• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Video Pilihan: Onani

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Salam Jumaat kepada semua. Sejak akhir-akhir ni, ramai yang berdakwah melalui FB. Alhamdulillah, berkat yang Allah berikan ni, ramai anak-anak muda kita dah mula nak mendalami Islam itu sendiri. Okay, pagi Jumaat ni Arib tertarik dengan satu video yang simple tapi bermakna untuk ditonton. Di dalamnya sudah terselit segala tips yang berkaitan bagaimana nak mengekang hawa nafsu. Muslimin sekalian, wajib tonton ini. Untuk kaum hawa pula, sampaikanlah apa yang ada tonton dalam video ini kepada keluarga or rakan-rakan anda yang mengalami situasi seperti di bawah ini.




Tips bagi mengekang hawa nafsu:

1. Kahwin. Erkk? Kalau tak mampu?

2. Puasa

Sabda Rasulullah SAW:

Wahai kumpulan pemuda! Barangsiapa yang mampu di antara kamu perbelanjaan perkahwinan, hendaklah dia berkahwin. Sebab ia akan menjaga pandangan dan memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana yang demikian itu dapat mengekang nafsu.

3. Cari teman yang SOLEH.

Sabda Rasulullah SAW sebagaimana diriwayatkan oleh al-Tirmizi:

Manusia itu menjadi pak turut temannya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa yang hendak dibuat teman.

4. Berpegang dengan petunjuk-petunjuk kesihatan.

Antara perkara yang dinasihatkan pakar kesihatan dan ilmu kedoktoran dalam mengurangkan hawa nafsu adalah seperti berikut:

1. Banyak mandi air sejuk pada musim panas dan menyiram air sejuk atas alat jantina pada musim-musim lain.
2. Menjauhkan diri daripada memakan makanan yang bercampur dengan rempah-rempah dan seumpamanya.
3. Mengurangkan minum bahan-bahan yang menyegarkan badan seperti kopi dan teh.
4. Kurangkan makan daging dan telur.
5. Tidak melazimkan tidur telentang dan meniarap, bahkan yang sunat tidur ke atas bahagian kanan menghadap muka ke kiblat.

5. Merasakan takut kepada Allah dalam diri.

6. Buat pahala banyak-banyak. [Tips bonus daripada Arib Ismail, hehe.]

Baca Al-Quran for example. Siang malam korang baca. Tiba-tiba pahala baca Al-Quran last-last dibazirkan dengan beronani, alangkah RUGINYA!

Telah sabit daripada 'Atha', dan beliau dari teman Ibnu Abbas r.a, bahawasanya beliau berkata:

"Saya dengar ada suatu kaum akan dibangkitkan di hari mahsyar, sedang TANGANNYA BUNTING, aku menjangkakan itulah, yakni orang-orang yang beronani dengan tangannya."

Kredit: Kepada si pembuat video dan Sidi Muhammad Yusoff kerana share ni kat FB. Video ni fresh jea dari ladang. View pun baru beratus jea. Lepas ni mesti beribu-ribu dah, hehe.

Kredit 2: http://khadimulquran.tumblr.com untuk gambar-gambar Islamik yang sangat awesome! ;D

Sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam.

Nota Arib: Teringat zaman sekolah & time jadi ketua asrama dulu-dulu. Ramai yang bertanya kepada Arib bagaimana nak mengatasi masalah ni. Masa tu tau sikit jea tips ni. Rupanya ada banyak lagi lepas tengok video ni. Dari sudut kesihatan, baru tau makan makanan yang berempah pun boleh menaikkan nafsu, erk? -.-

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top