• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Diariku: 4-12 Julai 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Heyy, heyy! Hahh, sorry sebab lambat update blog ni. Banyak story tapi takde mood nak menaip, huhu. Okay, minggu ni hampir semua masa sibuk kowt, haha. Tapi okay la, sibuk sibuk pun rasa enjoy jugak sepanjang minggu ni. Ada hari keluarga, dapat student baru, sesi fotografi, yeah :D

Ahad, 4 Julai 2010.

Hahh, harini dah kena balik asrama. Masa sampai kat dorm tu, Mus'ab bagitau Arib yang Sufi Aiman dah pun masuk asrama. Arib dapat tau Sufi Aiman nak masuk ke SMK Segambut Jaya ni pun sebab mak Arib bagitau semalam. Hoho, rasa terkejut jugak lah bila dia nak pindah ke sini. Apesal erk pindah? SMK Seri Bintang Utara kan lagi up dari Sejaya =.=

Isnin, 5 Julai 2010.

Yayy, Isnin! E'ehh, apesal happy semacam ni? Haha, tak tau lah pesal, tetiba rasa happy pulak. Okay, perhimpunan pagi harini ada sesi penyampaian hadiah sempena dengan penutupan minggu koperasi. Alhamdulillah syukur sangat-sangat bila nama Arib diumumkan sebagai johan rekaan dalaman koperasi. Haha, mak tersenyum senyum jew masa Arib nak naik pentas ;) Hoho, minggu lepas lah minggu yang paling busy masa kat sekolah semata-mata nak siapkan design koperasi ni. Rekaan dalaman koperasi ni Arib ilhamkan dengan tema ala-ala kopitiam. Untuk rekaan dalaman ni, Arib menggunakan Adobe Photoshop untuk proses pengubahsuaian :D



Lepas perhimpunan rasmi, bermulalah sesi fotografi untuk majalah sekolah. Whoaa, start harini, hampir semua waktu tak masuk kelas, aiyaa. Sebagai editor majalah, Arib kena mengawasi kesemua anak-anak buah menjalankan tugas dan memastikan kesemuanya berjalan dengan lancar. Sesi fotografi harini dimulakan dengan Badan Pengawas dan Kelab Sukan & Permainan. Disebabkan bilangan pengawas yang ramai, so, banyaklah kerusi nak kena angkut =.=

Selasa, 6 Julai 2010.

I did My Way~ Haha, pagi ni Pn. Mabel suruh Arib menyanyi kat atas pentas untuk English Day atas sebab kemenangan masa Minggu Akedemik berbulan-bulan lepas. Sepatutnya Arib kena nyanyi lagu ni masa penutupan minggu akedemik. Disebabkan takde masa, so kena postpone. Haishh, dah macam-macam excuse dah mintak, still cikgu paksa jugak, haha. Segan ouh, dah lah kena nyanyi time perhimpunan pagi, silap-silap kena maki hamun pulak sebab orang semua dah nak masuk kelas.

Okay, dup dup. Ambillah mic kat atas pentas. Test test, hello. Dalam fikiran ni, tengah kusut sebab takut orang tak boleh terima dengan persembahan ni. Lagi-lagi suara dah lah macam apa jew. Hah, tak lama macam tu, lagu My Way Minus One pun mula dimainkan.

And now, the end is near,
And so I face the final curtain.
My friends, I'll say it clear;
I'll state my case of which I'm certain.

[Applause] Wewitt! Whoaa, rasa terharu sangat bila semua pelajar tepuk tangan, bersorak, dan memberikan sepenuh perhatian terhadap persembahan Arib masa tu. Before nyanyi dah fikir macam macam dah, nanti kena boo la, apa la. Last-last, apa yang Arib jangka adalah sebaliknya. Haha, lepas jew Arib nyanyi lagu ni, fenomena My Way pun bermula. Asal orang terserempak dengan Arib mesti nyanyi lagu My Way kat depan Arib, haha. Apa-apapun, thanks ya warga Sejaya!

Okay, untuk sesi fotografi harini diadakan untuk Kelab Akademik ;)

Rabu, 7 Julai 2010.

Sesi fotografi harini diteruskan lagi untuk Badan Unit Beruniform. Disebabkan pengetua takde, so sesi fotografi utk harini sampai pukul 9 pagi jew , yayy ! :D

Khamis, 8 Julai 2010.

