Diariku: Langkawi 2010
Labels: DiarikuAssalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D
Yuhuu! Ahha, sorry sangat sebab dah lama tak update blog ni. Busy memanjang, huhuu. Hahh, pada 20-22 Disember 2010 lepas, Arib ke Langkawi bersama dengan pelajar tingkatan 4 2010 yang terpilih, guru-guru serta kakitangan Asrama SMK Segambut Jaya. Program yang berlangsung selama tiga hari ni banyak memberikan pengalaman yang cukup indah kepada Arib. Hehe, senang cerita, melancong dengan kawan-kawan memang best. Hahh, klik 'read more' untuk selanjutnya!
Coklat paling famous di Langkawi! Yum yum! ;D
Langkawi, Langkawi, Langkawi! Yayy, dapat jugak pergi lagi. Tahun ni rasanya sudah tiga kali berturut-turut Arib pergi sini, syukur Alhamdulillah. Yeap, setiap tahun since tahun 2008 mesti pergi Langkawi ni. Time 2008 tu pergi dengan keluarga. Last year dapat pergi sebab dorm terbersih kat asrama, huhuu. Tahun ni, percutian untuk form 4 yang terpilih, hee. Btw, apa yang membezakan lawatan ke Langkawi tahun ni dan tahun lepas, tahun ni my mom pergi sekali, ecehh.
Actually, percutian ni diadakan untuk Program Cakna Idea Asrama SMK Segambut Jaya Tahun 2011 nanti. Maksudnya, setiap pelajar dan guru yang pergi tu akan berkongsi idea untuk penambahbaikan Asrama SMK Segambut Jaya pada tahun depan. Yeap, bermula tahun depan, kesemua pelajar tingkatan 1 di SMK Segambut Jaya dah start pengambilan penuh pelajar Kelas Aliran Agama (KAA). So kena la rancang serba-serbi untuk menghadapi dengan form 1 yang akan sampai tu. Bermula dari Jawatan Kuasa Organisasi (JKO) hinggalah ke sudut Disiplin, Rohani, Akedemik, Kebersihan & Keceriaan Asrama. Macam-macam lah perkara yang dirancang. So kena tunggu tahun depan, tehee.
Okay, untuk hari pertama, kesemua ahli rombongan bertolak ke Langkawi seawal jam 4 pagi. Fuhh, tidur kejap jew kowt malam sebelum pergi tuu. Pukul 3 pagi dah kena mandi & siap-siap. Serius sejuk mandi kat asrama time pukul 3 pagi tuu, BRRRR. Pukul 4.10 pagi bas bergerak. Then pukul 6 pagi singgah di Tapah R&R untuk solat Subuh dan breakfast. Pukul 12 tengah hari sampai dekat Jeti Kuala Perlis. Dan pukul 1.50 petang, sampai di Langkawi, yayy!
Untuk tempat penginapan, kesemua ahli rombongan ditempatkan di Hotel Langkasuka. Mula-mula dengar tu ingatkan kedudukan hotel ni terletak kat Langkasuka. Kalau kat Langkasuka, hurmm, memang susah lah nak pergi shopping sebab jauh sangat dengan pekan. Bila dah sampai kat sana, ehh, rasa kejap jew sampai dari jeti. Ouhh, nama jew Hotel Langkasuka tapi terletak kat pekan mehh, yayy! Hahh, apa yang best tentang Hotel Langkasuka ni, shopping mall Langkawi Parade dengan Hotel Langkasuka ni ada kat dalam satu bangunan. So senang jew. Turun bawah dan terus pergi shopping, hohoho.
Malam hari pertama kat Langkawi ni, pukul 9 malam, bermulalah sesi Cakna Minda Asrama SMK Segambut Jaya. Untuk hari pertama ni, sesi Cakna Minda dimulakan dengan taklimat awal dulu. Group diberikan mengikut bilik hotel masing-masing. Satu group ada 4 orang, ada yang 3 orang. Tugasan diberikan kepada setiap group. Esok malam kena present. Group Arib ditugaskan untuk membentangkan masalah dan cara mengatasi dari segi sudut Keceriaan, Kebersihan, dan Keselamatan di asrama. So kena perah otak jugak la malam tuu, huhuu~
Hehe, untuk hari kedua pulak, dari pagi sampai ke petang berjalan jew. Bermula dari kilang gamat sehingga lah shopping di Pekan Kuah. Memang letih mehh. Untuk lokasi, hurmm, hampir sama macam last year sekolah punya trip. Ada la beza sikit. Tahun ni ada la jugak pergi ke Pantai Cenang dan Idaman Suri. Tahun lepas tak pergi. Tak dilupa juga, tahun ni kena skip pergi ke Makam Mahsuri sebab rata-rata nak pergi shopping. Apa-apapun, yeah, sungguh seronok! ;D
Hahh, pukul 9.30 malam hari kedua tu, program Cakna Minda Asrama SMK Segambut Jaya diteruskan dengan sesi pembentangan masalah dan cara mengatasi oleh pelajar. Untuk sesi pembentangan tu dibuat dengan cara ala-ala forum. Bak kata orang, dengan cara forum ni santai sikit, tak mau presure-presure ni. My mom merangkap PKHEM bersama dengan warden-warden Asrama SMK Segambut Jaya mendengar dan mengulas balik segala perkara yang diterangkan oleh setiap kumpulan. Hehe, memang enjoy habis sesi pembentangan malam tuu, hohoho ;D
Untuk hari ketiga, aduh, sudah kena berangkat pulang, huwaa. Serius rasa sekejap duduk kat Langkawi ni. Seawal 7.30 pagi, kesemua ahli rombongan dah kena naik bas sebab feri ke Kuala Perlis bertolak pukul 8.30 pagi. Alahai, rasa macam semalam baru datang, tup tup, dah kena balik KL. Bye bye Langkawi, sob sob :'(
Pukul 9.30 pagi, sampai jugak di jeti Kuala Perlis. Hahh, pagi tu pihak rombongan menerima panggilan mengenai kematian seorang ibu kepada pembantu makmal sekolah. Tak silap kat kawasan Perlis jugak. So, kena rush pergi ke sana untuk ziarah.
