• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Peribadi: Minggu 25-31.10.2009 di Asrama ;)


Assalamualaikum,

Heyy, heyy :D
Waah, satu minggu ni asyik2 tengok movie jew
Boleh dikatakan satu hari tu lebih satu movie Arib tengok
Walaupun kat asrama minggu ni bukan minggu balik,
Tapi, Arib tetap enjoy sepanjang minggu ni :D

Ahad, 25 Oktober 2009.

Wah! Sikit betul ahli dorm 3 yg datang.
Rasa kurang meriah sket ouh.

Isnin, 26 Oktober 2009.

Pagi hari tu ada perhimpunan rasmi dekat sekolah
And time tu jugak Dorm 3 menang no. 1 untuk program keceriaan bilik bulan 8 :)
Aiyo, bilik selalu jugak bersepah, tak taulah mcm mana boleh menang :P
Sampai kat dorm jew, diorang terus bukak hamper tuu.
p/s: Maaf untuk ahli dorm yg tak datang ;P







Lepas perhimpunan, semua form 3 pergi ke dewan terbuka asrama
Kalini tengok citer Harry Potter and the Order of the Phoenix.
Lepas rehat pulak, cikgu kaunseling buat ujian Self-Directed Search (SDS)
Ujian ni bertujuan untuk menentukan pekerjaan berdasarkan pesonaliti seseorang.

Selasa, 27 Oktober 2009

Hmm, pagi tu pulak Cikgu Solehuddin ada kat kelas 3A1
Macam biasa, kalau dia datang mesti bawak laptop
Atas permintaan ramai, cikgu tu bukak citer SAW 4 kat laptop dye
Woah, citer tu memang ngeri betul :O

Sampai kat pertengahan citer SAW 4 tu,
Cikgu tutup citer tu sebab cikgu nak mengajar kat kelas lain
Time tu jugak, kat bilik APD ada tayangan citer Syurga Cinta
Haha, dah lebih berpuluh kali Arib tengok citer ni, tetap best jugak ;)

Lepas habis citer Syurga cinta dalam pukul 9.30 pagi mcm tu
Ada tayangan citer Hannah Montana The Movie :)
Tayangan ni dipause seketika pukul 10.30 sebab waktu rehat
Dan disambung semula pukul 11 pagi
Huhu, teringin sangat nak tengok citer ni, akhirnya dapat tengok jugakk
Apa2 pun, citer ni memang best! Miley Cyrus rocks!



Habis citer Hannah Montana The Movie ni,
APD sekali lagi tayangkan citer District 9 pulak
Dlm bnyk2 citer kat dunia ni,
Arib rasa citer District 9 ni antara movie yang paling pelik
Sebab citer dye dari mula sampai habis dalam bentuk dokumentari
So far, citer ni okay lah, ending sedih sket.



Rabu, 28 Oktober 2009,

Hah, pagi hari tu form 3 pergi dewan terbuka asrama lagi
Ada Taklimat Teknik dari SMT ERT Setapak
Ouh, baru Arib tau yg teknik ada 3 Aliran,
Teknikal :), Vokasional dan Kemahiran
But Aliran Kemahiran tak ambik SPM, aiyoyo :O

Time taklimat tu dijalankan,
Sebahagian form 3 tengok citer Titanic kat bilik APD
Disebabkan citer Titanic ni ada 3 Disc
Disc yang ketiga disambung selepas rehat.



Time Titanic Disc yg ketiga ni ditayangkan
Kat dewan terbuka asrama disajikan dgn tayangan Kungfu Panda.

Khamis, 29 Oktober 2009

Pagi hari tu tengok citer Wild Child kat bilik APD
Tajuk nampak ganas, tapi sebenarnya movie ni memang best
Citer ni mengisahkan tentang seorang remaja yg masuk asrama
Yang pada mulanya langsung tak boleh biasakan diri dengan asrama
Dan akhirnya dapat biasakan diri :)



Lepas rehat, kat bilik APD jugakk
Ditayangkan citer The Twitches.
Woah, quiet boring lar, sampai tertido tengok citer tu.

Time prep, kat bilik APD tu lagi
Ada citer Nana Tanjung, layan jugak la
Sampai setengah jalan citer tu, Arib pergi PSS pulak
Mcm biasa, susun buku, belek2 buku Chemistry :D

Jumaat, 30 Oktober 2009

Okay, pagi tu ada Taklimat Teknik lagi dekat dewan terbuka asrama
Sementara menunggu penceramah sampai
Student form 3 disajikan lagi dgn tnyngn Jangan Pandang Belakang Congkak
Huh, first time tengok citer ni, kelakar boleh tahan laa.

Habis jew citer tu, penceramah tu pun tiba
Kalini penceramah dari SMT Setapak, haritu SMT ERT Setapak
Yang pasti, SMT Setapak ni tak de Aliran Teknikal, huh.

Lepas rehat, kat dewan terbuka asrama ni ada tayangan The Simpsons
Woah, enjoy jugak citer tuh, memang best ;D



Hah, lepas solat Jumaat ramai form 3 balik rumah
Last2 dalam dorm Arib ni tinggal 4 orang jew, huh.

Hmm, malam tu sekumpulan form 3 termasuk Arib order McDonald
Haha, first time Arib order McD kat diorang ni
Ikutkan, Asrama Segambut Jaya dah kena blacklist nak order McD ni
Last2 bagi alamat bangunan berhampiran sekolah ni, haha.
Woah, best betul malam tu :D

Sabtu, 31 Oktober 2009

Hari tu, kat sekolah ada Program Sembelihan
Program ni menjadi aktiviti tahunan kat SMK Segambut Jaya ni
Program ni dikhususkan untuk Tingkatan 4, amali Pend. Syariah Islamiah
Tahun ni ada dua ekor kambing biri-biri dan 70 ekor ayam
Ouh, best jugak tengok diorang sembelih ayam,
Sampai cabut kepala pun ada ;P Hukumnya makruh tuu.

Malam kat asrama pulak, hidangan Minum malam time tu
Mini Pizza dengan Air Soya Botol
Disebabkan form 3 dah ramai yang balik ke rumah
Banyak pizza & air soya tak diambik malam tu
Jadi, org dewan makan tu bagi yg lebih kat sesiapa yang nak
Haha, Arib ambik 4 keping mini pizza tu dengan 4 botol air soya

Ahad, 1 November 2009

Huh, pagi tu tak tau nak buat apa
Pukul 7.10 pagi macam tu, sambung tido balik
Pukul 8.30 mcm tu, warden buat pengumuman, suruh kemas bilik.
Lepas kemas bilik, Arib snap beberapa gambar dorm tuh :)











Woah! Aktiviti Arib seterusnya kat sekolah:

2 November 2009: Bahas ala Parlimen antara kelas.
4 November 2009: Pertandingan Pidato Form 3
12 November 2009: Talentime: P. Ramlee - Bunyi Gitar :D

Sekian, wassalam.

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top