• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Computer: Harga Windows 7 di Malaysia.


Assalamualaikum,

Bagi yang mengikuti perkembangan semasa Windows 7, sudah semestinya mengetahui akan pelancaran Windows 7 secara rasminya tempoh hari. Windows 7 kini sudah mulai dijual di Malaysia dimana Windows 7 Ultimate berharga RM648.00, Windows 7 Home Premium berharga RM368.00 dan juga Windows 7 Professional berharga RM 478.00.

Selain daripada tiga versi ini, terdapat satu versi tambahan, iaitu Windows 7 Starter yang mana berharga RM148.00. Cuma pada Windows 7 Starter, anda tidak boleh menggunakan fungsi skrin sentuh beserta beberapa fungsi tambahan lain padanya. Starter didatangkan dengan segala fungsi asas untuk anda mempelajari terlebih dahulu sistem operasi terbaru dari Microsoft ini. Kekurangan utama Windows 7 Starter ini ialah anda tidak boleh menukar sebarang Wallpaper.







Harga Windows 7 di Malaysia kelihatan lebih kurang dengan harga Windows Vista yang diperkenalkan sebelum ini oleh Microsoft. Sekiranya anda baru sahaja terbeli sistem operasi Windows Vista, mungkin anda boleh mengemaskini sistem operasi anda secara percuma kepada Windows 7 mengikut pakej Windows Vista yang dibeli oleh anda.



Windows 7 Ultimate - RM648
Windows 7 Professional - RM478
Windows 7 Home Premium - RM368
Windows 7 Starter (Pek OEM) - RM148



Kredit: http://amanz.my

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top