• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Diariku: 18-24 Julai 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Yuhuu! Hah, apa khabar pembaca sekalian? Sihat? Hee. Hahh, secara keseluruhannya, minggu ni memang agak busy sedikit dekat sekolah sebab kena masuk forum remaja. Okay, dalam post kalini, Arib mengambil sebahagian post dari Twitter Arib disebabkan terlalu malas dan malas nak menaip ni, haishh. Jadi, klik 'read more' untuk selanjutnya! :DD




Ahad, 18 Julai 2010.



Haha, macam mana lah boleh terkunci ni. Lepas kemas dorm pagi Ahad tu, macam biasalah Arib akan pergi ke bilik Ilham Pencipta yang terletak dekat tingkat 3 bangunan sekolah untuk menyiapkan kerja-kerja majalah. Dalam pukul 12 tengah hari, Arib tutuplah bilik tu dan turun untuk ke asrama semula. Sampai kat tingkat bawah, tengok tengok pagar dah terkunci, hahh?! Lepastu, pusinglah satu sekolah tu untuk mencari pagar yang tak terkunci. Hishh, puas dah cari, semua kunci. Huhh, buntu ni.

Sebelum ni, Arib pernah kena jugak sekali dengan situasi macam ni, tak silap masa petang. Kebetulan masa tu mama tengah ada dekat bilik seni yang ketika tu sedang memantau kerja kursus Pendidikan Seni SPM, so boleh panggil untuk bukakan pagar.

Okay berbalik cerita tadi, hmm, kalau dah tak de jalan lain, terjun jew lah. Pastu, pergi la Arib kat satu ruang kat belakang bilik guru yang terletak dekat tingkat 1, kat bawah tu ada court hoki. Nak terjun ke tak nak? Haha, mula-mula tu dah tekad dah nak terjun, pastu tak jadi pulak. Hahh, masa tu lah Arib nampak seorang student form 3 tengah cari jalan nak keluar dari bangunan sekolah tu, fuhh lega sikit. Tak lama macam tu, dia dah sampai kat bawah dah, haishh, macam mana lah dia turun tu. And then tak lama macam tu, nampak lah Amin form 3 naik kat atas pulak. Ehehh, macam mana kau naik? Then, dia bawaklah Arib turun melalui sebuah 'gate rahsia', hehe. Hahh, sejak ada 'gate rahsia' ni lah, Arib dah tak risau sangat kalau balik lewat atau semua pagar terkunci, hoho.

Isnin-Rabu, 19-21 Julai 2010.



Khamis, 22 Julai 2010.





Jumaat, 23 Julai 2010.





Sabtu, 24 Julai 2010.

Sedang asyik melayan lagu Black - Sofea Jane pada pagi Sabtu, tiba-tiba mama panggil, "Arib, Arib! Cepat siap-siap, ayah accident!" Ehh, really?



Laa, ingat apa lah sangat, just ada satu motor ni tersodok motor ayah, hishh, bertuah punya budak, buat risau jew =.= Hahh, kalau Arib lihat , jalan sekitar pudu masa pagi tu tenang jew, kereta tak banyak, tak sesak pun. Kata mama, "Kalau ayah betul-betul accident, mama dapat rasa hati ni rasa lain macam. Tapi kalini mama tak rasa macam risau sangat." Cewahh.

-------------------------------------------------------------------------------



Hoho, hampir kesemua minggu balik bulan Julai ni Arib pergi ke Low Yat Plaza. Okay, untuk hari ni, Arib kena pergi sana sebab kena meet dengan Sufi Aiman untuk repairkan laptop dia. Mula-mula tu ingat nak buat dekat Starbucks, tapi memandangkan cuaca masa tu agak panas, so tukar lokasi lain. Then, move la pergi Food Court dekat Times Square. Sampai kat food court tu, ada problem pulak, semua wifi dikunci, haishh. Lepastu, solat kejap dekat covention centre then menuju ke KLCC. Masa kat KLCC, ingat nak repair laptop Sufi Aiman tu dekat A&W. Tapi memandangkan plug pulak takde, so kena cari lagi tempat lain. Pergi food court pulak, plug ada tapi ramai orang, bagus =.= Lastly, Coffee Bean pun jadilah, hoho.




Hahh, kalau dah datang tempat macam ni, tak kan lah nak duduk kosong jew. Jadi, try lah beli ice blended satu. Hoho, first time ever rasa ice blended kat tempat-tempat macam ni. Sedap memang sedap tapi harga, hmm, tak tau apa nak cakap. Satu ice blended bersaiz regular RM13.50 =.=

Setelah selesai repair itu ini laptop Sufi Aiman ni, around 5.30 pm, kitorang menuju lah pulak ke Mydin sebab nak carik barang-barang dorm. Before pergi, solat dulu dekat surau KLCC then naik atas tunggu bas. Hmm, lambat pulak kalini bas sampai. So, tukar aluan naik LRT. Hahh, masa kat LRT ni, jumpa lah Fadzren, Bob Zikri, Mukhlis dengan Hatim yang masa tu baru balik dari Planetarium dan Muzium Negara.

Hahh, mula-mula pergi Mydin cari barang apa-apa yang patut. Disebabkan harini hari Sabtu malam Ahad, pukul 6 pm, singgahlah pasar malam Jalan Tunku Abdul Rahman. Belilah air dengan wantan, then makan kat depan kedai sukan, haha. Lepas makan, sementara nak menunggu waktu maghrib masuk, singgah lah ke pertama complex kejap untuk cuci mata tengok handphone. Masa jalan-jalan dekat Pertama Complex ni, kitorang terserempak dengan Adlin Aman Ramli dengan isteri dia, Emelda Rosmila. Dua kali tak silap, first depan kedai handphone, second depan kedai guitar. Ingat nak snap picture, tapi masa tu dia tengah jalan dengan isteri dia, so malas lah nak ganggu, hoho. Okay, dah puas cuci mata tengok handphone, tukar haluan dengan bermaghrib di Maju Junction. Lepas solat, sambung balik jalan-jalan dekat pasar malam Jalan TAR tu dan pukul 8.30 malam, akhirnya pulang ke rumah, hee.



Okay, setakat itu sahaja. Terima kasih sebab membaca! Sekian, wassalam.

Editor: PC Fair 2010 sesi kedua tinggal dua minggu lagi :)

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top