• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Events: PIKOM PC Fair 2011 (III) @ Kuala Lumpur Convention Centre [Day 1]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Yuhuu! PC Fair kembali lagi yawww! Meh meh, klik 'read more' untuk selanjutnya!


Yeah, PC Fair kembali lagi! Since 2007, Arib tak pernah miss PC Fair ni. Sekarang ni macam-macam dah ada kan. Malaysia IT Fair la, PC Expo la, tapi still, tak boleh lawan PIKOM PC Fair ni. Setiap tahun Arib mesti tunggu benda ni muncul. Nak tau kenapa? Banyak barang murah woooo! Bukan murah jea, kat sini korang boleh jumpa bermacam-macam gadget baru. Test la sesuka hati, jangan sampai rosak sudah. Apa yang paling best, PC Fair lah pameran PC paling besar yang Arib pernah pergi. Dua tingkat tuu. Menurut papan tanda dekat PC Fair tuu, keseluruhan perjalanan dalam tu lebih 1KM, besar kan? Atas untuk nak cari barang branded dan tingkat bawah tempat borong gadget murah, hoho.


Untuk hari pertama PC Fair 2011 sesi ketiga ni Arib ditemani dengan Haziq Abdul Aziz, seorang kawan Arib yang sangat friendly dekat SMK Seri Bintang Utara & Asrama Kompleks Seri Bintang. *suka kau Ziq dapat beli pendrive murah tadi, HAHA.

Heeee, PC Fair sesi akhir bagi tahun 2011 ni Arib rasa menarik sangat. Banyak free gift & goodie bag free. Harga gadget makin turun dan turun. Biasalah, akhir tahun kan?






Firstly, nak cerita mengenai harga pendrive. Pendrive 4GB boleh dapat kat sini serendah RM17 jea. Untuk Pendrive 8GB pulak satu RM25. Seriously, kalau korang pernah terbaca blogpost Arib untuk PC Fair 2011 sesi pertama masa bulan April lepas, pendrive 4GB agak mahal, satu RM23. Hoho, bila direnung kembali, harga pendrive 4GB beberapa bulan yang lalu tu dah boleh beli satu pendrive 8GB kowt masa sekarang ni.


Secondly, harga netbook. Fuhhh, banyak menurun. Kat sini korang boleh dapatkan satu netbook serendah RM699. Spefikasi netbook tu pun current spec. Last punya PC Fair Arib rasa paling murah pun harga untuk satu netbook ialah RM799.




Seterusnya, Arib tertarik dengan harga satu DSLR ni. DSLR Sony Alpha. RM999 jea weyh! *memang rugi pergi masa poket tengah kosong ni -.-


Pada PC Fair 2011 kalini jugak, tak tau lah apesal Angry Birds merata. Mouse Angry Birds, headphone Angry Birds. Meriah lagi rupanya fenomena Angry Birds ni. Nasib baik Angry Birds ni comel-comel :D



Hahhh, setiap pameran PC mesti ada gadget-gadget pelik yang akan dijumpa. Pada PC Fair kalini Arib ada terjumpa satu pendrive yang sangatlah unik dan cool untuk dimiliki. Korang yang gila fotografi mesti suka pendrive ni. Jeng jeng jeng, pendrive DSLR!


Bagi korang yang teringin nak beli iPad tapi tak mampu, yeap, korang boleh dapatkan Android pad yang sangat murah dekat sini serendah RM299.


Hahhh, kalau korang ada kelapangan atau teringin nak dapatkan free gift, goodie bag free, pendrive, memory card, MP3 player, notebook atau gadget-gadget murah, meh meh datang ke PIKOM PC Fair ni. PC Fair akhir-akhir tahun ni lah masanya nak cari gadget-gadget murah. Bermula 2 Disember sehingga 4 Disember 2011. Dibuka dari pukul 11 pagi sehingga pukul 9 malam. Apa yang penting, masuk adalah percuma!

Sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca yea! Sekian, wassalam ;D

Nota Arib: Sepanjang pergi PC Fair tadi, buru free gift & goodie bag jea, tak beli apa-apa pun. Entah berapa banyak daa Facebook page yang di-like. Nak dapat goodie punya pasal xD

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top