Events: PIKOM PC Fair 2010 (II), Day 1 Coverage
Labels: Computer EventAssalamualaikum dan Salam Sejahtera :)
Yayy, PC Fair datang lagi! Haha, hari ini bermulalah PC Fair 2010 kali kedua ni. Hee, disebabkan minggu ni pelajar asrama dibenarkan balik bermalam, so dapat lah Arib pergi, hoho. Fuhh, penat tak terhingga. Sampai kat rumah lebih kurang pukul 4 petang, terus tukar baju then bertolak pergi KLCC. Hah, nak tahu apa yang ada dekat PC Fair kalini? Klik 'read more' :DD
Hoho, harga gadget dekat PC Fair 2010 kalini ada penurunan harga berbanding PC Fair 2010 sebelum ni. Jika harga pendrive 4GB berharga RM29 pada PC Fair 2010 bulan April yang lalu, kini harga gadget tersebut boleh didapati sekitar RM23 sahaja. Bagi Portable Hard Disk pula, Portable Hard Disk bersaiz 2.5 inci berkapasiti 1 Terabyte (1000 GB) kini boleh didapati sekitar RM429.
Pada PC Fair kalini jugak, Arib tertarik dengan satu gadget ni iaitu MP3 Player yang berharga RM28. Hee, sebenarnya MP3 ni tiada memori dalaman, so kena letak memory card MicroSD untuk mendengar lagu. Tapi kalau diikutkan okay la sebab handphone zaman sekarang ni kebanyakannya guna MicroSD. So kalau handphone habis bateri, bolehlah ambil memory card handphone tu then masukkan ke dalam MP3 Player ni kalau nak dengar lagu. Hoho, tanpa berfikir panjang, Arib terus beli MP3 Player kecil ni. Hehe, lepas ni tak risau lah nak bawak pergi asrama :D
Okaylah, nak cerita malas pulak, so jom tengok gambar-gambar sepanjang PC Fair 2010 kali kedua ni :D
Okay, untuk harini, Arib beli benda-benda ni:
1. MP3 Player - RM28
2. Headphone - RM15
3. Joystick untuk PC -RM15
Hee, sebagai akhir post ni, Arib hidangkan sikit gambar MP3 RM28 tu :D
Hee, sekian sahaja untuk post kalini. Bagi yang mempunyai masa yang terluang sepanjang hari ini, datanglah ke PIKOM PC Fair 2010 yang berlangsung dari 6-8 Ogos 2010 di Kuala Lumpur Convention Centre. Kalau sempat, Arib akan updatekan post PIKOM PC Fair 2010 (II), Day 2 Coverage malam ini, Insya'Allah. Sekian, wassalam.
Editor: Geram tengok Portable Hard Disk 250GB kat satu booth ni, harga RM99 jew. Harini nak survey Portable HDD tu, nak grab satu :D
Tentang Penulis
Seorang yang suka dengan dunia komputer dan gadget. Berpengalaman luas dalam dunia telefon bimbit. Ikuti beliau di Twitter: @aribismail dan Facebook: Arib Ismail untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan dunia IT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment