontra
Aiseyh, apesal berat sangat handphone ni?
Mana slot memory card? Ouh, dekat bawah bateri. Bagus =.=
7. Kamera? Huhh, yang sedang-sedang saja, yang sedang-sedang saja.*dangdut pulak, haha ==" Okay, bagi pandangan saya, kamera tiada masalah di sini. Soal kualiti, kecantikan, itu bukan pada HTC. Kalau nak kamera bagus, beli saja Nokia N-Series atau Sony Ericsson C series. Tetapi bagi pengguna ahli perniagaan, kamera 5 megapiksel yang ada pada HTC Desire Z sudah cukup memadai untuk merakam detik-detik indah mereka. So di sini, tak perlu lah saya kritik. Dan yeah, saya sukakan UI kamera pada HTC Desire Z ini. Ringkas dan pantas, wachaa!
8. Persoalan di sini, kenapa Desire Z? Ini kerana jika papan kekunci QWERTY di slide keluar, ia menyerupai seakan-akan bentuk Z. Ouh, begitu ya. Terima kasih.
9. So, konklusi yang dapat saya di sini, HTC Desire Z pengubat kepada pengguna tegar BlackBerry yang ingin beralih kepada Android. Kenapa? Mereka (pengguna tegar BlackBerry) lebih sukakan papan kekunci fizikal berbanding papan kekunci maya di skrin. Ohh, itu sudah pasti -,-
10. Sebelum saya terlupa, ini spefikasi ringkas HTC Desire Z:
11. Ouh, berapa bintang yang saya kasi? Bintang banyak diberikan dari hasil fungsi HTC Desire Z. Gabungan papan kekunci QWERTY sememangnya dilihat cukup sempurna bagi pengguna Android yang gemar menggunakan papan kekunci fizikal. Selain itu, penggunaan Android OS 2.2 Froyo juga meningkatkan lagi markah di sini. Fungsi yang didatangkan bersama Froyo seperti WiFi Tethering dan menyokong Adobe Flash 10.1 merupakan fungsi yang menjadi pilihan pengguna masa kini. Dari segi harga, huhh, masih di tahap harga yang tinggi. Dan dengan ini, saya memberikan sebanyak 8.5 bintang daripada 10 bintang. HTC Desire Z mantap! Wohoo! ;D
- GSM Quad-band dan menyokong 3G dual-band
- 14.4 Mbps HSDPA dan 5.76 Mbps HSUPA
- 3.7" 16 juta warna S-LCD skrin sesentuh kapatif dengan resolusi WVGA (480x 800 piksel)
- Android OS v2.2 Froyo dengan HTC Sense UI
- Papan kekunci QWERTY fizikal
- Pemprosesan Qualcomm Snapdragon MSM7230 800 MHz
- 512 MB RAM dan 1.5 GB ROM
- Kamera 5 MP autofokus dengan LED flash dan geotagging
- Rakaman video 720p @ 25fps
- Wi-Fi b/g/n dan DLNA
- GPS dengan A-GPS
- Slot microSD sehingga 32GB (Kad memori microSD 8GB dibekalkan)
- Accelerometer dan proximity sensor
- Jek audio 3.5 mm
- Stereo FM radio dengan RDS
- microUSB port (bertindak juga sebagai pengecas) dan Bluetooth v2.1
- Trackpad optikal
12. HTC Desire Z boleh diperolehi secara eksklusif di Maxis Centre seluruh Malaysia dan juga di Maxis Exclusive Partner (MEP) yang terpilih pada harga subsidi RM2299. Bagi yang gemar mengikuti plan dari Maxis, HTC Desire Z boleh didapati dengan kadar harga serendah RM1449 bersama ikatan kontrak selama 24 bulan. *cehh, sejak bila jadi promoter Maxis ni, haha =="
Sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam ;D
Editor: Sudah hampir 6 tahun bersama Symbian. Bila la nak merasa Android ni? -____-
Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment