• Click here to read my personal stories.
  • Click here to read my technology review like Windows 7 and Symbian smartphones.
  • Here is my review about Events like PIKOM PC Fair, GoMobile Expo and Kuala Lumpur International Book Fair.

Diari AKSB: 20 Mac 2011 - 1 April 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Hello hello! Ouh, lama betul tak update blog ni. Oh ya, lama jugak tak update pasal Asrama Kompleks Seri Bintang. Okay, klik 'read more' untuk selanjutnya!


Ouh yeah! Secara keseluruhan minggu lepas cuti bulan 3 ni sudah bertambah sibuk. Kerja sekolah? Aduh, leka sikit jew kejap dah bertimbun. So, masa prep tak boleh lah nak study banyak sangat disebabkan kerja yang melambung ni. Terpaksa curi masa lain iaitu masa tengah beratur, tengah berjalan, untuk study. *Kalau nampak Arib cakap sorang-sorang, jangan kata Arib gila ehh, huhuhu. Okay, before cerita panjang, kat bawah ni antara short notes yang dipetik dari buku diari Arib mengenai aktiviti yang dilalui sepanjang 20 Mac 2011 - 1 April 2011.

Ahad, 20 Mac 2011
5.30 pm: Pulang Asrama.
7.30 pm: Solat dekat surau ASPURA Paras 2, hari hujan.
9.00 pm: Prep
- 9.00 pm @ 1 Cemerlang
- 9.30 pm @ Dewan Makan
11.00 pm: Tidur Awal

Isnin, 21 Mac 2011
6.50 am: Check kebersihan dorm ASPURA Paras 2
10.30 am: Latihan Bahas ala Parlimen bermula (dari 10.30 am - 4.00 pm)
9.00 pm: Tuisyen Bahasa Arab
11.00 pm: Tidur Awal

Selasa, 22 Mac 2011
7.10 am: Stay @ Bilik Rehat Guru - Preparation akhir Bahas
8.00 am: Lawan Bahas ala Parlimen @ SMK Seri Tasik
12.30 pm: Practice pertandingan bahas seterusnya. Tajuk: PLKN
8.30 pm: Tuisyen Physics & Chemistry
11.15 am: YDP conduct bacaan Al-Mulk @ Koperasi Asrama
11.30 am: Tidur

Rabu, 23 Mac 2011
10.30 am: Keputusan SPM - SMK Seri Bintang Utara: 34 orang straight A's
12.00 pm: Latihan Bahas ala Parlimen
3.00 pm: Perjumpaan Unit Beruniform - Command kawad KRS
7.50 pm: YDP conduct roll call pelajar asrama @ Surau Kompleks
8.30 pm: Tuisyen English & Biology
11.00 pm: Tidur awal

Khamis, 24 Mac 2011
9.30 am: Tangkap gambar kelas - 5 Solihin 2011
10.30 am: Latihan Bahas ala Parlimen
12.00 pm: Masuk kelas Chemistry
12.20 pm: Sesi fotografi Kelab Badminton
7.00 pm: Bagi Tazkirah. Tajuk: Aurat. Bersama Sidi Muhammad Yusoff.
9.00 pm: Kelas Kemahiran al-Quran (KKQ)
11.00 pm: Cikgu jumpa YDP, cakap pasal Riau
11.10 pm: Tidur awal

Jumaat, 25 Mac 2011 - The Best Day!
6.50 am: YDP @ Perhimpunan Pagi Asrama. Conduct perhimpunan.
7.10 am: Stay @ Bilik Rehat Guru - Preparation akhir Bahas
8.30 am: SMK Seri Permaisuri datang. Lawan Bahas ala Parlimen @ Bilik Tayangan SBU
12.30 pm: Makan Tengahari & Solat Jumaat
2.30 pm: Prep - Siapkan nota Syariah Islamiah
5.15 pm: Kali-2 beriadah dekat Asrama Kompleks Seri Bintang, terasa tersangat-sangat best!
8.00 pm: Kelas al-Quran Asrama
10.30 am: Minum malam - makan cucur udang with Badrul Amin
11.30 pm: Tidur

