Diariku: Rombongan ke Kompleks Kraf .
Labels: PersonalAssalamualaikum dan Salam Sejahtera :)
Hello! Hello! Wah, pejam celik pejam celik dah berada pada fasa ke-2 bulan Ramadhan, sekejap jew rasanya kan? Hah, pagi tadi ada lawatan ke Kompleks Kraf dekat Jalan Conlay, KL. Kalau nak tau, lawatan ni dianjurkan di bawah pihak Asrama SMK Segambut Jaya dengan penglibatan seramai 36 orang ahli rombongan yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4. Hee, memang enjoy sangat masa kat sana, dapat mempelajari macam-macam benda. Hah, nak tau lagi? Klik 'read more' untuk meneruskan pembacaan ;)

Hee, sebenarnya hari ni ada sekolah ganti untuk menggantikan cuti Hari Raya Aidilfitri nanti. Jadi, kena masuk kelas dulu before pergi sana. Habis jew waktu kedua iaitu sekitar 8.45 am, kesemua ahli rombongan diminta berkumpul di sebelah pentas tapak perhimpunan sebelum bertolak. Macam biasa, kalau ada rombongan macam ni, mesti kena lantik ketua dulu. Disebabkan Arib yang mengelola lawatan ni dari mula sampai ke hari lawatan, En. Mohamad selaku ketua warden asrama telah melantik Arib sebagai ketua rombongan ni , aiyoo -,- Dan tidak dilupa juga, En. Mohamad juga telah melantik 2 orang sebagai pelapor aktiviti sepanjang rombongan tu iaitu Fadzren dan Mukhlis. Tak senang duduk diorang dibuatnya, pen dan kertas berada sentiasa. 10 minit kemudian, barulah kami menuju ke bas.

Okay, sekitar pukul 9 am, barulah bas bertolak menuju ke destinasi. Pukul 9. 45 am, rombongan tiba di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur ;)

Okay, apa yang menarik di Kompleks Kraf kalini, di sini sedang berlangsungnya Promosi Kraf Aidilfitri 2010 yang bermula semalam sehingga 30 Ogos 2010. Banyak acara yang disediakan antaranya Jualan, Pameran Bingkisan Lebaran iaitu pameran cendaramata & hadiah Adilfitri, Demonstrasi Produk Kraf seperti pembuatan Songkok dan Capal, Demonstrasi Pembuatan Kuih Tradisional Aidilfitri dan juga Interaktif Kraf dengan mempelajari cara-cara menganyam ketupat, menjahit motif-motif kemasan leher Baju Melayu & menghias bekas kuih raya, wahh!

Fadzren: Aku rasa buat latihan Add Math lagi senang daripada menjahit!

Salah tu dik. Aaa, ni baru betul!

Pn. Noraini: Cepat, cepat! Cikgu dah nak siap dah!

Hazwan: Yess, siap jugak aku decorate kotak ni!

Fadzren: Hebat kan aku? Haha.

Wahh! Alaa, tengah puasa lah! Terliur dibuatnya -,-

Kek Masjid? Sayang betul nak makan kan?

Persembahan Ghazal :)
Hah, bagi sesiapa yang mempunyai masa lapang tu, datanglah ke Kompleks Kraf dekat Jalan Conlay, KL ni dari 20 Ogos 2010 hingga 30 Ogos 2010 untuk Promosi Kraf Aidilfitri 2010. Memang best, macam-macam boleh belajar taw ;D
Okaylah, setakat ni sahaja untuk kalini. Terima kasih sebab membaca! Sekian, wassalam.
Editor: Hurmm, banyak benda best dekat Kompleks Kraf tu, tapi satu pun tak beli -,-
Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.
0 Comments:
Post a Comment