• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

31 Januari 2012 - Bye Bye All IT Hypermarket :')

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

7.30 pm, 31 Januari 2012, Selasa. Itulah detik terakhir Arib bekerja sebagai Retail Sales Assistant dekat All IT Hypermarket ni. Ketahui kisah selanjutnya dengan menekan 'read more'!


Huhuuu, sedih sangat nak tinggalkan All IT. Lepas jea hantar vest dan kad pekerja pada 7.00 pm, dada terus terasa sebak. Lebih-lebih lagi nak tinggalkan Abang Lan dan Leon yang sama-sama bekerja dalam Stereo Department. Dioranglah yang banyak buat Arib happy time kerja ni. Bergurau sama-sama, gelak tawa bersama-sama, minum cool blog sama-sama, tup tup dah nak pergi dah pekerja sorang ni.


Team Stereo Department Yang sangat AWESOME, mweehee ~

Abang Lan - Orang yang paling banyak mengajar Arib kerja kat sini. Dah bekerja setahun lebih di stereo department. Umur dah 24 tahun tapi tengok rupa macam bawah 20 tahun jea. *awet muda kowt. Dia seorang yang bertanggungjawab dan caring sangat dengan orang-orang di bawah. Tak pernah marah tetapi selalu bagi nasihat dan belanja cool blog, mweehee. Saat paling tak boleh lupa, gurau pasal future jodoh & kahwin dan main gitar guna application Solo dalam handphone Android, hehehe.


Abang Lan ni rock sikit orangnya. Selalu layan lagu indie, hehehe.

Leon - Kawan chinese paling best yang Arib pernah ada. Baru bekerja awal Januari 2012. Boleh kata dia mamat hot kowt sebab muka dia macam korean pun ada, haha. Boleh kata lagi hari-hari gurau dengan dia. Selalu troll dia dengan meletakkan sensor tag dalam bag. Masa balik jea mesti berbunyi sensor kat depan kedai, hahaha. *jahatnya aku -.- Dia seorang yang fasih speaking English tapi tak reti menulis Mandarin, ehh? Saat tak boleh lupa main lekat-lekat sticker kat belakang baju, HAHAHA. *tak matang btol, haha. Dia pun selalu belanja Arib cool blog, hehe.


Leon Si Mamat Korea, muahahahaha xD

Actually, Arib dah merancang untuk resign ni sejak 18 Januari yang lalu. Masa tu lah Arib hantar surat rasmi ke pejabat untuk mintak resign. Fuhhh, berat hati kowt, baru berapa bulan kerja kat sini dah nak resign. Sampai kakak kerani tu cakap, "Ehhh Arib, mau berhenti kah? Aiyoo, kamu kerja bagus laaa.", huhuhu. Sebabnya, dialah yang check punch card Arib hari-hari, selalu nampak Arib kerja hari-hari, hohoho. *cehhh, menyampah I dengar, haha -.-


Ermm, sebab kenapa Arib resign adalah untuk mengikuti plan bulan Februari Arib untuk belajar driving dan mendalami lagi ilmu IT di library. Kalau kerja, memang Arib agak sukar sedikit nak belajar benda-benda ni sebab terikat dengan masa kerja yang bermula dari pagi sampailah ke malam. Lepas kerja pun, makan malam, solat Isyak, dan terus tidur.

Btw, kalau tak ada apa-apa plan untuk bulan Februari ni, memang Arib nak kerja situ terus. Yeaaa, kerja situ terus! Hehehe. Serius, best sangat-sangat kerja kat situ! Environment kerja yang tidak membosankan, kerja Sales Assistant Stereo Department yang sangat cool, dapat jumpa customer setiap hari antara faktor kenapa Arib suka kerja kat sini. Korang tau, setiap saat tak terasa pun. Alih-alih jea, "ehhh, dah malam dah?", hehehe.


Welcome to World of Speakers , heeee ~

Bekerja sebagai Retail Sales Assistant di Stereo Department merupakan satu pekerjaan yang sangat-sangat totally awesome! Serius! Hari-hari duduk dengan speaker memang tak rasa bosan langsung! Malah, Arib boleh play lagu ikut suka hati, asalkan lagu english, hehehe. Kalau rasa malas nak tukarkan lagu, bukak jea radio streaming Hitz FM, memang layan ouhh! *sehingga post ni ditulis, Arib tengah addict dengan lagu Christina Perri, sedapppppp betul pak cik mendengarnya -.-


Laptop ni lah yang kawal lagu dalam Stereo Department ni , hoho .

