Diariku: Salam Ramadhan :)
Labels: PersonalAssalamualaikum dan Salam Sejahtera :)
Hee, di sini Arib ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat sekalian :DD

Hah, kalau bercakap tentang Ramadhan, pasti ingat Puasa, Terawih, Sahur, Berbuka,
"Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu neraka dan syaitan-syaitan dibelenggu."
Ehh, syaitan kena rantai? Tapi, kenapa ada orang masih buat dosa? Hah, itu semua disebabkan daripada dorongan nafsu yang telah ditinggalkan oleh syaitan ni. Janganlah kita setakat berpuasa sahaja, tapi mulut mengumpat, telinga mendengar fitnah, mata melihat perkara yang tidak sepatutnya, ish ish ish. Harap-harap kita tidak termasuk dalam golongan seperti sabda nabi ini:
“Ada orang yang berpuasa tapi tiada baginya pahala, yang dapat hanyalah lapar dan dahaga.”
Jadi, sama-samalah kita REPAIR hati, UPGRADE iman, dan DELETE segala titik-titik hitam yang telah dipaterikan pada hati kita dengan melakukan amalan-amalan soleh pada bulan yang turunnya Al-Quran ini. Insya'Allah, jikalau kita melakukan kesemua itu dengan penuh keimanan dan ketaqwaan, pasti Allah akan memberikan terbaik untuk kita.
“Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan redha Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu.”
Baiklah, sebelum Arib menutup post ni, jom kita ingat balik niat puasa dengan mendengar lagu dari kumpulan Raihan ni, tajuknya Puasa Dulu Baru Raya. Hee, best tau :DD
Nawaitu Saoma Ghadin
An Ada I Fardhi Ramadhana
Hazihi Sanati Lillahi Taala (2x)
Sahaja Aku Berpuasa Esok Hari
Untuk Menunaikan Fardhu Ramadhan
Tahun Ini Kerana Allah
Puasa Ertinya Menahan Diri
Dari Lapar Dan Dahaga
Juga Perkara Yang Membatalkan
Dari Terbit Fajar Sehingga Maghrib
Nawaitu Saoma Ghadin
An Ada I Fardhi Ramadhana
Hazihi Sanati Lillahi Taala
Puasa Melatih Kita Sabar
Puasa Menjadikan Kita Sihat
Puasa Perlukan Keikhlasan
Di Dalam Bulan Ramadhan
Nawaitu Saoma Ghadin
An Ada I Fardhi Ramadhana
Hazihi Sanati Lillahi Taala
Hendaklah Kita Banyak Sedekah
Jangan Lupa Pula Baca Al Quran
Juga Berzikir Dan Berdoa
Dan Berselawat Ke Atas Nabi
Nawaitu Saoma Ghadin
An Ada I Fardhi Ramadhana
Hazihi Sanati Lillahi Taala
Sahaja Aku Berpuasa Esok Hari
Untuk Menunaikan Fardhu Ramadhan
Tahun Ini Kerana Allah
Paling Penting Sebelum Berhari Raya
Tunaikanlah Zakat Dan Fitrah
Agar Kita Dapat Meraikan Bersama
Tanpa Mengira Miskin Dan Kaya
Kini Tibalah Saat Yang Dinanti
Hari Kemenangan Bagi Kita
Selamat Berhari Raya
Minal Aidil Wal Faizin
Minal Aidil Wal Faizin
Minal Aidil Wal Faizin
Minal Aidil Wal Faizin
Sekian sahaja untuk kalini. Selamat Berpuasa!
Editor: "Agar harap kan Ramadhan kali ini penuh makna~"
Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 Comments:
selamat berpuasa..^_^
Post a Comment