• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Event: GoMobile Expo 2009 :D


Assalamualaikum,



Ouh, harini rasa best sangat :D
Sebab Arib dapat mcm2 time kat pameran GoMobile tadi.



Arib bertolak ke sana jam 11.30 pagi bersama dengan adik Arib, Adib.
Dalam pukul 11.50 pagi mcm tu, Arib dan Adib sampai kat KLCC
Sampai jew kat situ, kitorang terus pergi ke KL Convention Centre.

Time tu, Arib pusing2 satu pameran GoMobile Expo tu
Hish, asal Arib jalan jew, orang tawar mcm2 promotion kat Arib
Antaranya "Adik, Broadband murah."
Dan yang paling best "Adik, handphone Adik tu dah lama, tukar lah handphone baru!"
Haish, N80 nak tukar dengan handphone jenama XIMAX, jenama ntah apa2?
Sorry lah, tak berminat langsung ;P
Time jalan2 tu, Arib sempat snap harga handphone kat situ.









Hoho, time pusing2 tu, mcm2 free gift dapat,
Antaranya goodie bag, mainan, CD online games :D
Mana tak nyer, asal jumpa booth yang buat games, terus main :)



Pusing punya pusing, Arib pergi satu booth ni, booth Majalah Mobile World
Datang2 jew, orang kat booth tu bagi majalah free
Kalau korang nak tau, Arib ni pembaca setia majalah Mobile World nih
Time tu jugak, Arib sign-up majalah ni untuk setahun
And yang paling best, Arib dapat sebuah handphone percuma, LG KP105
Heyy, berbaloi taw, subcribe setahun majalah ni dapat handphone ;)



Tak lama macam tu, Nasif & Zhariff datang kat GoMobile Expo tu
Kehadiran mereka ni lagi bertambah kecoh dibuatnyer ;D
Sampai2 jew, diorang cakap nak main game kat booth yang ada games
Bila dah dapat banyak hadiah, baru lah nak cari beg
Sampai kat satu booth ni, Zhariff tanya kat org kat dlm booth tu
"Bang, Goodie Bag ada tak?"
Pastu, org tu jawab "Bro, tak kan dtg kat sini nak goodie bag je bro."
Last2, orang tu bukan nak bagi bag, dye membebel pasal broadband streamyx
Haha, kesian Zhariff, goodie bag punya pasal, kena tanya macam2.





Okay2, diorang ni tak berhenti-henti nak carik goodie bag
Last2 pergi kat booth Maxis Broadband, mintak bag dan akhirnya dapat jugak.



Jalan punya jalan, kitorang singgah booth ni
Booth ni promote application yg menawarkan wallpaper, games percuma
Borak punya borak, org kat booth tu cakap
Kat booth Nokia ada hadiah free.
Ouh, betul ker? Apa lagi, kitorang terus pergi kat booth Nokia tuu :)



Sampai kat booth Nokia, hadiah akan diberi time happy hour nanti
Kira2 pukul satu macam tu, kitorang datang balik kat booth Nokia
Okay, sesiapa nak hadiah, jawab soalan dulu.
Hmm, hadiah yang menarik perhatian ialah pendrive Gameloft edisi terhad
Ouh, best tuu, tapi hadiah tu dah jadi milik orang
Tapi takpe, sekurang-kurangnya ada wakil menang salah satu hadiah kat situ
Adib, dapat topi Gameloft dan tali Gameloft



Tak cukup dengan tu, Nokia buat pertandingan lagi
Kalini pertandingan teka lagu, yuuhuu
Dye mintak tiga peserta, and Arib salah seorang dari peserta tu
Wah, lagu yang dimainkan pun lagu English
Nasib baik ada lagu yang Arib dapat jawab, Maroon 5 - This Love, haha :D
Lagu yang lain tahu, tapi tak ingat tajuk dye, huh.
Tapi takpe, Arib dapat tempat kedua :)



Lepas satu pertandingan tu, Arib masuk lagi pertandingan lain
Kalini pertandingan ni memerlukan dua orang pasangan
Dengan syarat, salah seorang mesti memiliki handphone LG
Jadi apa lagi, Arib guna handphone LG KP105 yg Arib dapat tadi :)
Pasangan Arib dalam pertandingan ni ialah Zhariff ;P
Permainan nyer mcm ni, masukkan handphone dari kanan seluar salah seorang pasangan
Pastu keluarkan balik handphone tu kat kiri seluar pasangan tersebut
Sapa yang cepat dye menang hadiah



Bukan setakat Arib dan Zhariff jew yang masuk pertadingan ni
Adib dan Nasif turut serta sekali
Kalini, diorang kena main permainan buat gaya tangan
Pengacara akan cakap 'Big Phone' untuk tangan besar
'Small Phone' untuk tangan kecil dan 'Clap' tepuk sekali
Siapa yang tersalah buat, dikira kalah
Setiap peserta yg main permainan ni akan dapat skin untuk iPhone



Lepas tu, ada pertandingan buat gaya seksi di bilik mandi dengan handphone
Hadiah yang ditawarkan cukup lumayan, LG Cookie ;D
Tapi, pengacara tu pilih orang dewasa jew
Jadi kitorang ni sebagai penonton jelah

Hampir tiga jam kat GoMobile Expo tu,
Kitorang mengangkat kaki ke Low Yat Plaza pulak
Sebelum ambik tren Aliran Kelana Jaya untuk ke stesen Masjid Jamek,
Zhariff sempat berposing dengan model motor di pameran motorsikal
Berhampiran dengan Suria KLCC :P



Before naik tren Aliran Ampang ke stesen Hang Tuah
Kitorang singgah ke Masjid Jamek, huh first time pergi masjid tu



Sampai je kat stesen Hang Tuah, hujan renyai membasahi bumi
Ingat nak naik monorel, tapi takpe, redah jew.

Sampai kat Low Yat Plaza, kitorang terus pergi ke tingkat atas sekali
Sebab Nasif nak beli earphone, situ murah taw :D
Arib pun beli satu earphone Sony kat situ, harga RM 15 jew
Kualiti boleh tahan lah, setanding Sony yang original :)

Hah, time jalan2 kat situ, Arib ternampak kelibat
Notebook dengan Windows 7, wow, teruja sungguh
Siap dengan sticker Windows 7 tuu ;D



Before balik, Arib carik Mp3 player yg dikirimkan oleh seorang kwn Arib ni
Puas jugak pusing2 satu Low Yat tu, tapi, satu Mp3 pun takde yang murah
Last2, jumpa jugak, bukan Mp3 player tapi Mp4 player
Harga RM 49, memori 1 GB sahaja
Itu jew yg Arib dapat cari yg ada Skrin & Loudspeaker dgn budget below RM50.

Time nak balik, tren LRT masih memihak kepada Nasif
Sampai2 jew, tren menghala ke Sri Petaling sampai dulu
Hish, napela tak tren Ampang yang first sampai
Tapi takpe, kalini Arib ditemani dengan adik Arib, Adib :)

Wassalam.

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top