Sabtu, 26 Mac 2011
5.50 am: Kejut Subuh
10.30 am: Jalan-jalan @ Karnival SMK Seri Bintang Selatan
4.30 pm: Tuisyen Mathematics - Matrices
7.50 pm: Ustaz Bustamam bagi ucapan. Suruh tutup lampu bila naik dorm nanti, Earth Hour!
8.00 pm: Kelas al-Quran Asrama
10.30 pm: Minum malam - Mini Pizza!
11.30 pm: Memantau pengurusan Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) & Kad Merah
1.30 am: Tidur

Ahad, 27 Mac 2011
5.50 am: Kejut Subuh
6.10 am: Solat Subuh @ Surau Kompleks Seri Bintang
7.30 am: Sarapan - Soto
8.00 am: Perhimpunan Rasmi Asrama Kompleks Seri Bintang
9.00 am: Tuisyen Additional Mathematics: Integration
11.00 am: Prep - Nota Syariah Islamiah siap!
2.30 pm: Mama datang. Bagi biskut & air kotak.
3.00 pm: Meeting Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar (JKP) with Cikgu Shukri
-Jawatan Kosong JKP sudah diisi dengan 3 JKP baru
-Lawatan Bilik Terbersih ke Melaka bersama delegasi dari Riau @ 10 April 2011
-Briefing Persediaan Program Pertukaran Guru dan Pelajar Riau ke AKSB & SMKSBU
-ASAT - Training chess & Bola Tampar dah boleh mula
-Perhimpunan pagi - Sediakan satu file perhimpunan
-Karnival Asrama Kompleks Seri Bintang - bulan Julai
7.50 pm: YDP conduct roll call pelajar asrama @ Surau Kompleks
8.00 pm: Naib YDP 2, Salam bagi tazkirah. Tajuk: Aurat. Best ouhh!
8.30 pm: Cikgu Shukri cakap pasal Riau
9.20 pm: Prep with Naib YDP 2, Salam @ 1 Cemerlang
10.30 pm: Minum malam: Roti & Donut

Isnin, 28 Mac 2011
5.50 am: Kejut Subuh
6.50 am: YDP bagi command kawad @ Perhimpunan Pagi Asrama
7.30 am: Perhimpunan Rasmi SMK Seri Bintang Utara
-Lagu 1 Malaysia digantikan dengan lagu 1 Malaysia versi Lim Kok Wing. Dunia...kian berubah~
-Ada 3 pengucapan awam. Penyakit Parkinson, Kitar Semula, Earth Hour.
-PKHEM SMKSBU, Pn. Khalilah bagi speech
3.00 pm: Prep @ 5 Solihin
5.15 pm: Usrah - Syazwan 3 Solihin & En. Helmy bagi tazkirah
7.50 pm: YDP conduct roll call @ Surau Kompleks
8.00 pm: Tuisyen Bahasa Arab
10.30 pm: Minum malam - makan roti
10.45 pm: Roll call lewat malam kali pertama @ tapak permainan bola keranjang asrama
-Paras 4 ASPURI ditutup secara rasmi
12.00 am: Tidur

Selasa, 29 Mac 2011
5.50 am: Kejut Subuh
6.50 am: YDP bagi command kawad @ Perhimpunan Pagi Asrama
7.30 am: Taklimat oleh Pengetua SMKSBU, Pn. Che Hasnah mengenai isu novel Interlok
7.50 am: Spotcheck
9.00 am: PJK - Ujian SEGAK
3.00 pm: Perjumpaan Sukan & Permainan - Badminton @ Dewan Kompleks Seri Bintang
9.00 pm: Tuisyen Physics & Chemistry
11.15 am: YDP conduct bacaan Al-Mulk @ Koperasi Asrama
11.30 am: Tidur

Rabu, 30 Mac 2011
6.50 am: Terus bergerak ke sekolah. Pagi hujan.
3.00 pm: Perjumpaan Unit Beruniform - Pasang khemah & cari lagu untuk kawad berirama
8.10 pm: Perjumpaan ringkas Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar (JKP)
8.30 pm: Tuisyen English & Biology
10.30 pm: YDP meeting with Ustaz Bustamam, Pn. Khalilah, Cikgu Shukri & 3 warden aspuri
11.15 pm: Meeting JKP bersama warden & pentadbir sekolah