Kalau agak-agak rasa macam tak tau nak buat apa, hehehe, apa lagi, test speaker, headphone, earphone la! Pekerja yang bekerja di Stereo Department dibenarkan untuk membuka barangan di dalam kotak untuk test produk tersebut, dengan syarat, letak balik barang tu betul-betul dan cellotape kotak yang telah dibuka tadi supaya nampak baru. Perkara ni penting sebab nak memudahkan pekerja untuk mengenali lebih mendalam spefikasi dan bunyi sesuatu produk stereo tuu. Memang best. Earphone yang harga RM900++ pun boleh test, weee~


Leon tengah test headset Razer Orca , woahhhh !

Heee, apa yang best kerja kat Stereo Department lagi, Arib pernah dapat satu portable speaker free daripada supervisor department ni. Best kowt portable speaker tuu, kecil molek tapi bunyi dia, hohoho, kuat sangat! Hee, sepanjang Arib kerja kat sini, Arib pun pernah dapat voucher KFC RM10 dan voucher McD RM5, hehehe. Best best, boleh guna time tengah short duit, hee. Masa raya cina haritu, Arib dapat first ever ang pow RM10 dari pihak All IT dan ang pow RM8 dari supervisor department stereo. Bolehlah, bukan senang nak dapat ang pow ni, hoho.



Apa yang best kerja kat sini lagi, hahh, para pekerja diberikan peluang untuk naik pangkat. Kalau prestasi dan leadership pekerja tersebut sangat-sangat menonjol, pekerja yang berada pada level bawah seperti Retail Sales Assistant berpeluang untuk menjadi Team Leader. Yang Team Leader pulak boleh naik jadi Retail Assistant Supervisor, best best. Senang cerita, semakin tinggi pangkat pekerja, semakin banyak ler gaji yang akan dapat, hehe.


Soal gaji pulak, setiap pekerja yang baru masuk (macam Arib ni) diberikan tempoh 3 bulan bekerja sebagai Trainee. Gaji basic trainee ni ialah RM900. Maknanya setiap bulan trainee akan dapat gaji bersih RM900 + elaun RM50 untuk attendance + overtime + kerja public holiday = 1k . Tapi takpe, selepas 3 bulan bekerja, trainee diberi pilihan untuk confirm menjadi pekerja tetap di sini. Lepas confirm, hahh, barulah rasa mewah sikit kerja kat sini sebab gaji dah dinaikkan ke RM2000! Apa yang menarik lagi, hasil jualan oleh pekerja yang confirm ni juga akan diberikan komisyen pada setiap bulan, WOWW! Ouhh, patutlah abang-abang senior yang kerja kat sini rileks jea beli Coffee Bean & makan kat hotel time kerja hari-hari. Serius, memang best kalau kerja lama-lama kat sini (:

Soal makan, ni part paling best, pekerja diberikan makanan free pada Sabtu dan Ahad serta Public Holiday, weee. Antara sebab kenapa diberikan makanan free ialah customer agak ramai masa hari-hari tu. Para pekerja diberikan masa rehat selamat 30 minit sahaja untuk makan dalam kedai jugak. Apa yang best, pekerja akan diberikan list untuk pilih menu makanan yang ditetapkan. Ada Nasi Ayam, Nasi Tomato, Nasi Campur Ayam Berempah, wahhhh, sedap sangat-sangat!

Hehe, bagi korang yang sedang menanam anggur kat rumah tuu, hahh, apa kata korang kerja kat sini. Kat All IT Hypermarket ni pun memang sentiasa ada kerja kosong sebab kekurangan pekerja. Soal interview, korang tak perlu risau. Just bawak diri korang jea. Soalan yang ditanya adalah berkaitan dengan tempat tinggal korang (untuk survey jarak dari tempat kerja) dan minat atau tak minat nak bekerja. Lepas tuu, tadaaa, keesokan harinya dah boleh bekerja, hehehe.

Update #1: Lepas ni mesti miss nak minum Cool Blog dengan Abang Lan & Leon time kerja sama-sama ;(


Yang putih tu Vanilla Milkshake (kegemaran Abang Lan) dan yang dua tu Oreo Blog , hee~

Update #2: Kakak kerani kata, kalau ada masa terluang or cuti ke apa, datang lah lagi kerja kat sini. Jaminan untuk kerja lagi kat sini memang sentiasa ada, weeee ~

Update #3: Really miss you guys :')


So gonna miss you , Abang Lan & Leon ! :')

Sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam.

Nota Arib: Masa nak serahkan vest dan kad pekerja, dalam pukul 7 petang, Arib diminta untuk sign borang penyerahan barang pinjaman. Kak situ Arib kena isi no. IC . Time tengah isi no. IC tuu, kakak kerani tu cakap, "ehhh, birthday awak esok ehh?! HAPPY BIRTHDAY ARIB! Tahniah tahniah!". Hehe, Arib pun nak ucapkan tahniah sebab akak orang first wish saya, hehehe.

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top