Sesi fotografi harini diteruskan lagi untuk gambar setiap kelas. Whoaa, penat jugak lah arrange budak-budak ni. Especially form 1 la kowt, tak bawak tie la, itu ini la, aiyoyo. Nasib baik cepat habis, kira-kira 12 tengah hari dah tamat daa.

Hahh, lepas separuh hari di set pengambaran, masuk lah Arib dalam kelas. Masa tu waktu Syariah Islamiah, yayy. Hah, disebabkan harini merupakan hari terakhir Ustazah Mardhiah mengajar sebagai cikgu praktikal, so, harini diadakan jamuan perpisahan, hohoho.





Jumaat, 9 Julai 2010.

Hahh, pagi ni ada sesi fotografi untuk kakitangan akademik. Hee, seronok tengok gelagat cikgu-cikgu masa sesi fotografi kakitangan akademik, macam budak-budak :D Mana tidaknya, semua saling ukur siapa yang tinggi dan siapa yang rendah. Haha, cikgu cikgu ;)

Masa malam kat asrama harini ada sesi ceramah tentang Israk dan Mikraj. Overall, memang enjoy masa ceramah tu sebab apa banyak fakta yang tak pernah dengar tentang nabi-nabi dapat diketahui :)

Sabtu, 10 Julai 2010.

Hoho, hari ni kat sekolah ada Hari Keluarga SMK Segambut Jaya. Yeah, first time ever Hari Keluarga yang melibatkan semua warga sekolah diadakan kat sekolah ni.











Disebabkan ada Hari Keluarga ni, so minggu ni minggu balik, yayy! Sampai-sampai jew kat rumah, terus siap-siap untuk pergi The Mines sebab ada IT Fair. Kat sana, just jalan-jalan and main bowling, hee.



Ahad, 11 Julai 2010.

Hahh, harini tengok Eclipse dengan Kak Kyla dekat Times Square. Memang dah jadi macam kewajipan jugak la setiap tahun kalau ada filem Twilight Saga keluar mesti tengok dengan Kak Kyla, hee. Okay, dari keseluruhan cerita, Arib prefer New Moon lagi best sikit kowt. Apa apapun, tak sabar nak tunggu Breaking Dawn, khabarnya Edward Cullen dengan Bella dah kahwin, hoho.



Okay, lepas spend time dengan Kak Kyla, Arib meluangkan masa sorang sorang petang tu dengan mengunjungi pameran PC Show dekat Times Square tu. Hoho, harga barang-barang still tak jauh beza dengan harga dekat Low Yat Plaza, whoaa.







Lepas berkunjung ke PC Show, alang-alang dah dekat area sini, singgah lah Low Yat Plaza pulak. Dan apa yang Arib beli kat sini untuk harini ialah sekeping RAM 2GB dan Pendrive yang dikirimkan oleh Akma, hoho.

Isnin, 12 Julai 2010.

4.30 am: Gol! Hahh?! Alaa, boleh tertido pulak masa nak tunggu match final. Semua family member tengah tengok time tu, Arib seorang jew yang tertido, huaa. Masa terjaga tu, terus tengok komputer yang tengah terbukak TV1 masa tuu. Tengok masa perlawanan, masa extra time baru gol. Fuhh, selamat lah tidur, kalau tunggu dari 2.30 pagi memang rasa macam buang masa jew kowt =.=

Whoaa, nasib baik lah sekolah harini cuti peristiwa sebab family day haritu, bagus betul sekolah ni, haha. Kalau tak, tau lah keadaan pelajar macam mana, silap-silap pelajar aliran biasa pun tidur dalam kelas jugak. Pelajar asrama? Lagi lah, haha.

Okay, pagi ni Arib kena siapkan presentation asrama untuk lawatan SMK Raja Abdullah ke SMK Segambut Jaya hari Khamis nanti. Nasib baik lah tak tengok bola dari awal semalam, kalau tak, tak boleh buat kerja ni kowt, hoho.





Okaylah, sekian sahaja untuk post kalini. Thanks sebab membaca, bye! :D

Editor: Selamat tinggal Rejab, Hello Sya'ban!

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top