Fuhh, serius best pergi dekat kawasan sawah padi kat tempat ziarah orang meninggal tu. Rasanya inilah kali pertama Arib dapat merasai pengalaman berada kat tempat macam ni. Hijau jew permandangan. Ada bukit kat belakang, angin bertiup, awww. Kan best kalau ada kampung macam ni.
Lepas ziarah orang meninggal, perjalan ke Kuala Lumpur diteruskan. Before that, alang-alang dah dekat dengan Kedah, ambil peluang untuk melawat Muzium Padi, hee.
Wahh, banyak information diperolehi mengenai padi kat Muzium Padi tuu. Kita ni tau makan nasi jew, tapi asal usul padi dan cara nak menanam serta menuai padi mungkin ada yang tak tau. So, kalau dah dekat area Kedah tu, singgah ler ke Muzium Padi ni, hehehe. Okay, lepas bersiar-siar di dalam muzium tu, perjalanan ke Kuala Lumpur diteruskan lagi. Wait, kat Kedah ni rugi tau kalau tak pergi satu tempat ni. Yeah, Pekan Rabu! So, before balik KL, singgah ke Pekan Rabu kejap, hohoho.
Wahh, macam-macam ada kat Pekan Rabu ni. Kerepek ada, cenderamata ada. Kiranya barangan tempatan banyak dijual kat sini. Hmmm, kalau tengok Pekan Rabu ni, ada persamaan dengan Pasar Payang dekat Terengganu tu. Memang best shopping kat sini, hee.
Lebih kurang pukul 12.30 tengah malam, tibalah rombongan ke Langkawi tu di SMK Segambut Jaya, Kuala Lumpur. Aduhh, serius sakit badan duduk kat dalam bas tu. Hurmm, malam tu Arib dah kena follow my mom balik rumah sebab keesokan paginya, my mom kena datang sekolah ni balik untuk menguruskan result PMR. Pelajar form 4 yang parent tak dapat ambik, diorang stay kat asrama, huhuu. Mesti best kan, main badminton sampai pukul 3 pagi , hohoho~
Okay, for the conclusion, trip ke Langkawi tahun ni memang rasa seronok walaupun duduk kat Langkawi tu kejap jew. Tempat penginapan pun best jugak sebab shopping complex dengan hotel dalam satu bangunan. Senang nak cari barang keperluan. Hurmm, cuma apa yang kurang, tahun ni tak sempat nak pergi ke Dataran Lang sebab nak rush kejar feri, huhuu. Apa-apapun, rasa seronok tu memang dapat dirasai sepanjang rombongan ni, hehe. Terima kasih kepada semua guru, kakitangan sekolah serta pelajar tingkatan 4 yang bersama-sama mengikuti rombongan ni. Serius rasa enjoy sangat, hee ;D
Hahh, sebenarnya Arib dah buat satu live blog before pergi Langkawi ni. Lupa pulak nak bagitau kat blog ni time kat Langkawi tu. Blog ni Arib buat sebagai blog time tak dapat bersama dengan komputer. Yeap, semua posting kat dalam blog tu dikendalikan menggunakan handphone, hohoho. Hahh, untuk ke live blog Arib, boleh lah layari ke: http://arib2020live.blogspot.com. Kalau berbesar hati, follow yea! ;D
Hehe, tidak dilupa juga, follower blog Arib ni dah pun capai 300 orang follower. Memang Arib target 300 orang follower ni before tahun 2010 menutup tirai. Dan semalam, capai jugak akhirnya, yayy! Terima kasih kepada follower semua!
Hahh, Arib rasa setakat tu jew kowt post Arib untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca yea! Hee, sekian, wassalam ;)
To Afif Azfar: Best kan gossip-gossip kat dalam bas tu? Rasanya kita la paling bising sekali, yang lain duduk senyap jew, HAHAHA. Terima kasih kerana sanggup melayan karenah aku, hohoho ;D
p/s: Bila lah friend request kat Facebook tu nak approve, huhuhu. Maybe dah ada 30 friend request nanti baru approve kowt. *cehh, bajet hot jew, haha. Sorry guys! ;D
Editor: Sehingga post ni diupdate, kat tangan Arib ni ada 12 batang Toblerone yang belum dimakan. Hehe, sape nak? ;D
Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment