• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Rokok dan Kopiah - Video Terbaik Dari Mat Luthfi !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Korang, dah tengok video Mat Luthfi yang baru tuu? Rokok dan Kopiah. Rasanya ramai yang dah tengok kowt. Btw, bagi yang belum tengok lagi, sila sila lah klik play video Mat Luthfi ni. Cuba hayati maksud video ni. Seriously, ini video Mat Luthfi yang PALING TERBAIK yang pernah Arib tengok. Fuhh, penuh dengan maksud.


After watching this, whoaaa, terpaku kat ayat last video ni.
Kepercayaan tanpa Rasional _ Buta

Actually, ayat ni untuk kawan si Mat Luthfi ni (Kopiah). Dia bergantung semua kat Allah tanpa berusaha apa semua. Malam sebelum exam bukan nak study, Facebooking jea. Solat buat tapi tak usaha, apa guna? Last last markah exam dia teruk.

Rasional tanpa Kepercayaan _ Kontang

Ini pulak ayat untuk Mat Luthfi dalam video ni (Rokok). Dia tak bergantung kat sesiapun. Dia percaya dengan diri sahaja dah boleh buat apa semua. Perintah Allah tak dilaksanakan. Solat ditinggalkan. Lastly, diri dia tak tenang.
Masa nak habis video ni, dua-dua mamat ni sedar yang diorang kena balance dua-dua. Kawan dia yang kata main Ukulele tu haram, lastly kawan dia main Ukulele tu. Siap main lagu Yuna - Penakut lagi gitu. Pastu kat airport, Mat Luthfi membuka Al-Quran menunjukkan dia dah bertaubat.

Fuhhh, terbaik lah Mat Luthfi! Boleh ganti Yasmin Ahmad. Banyak maksud yang tersirat dalam video ni. Tak rugi tengok video sepanjang 13 minit ni. Selalunya kan, video Mat Luthfi mesti buat orang gelak tapi yang ini ternyata Mat Luthfi serius nak menyampaikan pendapat dia.

Korang mesti terkejut kan Mat Luthfi hisap rokok? Haha, samalah dengan Arib pun. Tapi bila tengok kat ruangan tag video ni kat Youtube, Mat Luthfi berlakon jea. Lagipun bukan dia hisap dalam-dalam pun kan. So jangan kecewa, Mat Luthfi bukan perokok yea (:


Perihal mengenai alat bertali seperti Gitar dan Ukulele
Ukulele: Alaa, dia macam gitar. Tapi kecil sikit. Bunyi lagi nyaring dari gitar. Antara lagu yang menggunakan Ukulele: Train - Hey Soul Sister.
Yeap, ada setengah ulama' kata main alat muzik yang bertali adalah haram dan ada juga setengah ulama' kata adalah harus selagi tidak melalaikan. Apa yang Arib tahu, tiada hadis atau dalil yang jelas yang menunjukkan pengharaman alat muzik ni. *mentang-mentang lah esok exam Syariah, tahu-tahu jea. Btw, ini penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus mengenai bermain alat muzik bertali. Sempoi jea jawapan Ustaz (:


Sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca yea! Sekian, wassalam.

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top