• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Meneroka Pasar Karat Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Eh, tak tau pulak kat KL ni ada Pasar Karat? *Klik 'read more' untuk selanjutnya!


Hoho, mesti ada di antara korang tak pernah dengar yang kat KL ni ada Pasar Karat. Yeap, memang ada. Pasar Karat Kuala Lumpur ni terletak di lorong belakang Petaling Street pada koordinat GPS 3°8'35"N 101°41'53"E. *ambik kau, GPS coordinate kasi mari, huhu -,- Sudah lebih 30 tahun beroperasi sejak tahun 1980. Waktu beroperasinya pula pada hari Sabtu dan Ahad bermula seawal 4.30 pagi sehingga pukul 9.30 pagi.


Pagi semalam, Arib sempat berkunjung ke sana bersama seorang rakan Arib, Meor Aliff. Awal-awal pagi lagi, kitorang bersiap-siap ke sana. Pukul 7.15 pagi, kitorang berjumpa di stesen LRT Maluri dan seterusnya bergerak menuju ke stesen Hang Tuah. Then, berjalan kaki ke sana melalui jalan yang terletaknya SMK Victoria, Stadium Negara, Methodist Boys School, Wisma Malaysia Basketball (MABA), dan Rumah Pengakap. Kira-kira pukul 7.30 pagi, sampailah kitorang kat Pasar Karat. Woohoo!



Apa yang boleh didapati kat sini ialah barangan antik, barangan second-hand seperti handphone, kamera, gameboy, MP3 Player, dan bermacam-macam lagi. Kalau korang bernasib baik, korang boleh dapat barangan tersebut dengan harga yang sangat murah. Ada suatu cerita, seorang pengunjung ada membeli iPad dengan harga RM350 kat Pasar Karat ni. *klik sini untuk berita selanjutnya. Selalunya kalau nak dapat barang-barang murah ni kena pergi awal-awal pagi. Tapi awas, tak semua barang berfungsi dengan baik. So, kena test betul-betul before membeli (:


Lama betul Arib tak pergi ke Pasar Karat ni. Last pergi pun time darjah 6 dulu. Masa Arib sekolah rendah dulu, ayah Arib selalu bawak Arib pergi sini. Kadang-kadang tu, Ayah cakap yang dia tak pergi ke Pasar Karat pada minggu tersebut, Arib akan meronta-ronta macam orang kehilangan anak *ehhh ==" Haha. Mana taknya, Arib kan hantu handphone. Pergi sana jew mesti mintak ayah beli handphone itu ini, haishh. *zaman tak matang lagi, tau mintak jew. Untuk makluman, kat sini lah ayah Arib belikan handphone pertama Arib iaitu model Nokia 3530 ketika Arib darjah 5 (2005).



Lama kelamaan, usia melangkaui usia, Ayah Arib dah tak pernah lagi bawak Arib ke sana. Entah, maybe masing-masing busy. Tambah-tambah lagi Arib dah duduk asrama, memang susah nak pergi. So semalam laa, Arib imbau kembali memori time kecik-kecik dulu.




Setelah sejam berjalan-jalan di sana, akhirnya Arib membeli dua buah handphone rosak yang masih boleh dibaiki untuk koleksi simpanan handphone Arib kat rumah tuu. Satu model Nokia 5200 XpressMusic yang Arib beli dengan harga RM20 dan satu lagi model handphone pertama Arib, Nokia 3530 yang dibeli dengan harga RM10 (: *nanti masa dah bergelar 'atuk' nanti, boleh tunjuk kat cucu-cucu, hohoho~


Before Arib tutup post ni, mesti korang tertanya-tanya, why pasar ni nama dia 'Pasar Karat'? *takde nama lain kea? Kalau korang peminat barangan second hand or antik ni, memang familiar kowt nama Pasar Karat ni dengan korang. Disebabkan barangan yang dijual kebanyakannya sudah lapuk dan berkarat, so terciptalah nama Pasar Karat ni. Pasar Karat seperti ni ada jugak di Ipoh, Johor Bahru, dan tak lupa juga di Singapura.

Sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca yeaa! Sekian, wassalam (:

Update 17/7/2011: Handphone Nokia 3530 yang dibeli dengan harga RM10 semalam rupanya elok lagi! WOWOWOWOWO!


Nota Arib: Haishh, semalam ada jumpa smartphone Motorola keypad QWERTY dan Gameboy Advance SP kat Pasar Karat tu. RM50 je. Nasib tak menyebelahi, tak banyak bawak duit semalam =="

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

6 Comments:

Anonymous said...

Thanks la sbb berkongsi informarsi... Sebenarnya fisrt time tahu pasal pasar karat ni... Mungkin coordinate yg Diberi amat2 berguna utk kesana nanti, bila ada kelapangan...

Unknown said...

masih buka lagi ke pasar karat tu yer..

EmbunRosaliza said...

Dah lama tercari2 kt mana pasar karat, tp lupa nk google, tq

EmbunRosaliza said...

Dah lama tercari2 kt mana pasar karat, tp lupa nk google, tq

aah said...

Wujud lagi tak
Wujud nak melawat

Elah bali said...

Saya ingin menyampaikan kepada seluruh TKI yang bekerja di negeri orang saya Ela dri Bali seorang TKI DI MALAYSIA. pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos pulang sempat saya putus asah,gaji pun selalu di kirim ke indo untuk biaya anak sekolah,sedangkan hutang banyak,kebetulan teman saya buka-buka internet mendapatkan nomor MBAH MANGKUBONO.katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL..dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi MBAH MANGKUBONO.karna saya pikir tidak ada salahnya kita coba,dan saya minta angka bocoran MALAYSIA..angka yang di berikan MBAH MANGKUBONO 6D TOTO syukur alahamdulillah ternyata betul-betul tembus 100%,bagi saudara-saudara di indo maupun di luar negeri,apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asa beliau bisa membantu meringankan masalah anda,dengan meritualkan angka togel ghoib,SINGAPURA/HONGKONG/MALAYSIA DAN LAIN-LAINNYA 2D,3D,4D,5D, atau 6D yang betul-betul tembus,hubungi AKI MANGKUBONO di nomor hp: (+6285203333887ATAU

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top