• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Diariku: 25 Disember 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Ahha, hari ni Arib spend hari Arib ni dengan berjalan-jalan. Hee, nak tengok jugak apa yang ada kat luar tu time hari krismas ni. Jalan jammed ker. Orang ramai ker. So jalan-jalan lah. Duduk kat rumah menghadap PC hari-hari pun tak guna jugak. Buat besar perut jew. Baik jalan-jalan, sihat sikit, hee. So, apa lagi, klik 'read more' untuk selanjutnya! ;D


Actually, Kak Kyla ler yang ajak Arib pergi jalan-jalan hari ni. Nak cari hadiah untuk anak jiran katanya. Entah, tak tau lah. Hmmm, first sekali tempat nak cari hadiah ialah dekat Times Square. Hadiah target ialah benda yang nak dikasi kat budak-budak. Satu hadiah untuk budak lelaki umur 1 tahun dan satu lagi hadiah untuk budak perempuan 2 tahun. Serius, pening nak cari hadiah untuk budak-budak ni. Nak bagi tu tak kena, nak bagi ni tak kena, so pusing lah kitorang kat dalam Times Square tu. Dari pukul 11 pagi sampai pukul 1 petang, pusing jew dalam tu. After a few hours, akhirnya jumpa jugak hadiahnya. Tapi, hadiah budak perempuan 2 tahun tu la. Bear kecik comel yang ada bentuk love love tu, ahha. Yang budak lelaki 1 tahun tu belum jumpa hadiahnya lagi.


Hurmm, Arib suruhlah Kak Kyla cari mainan kereta tolak-tolak untuk bagi kat budak lelaki umur 1 tahun tu. So, kalau nak senang, cari kat Masjid Jamek, ada banyak mainan kat situ. Tapi, aduhh, bajet tak cukup. Dengar cerita, Kak Kyla ni selalu pergi Library KL dari SMK Victoria jalan kaki jew. So decide lah dengan Kak Kyla untuk jalan kaki pergi Masjid Jamek tu, malas nak naik LRT. Mintak lah kat dia suruh tunjukkan jalan shortcut dari Times Square ni nak ke sana. Okay jalan dia melalui sebelah sekolah SMK Victoria then lalu Petaling Street, pastu jumpa Central Market dan sampai lah di Masjid Jamek. Fuhh, best memang best, duit saving, tapi, ahhh, penat mehh!


Ahha, Petaling Street mari! *Seriously, dah lama tak pergi sini =.=


Central Market, huhuu. *Ni pun sama, entah berapa lama tak pergi =="


Untuk hari ni jew, dah berapa kali masuk kedai ni, ahha. *Kat TS ada, kat CM ada.

Sampai dekat stesen Masjid Jamek, Kak Kyla pun balik la kat rumah dia. After seperated dengan Kak Kyla, Arib sambung lagi perjalanan ke arah Sogo KL pulak. Haha, mula-mula tu dah beratur nak beli tiket LRT untuk balik rumah, tapi last-last tukar plan. Alang-alang dah sampai kat sini, baik jalan-jalan dulu. Balik rumah pun, alaa time tu baru pukul 4 petang, awal lagi. So, jalan lah Arib seorang diri time tuu, huhuu.


Bazaar Jalan Masjid India, hohoo.


Cermin mata RM10, lelong lelong!


Hahh, jam RM5 jew kak, murah murah!


Tengah jalan-jalan, nampak pulak gerai makanan kat sebelah Mydin. Hummm, lapar =="


Ahh, Majalah PC Bulan Januari 2011 dah keluar! *Duit pulak tak cukup =.=


Kebetulan malam ni malam minggu. So kat Jalan TAR ni ada pasar malam.


Tak sah warga pelajar kat KL tak pergi kedai buku ni time musim nak bukak sekolah, huhuu.


Sogo KL! *Serius ramai orang kat dalam tu. Biasalah, YES! Year End Sale!


Decoration perayaan di Sogo dengan tema putih dan merah, wohoo!


Ternampak kelibat member, Adam Azhar berkerja di Sogo, kui kui. *snap cara paparazzi.

After selesai urusan solat, wifi-ing, bla bla di Sogo, Arib bergerak ke Pertama Complex pulak. Yeayy! Pertama Complex! Syurga segala handphone, huhuu. Yeah, kat sinilah tempat paling Arib suka kalau nak cari handphone baru atau second hand. Sebabnya, yeah, murah. Tapi ingat, kalau nak beli kat sini, kena ada ilmu sikit supaya tak kena tipu, huhuu. So, petang tadi jalan-jalan la tengok dan survey harga handphone untuk diupdatekan dalam otak. Yeap, orang selalu tanya kat Arib harga handphone, so kena update dan ingat ler harga handphone-handphone ni =.=


Pertama Complex, yehee!


Nokia C3, RM399. Ada berani kah? Hehehe.


Nokia 5800, RM699. Ada duit ni mesti best, hohoho~

Hahh, dan tadi jugak, akhirnya Arib sign up FourSquare jugak. Application FourSquare ni dah lama dah Arib install kat dalam handphone ni tapi tak pernah bukak pun, setakat penuh kan app jew. Hee, btw, sajew jew daftar lambat-lambat, tunggu tarikh yang sesuai untuk daftar. Ingat nak daftar awal tahun ni tapi rasa macam malas pulak sebab ramai tak guna, so skip la sampai hari ni, huhh. Bagi yang masih belum ketahui apa itu FourSquare, hahh, dengan benda ni korang boleh check-in dan collect badge kat sesuatu tempat tu. Contoh lah korang pergi KLCC, then korang check-in kat situ. Kalau kat situ antara tempat orang yang paling banyak check-in, korang akan terima satu badge. Bukan setakat tu jew, banyak lagi cara nak dapatkan badge FourSquare. Badge tu, alaa, sajew collect-collect. Bagi Arib, FourSquare ni memang best lah bagi orang yang suka jalan-jalan macam Arib ni, huhuu. Korang akan rasa betapa seronoknya bila korang main FourSquare, tehee.


Hehe, sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam.


Editor: Yes, dah cukup pun 30 orang. Tunggu masa nak approve jew, hohoho. *cehh.

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top