• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Events: PIKOM PC Fair 2011 (I) Day 1 Coverage

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Ouhh yeahh, PC Fair kembali! Aiyoyo, sudah lama PC Fair menghilang. Last buat kat KL ni pun time bulan Ogos tahun lepas sebab PC Fair bulan 12 digantikan dengan Digital Lifestyle Expo yang tak beberapa nak best tu, hohoho. Serius rindu dengan PC Fair ni. Okay, semalam, lepas jew balik dari asrama, singgah rumah kejap pastu terus gerak pergi sana. Nak tahu lebih lanjut? Klik 'read more' untuk selanjutnya!


PIKOM PC Fair, yayy! Hehehe, bagi peminat gadget dan komputer, mesti tak boleh lepas event ni. Kalau dulu masa Arib kat Asrama SMK Segambut Jaya, kawan-kawan Arib memang selalu tanya Arib tarikh PC Fair yang seterusnya. Siap countdown dan kira-kira minggu masa PC Fair tu sama ada minggu tu balik rumah atau tidak. Kalau masa PC Fair tu buat minggu tak balik, kecewalah, hohoho. So kalau korang nak tau tarikh PC Fair, boleh la tanya Arib atau tengok kat sidebar blog ni, heee~




Orait, semalam dapat lah jalan-jalan kejap kat dalam PC Fair tu. Nak jalan lama-lama tak sempat sebab lepas jalan-jalan kat PC Fair tu, nak singgah ke VIVA Home, shopping mall baru dekat Cheras tu, hehe. Untuk hari pertama PC Fair 2011 (1) ni, suasana memang agak lengang sikit, tak begitu sesak. Macam biasa, hari pertama ni cuci-cuci mata tengok harga gadget. Hari kedua baru boleh beli, hehehe.


MP3 Player, RM29.90 ;) *MP3 player ni kena guna MicroSD baru berfungsi, hohoho.


Ehhh, PSP RM499? Kalau ada duit, dah sambar satu kowt, huhuhu.


Notebook ASUS, RM1199. *Harga boleh tahan. Spefikasi pun masyuk jugak, hehe.


Samsung Galaxy Tab, RM1199. *serius banyak turun harga, dulu RM2+++ lebih kowt =,=


Sony Ericsson W705, RM399. *Handphone Second Hand pun ada jual jugak kahh?


5.1 Multimedia Speaker, RM125. *Trr, nak beli satu. Duit tak cukup -,-


Beg Laptop, RM29. *mesti kena beli satu nihhh!


Disebabkan ramai tanya, ni dia list harga MP3 & MP4 Player, hehehe.

Okay, apa yang Arib perasan, PC Fair 2011 (1) ni lebih menumpukan penjualan komputer tablet. Lepas jew iPad keluar, jualan komputer tablet macam cendawan tumbuh selepas hujan. Memang rata-rata tempat dalam PC Fair tu kebanyakannya jual komputer tablet. Harga? Memang berpatutan. Kalau nak komputer tablet yang guna Windows, boleh didapati serendah RM1399. Kalau yang guna Android, RM298 dah boleh dapat, woohoo!


Tablet PC dari jenama Prolink, RM1399. Dikuasakan oleh Intel Atom & Windows 7, hoho.


SmartQ V3, RM298. Guna Android 2.1 pulak tuu. Murahhh kowtt! *Duit, mana kau? =.="

Bagi yang belum berkunjung lagi, datanglah beramai-ramai ke PIKOM PC Fair 2011 (1) yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Center dari 15-17 April 2011. Dibuka dari 11 pagi sehingga pukul 9 malam. Okaylah, sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca yeaaa! Sekian, wassalam ;)

Nota Arib: Hari ni nak pergi PC Fair lagi, yeayyyyy! ;D

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top