Diariku: 4 Ramadhan di Low Yat Plaza .
Labels: PersonalAssalamualaikum dan Salam Sejahtera :)
Hee, hello hello! Hah, macam mana dengan hari yang ke-4 Ramadhan ni? Sihat? Makin kurus? Gemuk? Haha. Hahh, tengah hari tadi Arib berkunjung ke tempat yang Arib tak akan jemu sampai bila-bila iaitu Low Yat Plaza. Sebagai penggila IT, dalam sebulan tu mesti kena pergi tempat ni, kalau tak, tension ouh. Kalau bulan Julai lepas, hampir setiap minggu pergi Low Yat ni, hee. Dan untuk harini, ni kira first time la keluar pergi Low Yat Plaza time bulan puasa ni. Haha, apela, sepatutnya time time macam ni kebanyakan orang pergi Jalan TAR cari baju raya, yang si Arib ni pergi Low Yat pulak, haishh. Haha, okaylah, klik 'read more' untuk seterusnya :D
Hah, seperti kebiasaannya, kalau pergi Low Yat ni just cuci mata atau window shopping jew kowt. Ada benda murah, baru beli, hehe :D
Disebabkan zaman semakin hari semakin pantas, tahun ni bermula fenomena USB 3.0. Tahukah anda bahawa kelajuan USB 3.0 ni 10 kali ganda lebih pantas dari USB 2.0 yang ada sekarang ni dengan kadar kelajuan sehingga 5 Gbps, whoaa. Jadi, siapa yang dah ada port USB 3.0 kat PC, upgradekan portable HDD yang ada tu dengan enclosure portable HDD USB 3.0 ni, hee :D
Jalan punya jalan, cuci mata kejap dengan tengok earphone. Hahh, picture kedua bawah ni ada earphone murah la!
Jeng jeng jeng ! Apa lagi, beli satu lah. Hah, kalau diikutkan, harga asal earphone JVC ni RM45. Mungkin tu last stock, sebab tu jual RM15 ;)
Hah, untuk harini jew, ramai jugak yang Arib jumpa kat Low Yat ni. Firstly, Shuhada Azmi yang masa tu tengah kat kedai kamera. Wah wah, best kan dapat present kamera, hoho. And then, Amzar form 3. Bapa si Amzar ni memang hebat dalam bidang kamera, sebab tu selalu datang Low Yat. Dan yang paling best, masa jalan-jalan tu, tiba-tiba terserempak dengan Cikgu Farid & Cikgu Mat Zain, haha. Dua orang cikgu ni merupakan warden asrama dan guru sekolah Arib. Cikgu Farid ni kalau nak tau memang terkenal kat sekolah Arib dengan kepakaran dalam bab-bab komputer. Kiranya Arib dengan Cikgu Farid ni sekepala, kalau ada masalah PC, orang akan minta kitorang bantu, haha. Hee, cikgu-cikgu ni datang ke sini sebab nak baiki skrin LCD yang rosak, hoho. Hmm, tak tau nak snap pic apa, picture laptop pun jadi la -,-
Arib rasa setakat tu jew kowt. Thanks sebab membaca! Sekian, wassalam.
Editor: Baju raya still tak beli lagi nihh -,-
Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.
0 Comments:
Post a Comment