• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Berjalan-Jalan Di Sekitar Lokasi #Bersih 2.0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

9 July 2011 is the Bersih day! Gagagaagaga! Huhuu, mesti ada di antara korang memang decide nak duduk kat rumah jew kan 9 Julai ni. Yelaa, keluar pun apa ada. Jalan tutup, kedai tutup. Baik tengok Panggung Sabtu lagi best, hohoho. Bagi orang macam Arib, memang confirm kena keluar time hari-hari macam ni. Tangkap gambar dan buat liputan, hehehe. Okaylah, klik 'read more' untuk selanjutnya!


Politik?! No! First of all, blog post ni takde la kena mengena dengan politik yeaa. Ada orang cakap Arib minat dengan politik. Yeap, I love politic much much more. Politik membentuk kematangan diri kita u know. But for now, sebarang pendapat atau persepsi Arib mengenai politik negara ni biarlah simpan dalam diri Arib ni dulu. Bawah umur, belum masanya lagi. Kalau boleh pun, Arib nak blog ni bebas daripada sebarang unsur politik. Pembaca pun kebanyakannya yang bawah umur. Tak taulah, sebab tertarik dengan header blog yang agak 'kurang matured' kat blog ni kowt, HAHA.

Okay, sebenarnya harini Arib memang dah rancang nak meluangkan masa bersama dengan dua orang kawan Arib ni, Meor & Hisyam dekat Jusco Maluri. Tak terlintas nak pergi ke mana-mana pulak selain dari Jusco Maluri ni. Si Meor ni nak mintak tolong masukkan Core Player dalam handphone dan si Hisyam mintak tolong untuk lajukan laptop dia. Around pukul 2.30 petang macam tu, sampailah kitorang kat sana. Sampai-sampai jew terus order GCB take away dekat McD. Then, duduk kat Starbucks. Maklumlah, nak makan kat McD tempat duduk memang penuh.



Time tengah browsing kat Starbucks, Arib cubalah search pasal Bersih ni. Tup tup, masuklah Arib ke laman Malaysiakini. Kat situ ada laa beberapa shot gambar yang memang agak WOWOWOWO bila Arib tengok.


Agak-agak siapa menang? Hohoho~

Tak lama macam tu, terlintas pulak idea untuk pergi ke lokasi Bersih ni. Lagipun lepas ni tak tau nak pergi mana. Antara banyak-banyak tempat, Arib rasa nak tinjau lokasi dekat area Pasar Seni. Lagipun, hari sudah petang. Orang yang berhimpun tadi tu pun ramai yang dah balik. So ambil lah peluang untuk meninjau keadaan pusat bandar Kuala Lumpur selepas perhimpunan Bersih 2.0 ni.

After solat Asar around pukul 5.30 petang macam tu, barulah kitorang beredar dari Jucso Maluri tu dengan menuju ke tempat perhentian bas Maluri. Tak lama macam tu, sampai lah kitorang kat situ. 10 minit kemudian, bas RapidKL bernombor B49 yang menuju ke Pasar Seni pun tiba. Time nak masuk bas tu, pak cik driver halang kitorang untuk naik bas tu. Tanya la kat pak cik tu, kenapa? Then pak cik tu cakap jalan kat KL harini banyak dah kena block. Bas memang tak boleh buat business harini, hoho.



After that, tukar plan. Kitorang decide untuk naik LRT pulak. Stesen-stesen yang ditutup sejak awal pagi tadi iaitu Hang Tuah, Masjid Jamek, dan Bandaraya sudah dibuka semula kecuali Masjid Jamek yang still belum boleh beroperasi. Untuk menjimatkan perjalanan, kitorang pun decide nak turun dekat stesen Hang Tuah then jalan kaki menuju ke Pasar Seni melalui jalan di sebelah Stadium Negara diikuti Jalan Petaling.


Petaling Street. Pelancong jew ramai berkeliaran kat sini harini. Kedai tutup, tak tau diorang nak cari apa -,-

Woww! Polis di mana-mana sahaja u know. Everywhere ke mana saja korang pergi dekat pusat bandar, semuanya di kawal polis. Jalan pun banyak tak boleh lalu even jalan kaki. Kedai pun boleh cakap hampir semua tutup. Pasar malam Jalan TAR pun tak lah sepanjang macam pasar malam hari biasa. Sangat pendek. Shopping complex? Lagi la tutup. Sogo KL tutup. Mydin tutup. Kedai saree Uncle Lingam dan kawan-kawan pun tutup. Orang awam pun boleh nampak ada berapa kerat jew. Dah macam bandar zombie kowt KL ni, hohoho.


Kuala Lumpur, bandar zombie moden =="




Lokasi pasar malam Jalan TAR. Sunyi. Sepi. *mana pergi gerai Potato Spring? -___-

Here we go, kat bawah ni antara gambar sepanjang kitorang berjalan-jalan di lokasi Bersih 2.0 diadakan, hohoho.




*pasar seni yang sepi~


*circle for unity (:


contengan jalanan.


*ada polis tergelak time nak tangkap gambar ni, HAHA.


Arghhhhhh!


Hisyam bersama abang FRU yang sporting, ngeh ngeh~


*maaf dik, tak boleh lalu kat sini -__-

After solat Maghrib dekat Masjid Jamek, jalan-jalan lah kejap before balik. Masa tu ingat nak duduk kat Dataran Merdeka tapi still, tak boleh masuk. So tak lama macam tu, around pukul 8.30 malam, maka pulanglah kitorang ke rumah masing-masing.



Sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam (:

Editor: Kotarayaku hari ini BERSIH! Lengang. Memang best kalau buat shooting -,-"

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top