Khamis, 31 Mac 2011
6.50 am: YDP conduct Perhimpunan Pagi Asrama. Tarik nafas....hembus!
7.25 am: Practice lagu 1 Malaysia versi Lim Kok Wing University
11.30 am: Meeting with Pn. Khalilah @ 3 Solihin
5.30 pm: Persiapan board Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar @ Bilik Diskusi
8.00 pm: Bacaan Yassin. Al Fath conduct.
8.30 pm: Orang luar bagi ceramah @ Surau Kompleks
9.30 pm: Persiapan akhir board Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar
10.30 pm: Minum malam - Roti + Sup

Jumaat, 1 April 2011
6.50 am: YDP conduct Perhimpunan Pagi Asrama.
7.10 am: Bacaan Yassin @ SMK Seri Bintang Utara
11.00 am: Dapat result Intervensi SPM, yay heyy!
12.30 pm: Makan Tengahari & Solat Jumaat
3.00 pm: Balik rumah! Yayy!

Hohoho, pada minggu yang pertama selepas cuti bulan 3, agak sibuk dengan pertandingan bahas. Hari-hari bergelumang dengan pak cik Google mencari maklumat tajuk perbahasan. For the perbahasan, off course kena kuasai kedua-dua belah pihak. Kerajaan dan pembangkang. Tanpa disedari, melalui pertandingan bahas ni lah Arib mempelajari gerak-geri politik dalam negara. Yeap, nak cari point untuk pembangkang mestilah kena bukak website parti politik pembangkang. Kalau point kerajaan, tak susah sangat sebab boleh cari melalui media arus perdana. Ada la jugak terbaca berita-berita politik yang macam hampeh. Serius, macam-macam kritikan yang dilemparkan. Okay stop, ini bukan blog politik! =,=

Pada minggu lepas jugak, keputusan SPM diumumkan. SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur mendapat 34 orang pelajar straight A's. Tahniah tahniah! Fuhh, berdebar kowt masa nak umumkan keputusan tu. *cehh, macam dia pulak nak ambil result, haha. Yeap, semua pelajar Form 4 & Form 5 masa hari Rabu tu dikehendaki berada di Skylite (tapak perhimpunan SMKSBU) untuk menyaksikan penyampaian result SPM kepada pelajar yang mendapat Straight A's. Semua pelajar dan guru yang ada kat situ ceria jew. Yang dapat result okay ceria. Yang dapat result kurang memuaskan pun ceria. Yang naik pentas? Huhh, kalau boleh nak lompat sampai bumbung Skylite. Gemuruh habis! *okay, tahun depan mungkin giliran saya, kowt? Insya'Allah.

Okay, masa hari Ahad, 27 Mac 2011, ada meeting Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar. Yeap, setiap dua minggu sekali ada meeting JKP ni. Apa yang best, Cikgu Shukri bawak coklat dari London! Masa meeting tu dapatlah mengunyah coklat tu, yummm! Okay antara agenda terbesar dalam meeting tu ialah Program Pertukaran Delegasi dari Riau ke Asrama Kompleks Seri Bintang. Banyak aktiviti kena uruskan nanti. Bermula 3 April sampai 15 April 2011, hohoho.

Hari Jumaat, 1 April 2011, yess, dapat result Intervensi SPM. Syukur la jugak sebab subjek yang dapat A semua above 80, Alhamdulillah. For the first time, subjek Pendidikan Al-Quran dan Sunnah yang selalu dapat B dapat A dalam ujian ni. Apa yang penting, target Arib untuk Intervensi ni dah tercapai. Akhirnya dapat jugak kalahkan semua pelajar lelaki dalam kelas tu, yayy! Cuma ada beberapa subjek perlu banyak latihan lagi. Nak A+ mehh! Apa yang penting, SEMANGAT! Go! Go! Go!

Okaylah, sekian sahaja untuk post kalini. Maaf, post pendek jew, agak busy mehh, hee. Terima kasih kerana membaca! Sekian, wassalam (:

Nota Arib: Selamat datang ke Asrama Kompleks Seri Bintang delegasi Riau, Indonesia :)

Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.

0 Comments:

Post a Comment

 
Arib Ismail © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top